Glamping pada hari ini menjadi antara trend percutian dalam kalangan pencinta alam semula jadi dengan menginap atau bermalam dalam khemah tanpa mengetepikan keselesaan. Buat anda yang berkeluarga, percutian cara ini sangat berbaloi kerana lebih selesa terutama yang memiliki anak kecil.
Glamping merupakan kombinasi idea percutian ‘glamour’ dan ‘camping’ buat warga kota yang ingin mencari ketenangan dalam hutan. Nah, ini satu lagi perkongsian daripada saudari Farahama Rozali destinasi glamping menarik untuk anda habiskan masa bersama keluarga atau rakan-rakan pada hujung minggu nanti.
Sharing is caring. Tempat glamping rare di Malaysia. Gibbon Retreat Bentong, Pahang. Lari kejap masuk hutan simpan Pahang untuk udara yang lebih segar. Untuk ke sini sila guna google map. Jangan guna waze nanti sesat ke pondok tahfiz macam kitaorang.
Chalet kami (Bentong View)
- Chalet RM175 / Night
- khemah RM 50 / Night
- Camp bed RM25 / Night
First off all, tempat ni adalah untuk rilex, cari ketenangan dan hilangkan stress. Aktiviti kat sini terhad, cuma boleh jungle trekking ke waterfall dan mandi sungai. Disini bukan tempat untuk aktiviti lasak, takde. Not here.
Jadi apa je yang boleh buat disini?? Bagi Fara, disini tempat berkumpul anak beranak, boleh main masak masak, boleh ajar anak dengar dan peka dengan bunyi haiwan, kicauan burung dan bunyi mawas. Itu dah cukup priceless. Risau anak-anak boring, boleh bawa kad, buku atau apa-apa games untuk mereka.
Fasilitis tempat ni lengkap. Setiap chalet mempunyai toilet yang amat bersih, water heater, fridge kecik, meja makan, dapur, periuk dan sebagainya. Tapi kalau was-was boleh bawa sendiri periuk dan alatan memasak dari rumah macam kami.
Treetop chalet antara chalet terbaik namun Fara lebih suka Bentong View Chalet. Ianya mempunyai pemandangan indah. Bebetul bertentangan dengan lebuhraya Karak dan bandar Bentong.
Tempat ni sebenarnya belum launching pun lagi, cuma baru soft launch je. Ramai orang tak tau pun tempat mcm ni wujud. More info korang layari gibbonretreat.com
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI