Kebenaran rentas daerah dalam negeri yang kita tinggal sudahpun dibenarkan sejak minggu lalu.
Jadi kesempatan yang ada memberi peluang untuk bercuti kawasan sekitar dengan memilih menghayati keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan.
Seperti perkongsian Syapik Hassan dari Grup Backpackers Buddies Malaysia yang memilih bersama keluarga untuk masuk hutan yang jauh dari kesibukan kota bagi menenangkan fikiran.
Leka menyaksikan keindahan alam sambil melihat sungau mengalir dan mendengar bunyi ungas dan serangga.
Menurutnya pelbagai kemudahan disediakan pemilik tempat dan kebanyakan bilik disewa pada kadar berpatutan.
Glamping Di Pinang Sebatang
Glamping Pinang Sebatang – Warga Selangor/KL nak bercuti tapi tak boleh rentas negeri?
Dah lama aku tak masuk hutan, jauh dari kota, tenangkan fikiran. Sambil tengok sungai mengalir, dengar bunyi unggas dan serangga.
Fuuhhh… Damai dia lain macam. Aku tak reti nak explain satu persatu pengalaman aku kat Glamping Pinang Sebatang ni, tapi aku post beberapa gambar. Dan pada setiap gambar tu, aku explain kat description, korang bacalah supaya korang lebih faham dan rasa teruja.
Apa fasiliti yang ada kat Glamping Pinang Sebatang ni?:
– 3 tandas
– 3 pondok – setiap pondok muat 8 dewasa
– 1 pondok Hammock siap dengan 12 unit hammocks
– Pondok makan
– Dapur complete with gas
– Pinggan (pinggan bunga zaman dulu)
– Cawan/gelas
– Cerek
– Periuk
– Pisau and other cutleries
– Bbq pit (arang kena bawa sendiri dan jaring pun recommended bawa sendiri for hygiene purposes)
– Buaian tepi sungai
Info Tambahan:
– Bila malam, Glamping ini diterangi banyak lampu diseluruh tempat dengan power dari Generator Set (pakai minyak).
– Kat mana Glamping Pinang Sebatang ni? Kat Kuala Kubu Bharu jer. Sesuai la bagi korang yang duk Selangor atau KL yang tak dapat rentas negeri tu! Kaaann??
– Better korang amik cuti dan sewa hari weekdays, sebab weekend biasanya fully booked.
– Korang tanya la dia bila slot available. Korang cuba la pergi hari weekdays, takut weekend selalu penuh. Amik cuti 3 hari 2 malam pun jadi la. Satu pondok RM350 untuk 2 malam (rate weekdays) boleh kongsi 8 orang.
– Untuk info, kalau nak stay sini, minimum kena sewa satu pondok (total ada 3 pondok dan 1 pondok makan) dengan harga:
– Weekdays – RM200 per night or RM350 for 2 nights. (harga untuk 1 pondok)
Weekends (Fri and Sat night) – RM300 per night or RM450 for 2 nights. (harga untuk 1 pondok)
– Tapi the best way korang sewa seluruh tapak tu untuk family korang dengan harga RM1000 per night or RM1500 for 2 nights so that takde orang lain kat area tu yang sharing dengan korang (harga weekdays RM600 per night or RM1200 for 2 nights).
– Sesuai untuk family or friends reunion/gathering
– Apa-apa korang boleh hubungi: 0122002595 – Rizal Khalif
Artikel Berkaitan:
Rasa Pengalaman Tidur Dengar ‘Muzik’ Dari Sungai, Layan Je Glamping Di River & Glamp, Ulu Yam
‘Glamz At Genting’ Lokasi Glamping Moden Untuk Percutian Ala Musim Sejuk
Teringin Nak ‘Camping’ Tapi Selesa? Glamping Di Tanah Aina Fahad, Raub Percutian Ideal Untuk Korang
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI