Glamping pada hari ini menjadi antara trend percutian dalam kalangan pencinta alam semula jadi dengan menginap atau bermalam dalam khemah tanpa mengetepikan keselesaan.
Buat anda yang berkeluarga, percutian cara ini sangat berbaloi kerana lebih selesa terutama yang memiliki anak kecil. Glamping merupakan kombinasi idea percutian ‘glamour camping’ buat warga kota yang ingin mencari ketenangan dalam hutan.
Nah, ini satu lagi cadangan daripada LIBUR destinasi glamping menarik untuk anda habiskan masa bersama keluarga atau rakan-rakan pada hujung minggu nanti.
Canopy Villa Glamping Park satu lagi resort percutian berkonsepkan glamping yang terletak di Janda Baik, Pahang bakal memberikan satu pengalaman yang menyeronokkan kepada anda yang nak tinggal bermalam dalam khemah dan ingin dekat dengan flora dan fauna.
Pengunjung boleh alami suasana yang jauh dari hiruk pikuk kota raya dan celik mata dari tidur dengan pemandangan hijau yang terdapat di sekitar tempat ini.
Tambahan pula, ada banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di sekitarnya seperti memanah, memancing, berbasikal, mandi sungai dan bersiar-siar di kawasan sekitar. Pada malam hari, aktiviti BBQ dan duduk mengelilingi unggun api akan menjadi penutup hari percutian kalian yang sangat indah.
Seronok kan? Jom bercuti dengan famili sini.
image via FB Canopy Villa Glamping Park
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalendar Cuti Umum Dan Perayaan Laos 2019!
Di sini Libur kongsikan kepada anda kalendar cuti umum dan perayaan Laos tahun 2019. Mungkin ada perubahan daripada segi tarikh dan perayaan, jadi dinasihatkan untuk semua supaya terus semak tarikh-tarikh penting dari semasa ke semasa.
Bulan Januari
Tarikh | Hari | Cuti |
1 Jan | Selasa | New Year’s Day |
Bulan Mac
Tarikh | Hari | Cuti |
8 Mar | Jumaat | International Women’s Day |
Bulan April
Tarikh | Hari | Cuti |
14 April | Ahad | Lao New Year |
15 April | Isnin | Lao New Year |
16 April | Selasa | Lao New Year |
Bulan Mei
Tarikh | Hari | Cuti |
1 Mei | Rabu | Labour Day |
Bulan Jun
Tarikh | Hari | Cuti |
1 Jun | Sabtu | Children’s Day |
Bulan Julai
Tarikh | Hari | Cuti |
16 Julai | Selasa | Boun Khao Phansa |
20 Julai | Sabtu | Lao Women’s Union Day |
Bulan Oktober
Tarikh | Hari | Cuti |
13 Okt | Ahad | Boun Ok Phansa |
14 Okt | Isnin | Boat Racing Festival |
Bulan November
Tarikh | Hari | Cuti |
11 Nov | Isnin | That Luang Festival |
Bulan Disember
Tarikh | Hari | Cuti |
2 Dis | Isnin | National Day |
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cantik ‘Masbro Hidden Village’ Ni! Destinasi Alam & Penginapan Unik Di Lenggong, Perak
Sejak penemuan rangka Perak Man pada 2001 dan Perak Woman pada 2004, nama Lembah Lenggong yang terletak di daerah Hulu Perak terus dikenali di peringkat antarabangsa.
Penemuan-penemuan saintifik yang dilakukan oleh penyelidik tempatan sebelum ini telah membuka pintu rahsia kehidupan masyarakat awal di rantau ini.Ia terbukti menyimpan rahsia besar sejarah kehidupan manusia dan sejarah tamadun manusia yang pernah wujud dipercayai berjuta tahun lalu. Lembah Lenggong telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO menjadikan, ia tapak keempat diktiraf di Malaysia.
Alang-alang ingin menjelajah Lembah Lenggong, apa kata menginap di Masbro Hidden Village seperti yang dikongsikan oleh saudari Tyra Mohamad. Menarik daerah Lenggong ini, banyak lagi destinasi yang boleh singgah dan sesuai untuk dijadikan lokasi percutian idaman.
