Ada satu tempat glamping menarik, La Hilir (exclusive glamping resort) yang terletak di Kuala Pilah (Negeri Sembilan).
Dengan teduhan pokok-pokok sekeliling memang mendamaikan sesiapa sahaja yang masuk ke kawasan ini.
Sentuh soal fasiliti, ini antara kemudahan yang anda boleh dapat bila pilih untuk bercuti di sini.
1. Ada dua khemah utama, dua outdoor toilet. Dalam bilik ada aircond. Semua complete siap ada hairdryer, games (check video).
2. Ada outdoor bathtub, seronok mandi-manda dalam hutan pun.
3. Boleh bbq. Ada fire pit.
4. Open cinema kalau nak layan Netflix.
5. E bike pun ada, best bukan?
Dan paling istimewanya di sini, booking per day per guest (maksudnya, kita sahaja yang akan ada kat sini). Tidak diganggu, jadi sangat privasi.
Nanti boleh lah plan glamping eksklusif di Negeri Sembilan, nak berpuasa kat sini pun cun sangat!