Masbro Hidden Village,Lenggong Perak – Nature lovers need this! Siapa kata dalam Malaysia tak ada tempat cantik? Pada penggemar nature semestinya akan jatuh cinta dengan tempat ni. Yang suka backpack and geng-geng rider memang suka tempat ni.Ni buktinya.
Destinasi nak bercuti dalam resort back to nature yang simplistik dan eksotik tersorok di Lenggong. Di sini, bukan hanya menginap dan bermalam atas bukit di dalam hutan, malah anda akan mengalami suatu pengalaman alam persekitaran yang indah dan istimewa, yang pasti tidak dapat dilupakan sepanjang hayat.
Penginapan Chalet
- Kadar Harga: RM 50.00 setiap seorang (satu malam), tidak termasuk pakej makan.
- Percuma untuk kanak-kanak di bawah 4 tahun.
- Semua chalet adalah berukuran sama.
- Peruntukan chalet adalah berdasarkan kepada pendaftaran terawal – “siapa cepat, dia dapat!”.
- Sila bawa beg tidur, bantal, selimut dan peralatan mandi untuk keselesaan anda.
- Permaidani, kipas dan suis elektrik disediakan di dalam chalet.
- Satu chalet boleh memuatkan: 2 pasangan/ 6 ahli keluarga / sekumpulan rakan, antara 5-6 orang
- Memasak dibenarkan di luar chalet… anda dinasihatkan untuk membawa semua peralatan dan barangan memasak anda sendiri.
Tapak Perkhemahan
- Kadar Harga: RM30.00 setiap seorang (satu malam)
- Percuma untuk kanak-kanak di bawah 4 tahun.
- Memasang khemah hanya di kawasan yang disediakan sahaja.
- Sila bawa khemah dan peralatan perkhemahan anda sendiri.
- Anda juga boleh membawa tempat tidur gantung (hammocks) dan menggantungkannya di tempat yang disediakan.
DAFTAR MASUK : SELEPAS 1.00 TENGAHARI
DAFTAR KELUAR : SEBELUM 12.00 TENGAHARI
BBQ
- Terdapat beberapa tempat membakar BBQ di sekitar resort.
- Sila bawa barang-barang dan peralatan BBQ anda sendiri.
- Jangan lupa untuk membawa arang.
Embun Cafe
- Kafe dibuka setiap hari.
- Menu ala-carte disediakan.
- Pesanan untuk makanan buffet hendaklah dibuat bersama tempahan chalet atau semasa daftar masuk :-
• Sarapan : RM6 setiap seorang
• Makan Tengahari : RM12/ RM18 setiap seorang
• Makan Malam : RM12 setiap seorang
Lain-Lain Kemudahan
- Resort ini hanyalah untuk tetamu yang menginap sahaja.
- Tandas dan Bilik Mandi bagi Lelaki dan Wanita terletak di luar chalet.
- 2 kolam renang bersaiz besar untuk dewasa dan kanak-kanak.
- Surau
- Tempat meletak kenderaan yang mencukupi.
- Ni aktiviti yg kita blh buat kat area Masbro ni, klu nk buat pun ok x mau pun ok:
1. trekking awan nano about 1.30 hours go n back(foc)- yang ni kami buat.
2. trekking to caves 3 hours ( need to pay for the guide…price depend on how many participants)
3. morning market at lenggong ( only 2 km…drive yr self…kg folk selling kg product such fresh water fish…fresh veg…kueh2 etc)
4. may drive to lata kekabu only 4 km from our place
5. 5 min trekking to nearest waterfall
Info Penting : Harap maklum bahawa resort ini tidak sesuai untuk warga tua dan orang kurang upaya.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Istimewa Kuala Koh, ‘Permata Hijau’ Gua Musang Di Kelantan. Ini 4 Tarikan Ada Di Sini
Taman Negara Kuala Koh destinasi pelancongan terletak di Gua Musang, Kelantan merupakan salah satu pintu masuk ke Taman Negara. Ia tidak lah gah seperti Taman Negara lain tetapi apa yang ada di sini tidak ditawarkan di tempat lain, misalnya terdapat lebih 350 spesies unggas yang boleh didapati dalam hutan hujan khatulistiwa ini.
Ia membuka ruang kepada pengunjung yang melalui negeri ini menjengah hutan tropika yang menyimpan kepelbagaian flora dan fauna berusia kira-kira 130 juta tahun. Hutan tebal sebegini tentunya lebih sesuai kepada mereka yang mencintai alam penuh sunyi, damai, bersantai dengan kemudahan ala kadar.
Ini antara tarikan yang ada di Kuala Koh:
- Chalet & Tapak Perkhemahan
Di Taman Negara Kuala Koh menyediakan kemudahan resort bertaraf dua bintang berupa chalet dan juga bilik asrama. Manakala sebuah kafe, surau dan bilik mesyuarat lengkap dengan kemudahan audio visual turut disediakan. Bekalan elektrik di sini agak terhad tetapi perhubungan telekomunikasi tidak terputus. Lokasi untuk tapak perkhemahan juga turut disediakan.
- Canopy Walk
Laluan Canopy Walkway Taman Negara Kuala Koh sepanjang 420 meter menjadi tarikan pengunjung jika ke sini. Dibina dengan kabel besi dan jubah berkualiti tinggi serta tali yang kukuh dan mampu menampung berat lebih dari 5 tan. Ia tidak menggunakan paku yang mampu merosakkan pokok yang ada, hanya ruang kayu dipenuhi kabel dan tali. Laluan kanopi itu juga merupakan jambatan antara kanopi dengan hutan yang menghubungkan pusat pentas atau sekitar pokok. Perasaan gayat pada mulanya ketika merentas laluan ini pasti hilang begitu sahaja setelah terpukau menghayati permandangan indah hutan menghijau dari paras atas. Jika bernasib baik, anda mungkin dapat melihat pelbagai jenis haiwan yang melintasi bawah Canopy Walkway di tanah seperti Kijang dan Babi Hutan.
- Tubing
Bagi yang ingin merasa pengalaman meredah jeram di Sungai Neggiri, Gua Musang, Kelantan anda boleh mencuba di Taman Negara ini yang pasti menjadi kenangan paling berharga. Dengan bantuan nature guide berpengalaman, anda bersama tiub-tiub pelampung diturunkan ke sungai untuk memulakan ekspedisi. Sebaik sahaja tiub-tiub hanyut ke arah kuala, anda akan disajikan keindahan alam semula jadi di sepanjang tebing sungai. Paling penting, jaket keselamatan hendaklah sentiasa dipakai bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku. Sebahagian besar laluan adalah sungai berarus tenang yang memberi peluang kepada anda menguasai teknik mendayung. Kemahiran mendayung tiub perlu dikuasai bagi membolehkan seseorang itu dapat mengawal tiub dengan baik. Dihiburkan gemeresik kicauan unggas, keseronokan di tengah-tengah sungai dimeriahkan dengan keriuhan suara-suara pengunjung lain yang menjerit keseronokan.
- Masyarakat Pribumi Kuala Koh
Menariknya pengunjung juga berpeluang mengunjungi perkampungan Orang Asli suku kaum Batek kira-kira dua kilometer dari Taman Negara Kuala Koh. Kebanyakan pengunjung tidak akan melepaskan peluang melawat perkampungan yang terletak satu kilometer daripada pintu masuk Taman Negara tersebut. Keriangan anak kecil bermain bakal menyambut kedatangan anda. Keterujaan sekumpulan kanak-kanak yang asyik bermain pasti terhenti seketika jika dihulur bungkusan gula-gula atau jajan.
Masyarakat pribumi di sini merupakan satu-satunya suku kaum Batek yang masih mengamalkan kehidupan nomad. Suku kaum ini mendapat gelarannya kerana keadaan kulit mereka yang bercorak seakan-akan batik dipercayai akibat genetik yang akan hilang sebaik meningkat dewasa. Dahulunya mereka semua duduk di dalam hutan tebal kawasan Pertang. Sejak penempatan unit baru dibuka mereka berpindah di rumah batu didirikan. Walaupun rumah batu didirikan mereka masih mendiami rumah yang mempunyai ciri-ciri asal mereka.
image via google
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI