Gereja, Tokong & Kuil Di Kawasan Zon Hijau Dibenar Operasi Bermula Jun 2020

Share

Selepas surau dan masjid, rumah ibadat bukan Islam seperti gereja, kuil dan tokong juga dibenarkan beroperasi hanya di zon hijau mulai 10 Jun 2020 depan.

  • Setiap penganut perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk bilangan yang hadir tidak melebihi 30 orang dan tertakluk kepada saiz dan keluasan rumah ibadat berkenaan.
  • Kebenaran menggunakan rumah ibadat itu hanya untuk warganegara Malaysia sahaja, dan hanya untuk hari-hari penting bagi agama masing-masing.
  • Warga emas berumur lebih 70 tahun dan kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dibenarkan hadir ke rumah ibadat berkenaan.
  • Saringan suhu badan, penyediaan cecair pencuci kuman dan pemakaian pelitup separuh muka juga adalah sebahagian daripada SOP yang ditetapkan.

Setakat ini kerajaan telah membenarkan 174 rumah ibadat beroperasi di seluruh negara iaitu 84 kuil, 15 tokong, 67 gereja dan lapan gurdwara. Kebenaran itu akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan setakat ini ia melibatkan kira-kira satu peratus rumah ibadat seluruh negara. Manakala urusan perkahwinan di semua rumah ibadat masih ditangguhkan sambil menyatakan kelonggaran yang diberikan akan ditarik balik serta-merta jika terdapat sebarang pelanggaran SOP ditetapkan. Bagaimanapun, kesemua rumah ibadat itu masih perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).








(Foto: Google Image)

Berikut adalah garis panduan yang perlu diikuti:

UMUM

  • Bilangan kehadiran penganut agama hendaklah tidak melebihi 30 orang, tertakluk kepada saiz keluasan rumah ibadat tersebut.
  • Penganut yang berumur 70 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan hadir.
  • Saringan suhu badan, penyediaan pensanitasi tangan dan pemakaian pelitup muka mesti dipatuhi setiap masa.
  • Kebenaran ini hanya untuk warganegara Malaysia.
  • Kebenaran ini juga hanya untuk satu hingga dua hari sahaja dalam seminggu bagi hari-hari keutamaan keagamaan masing-masing.

SEBELUM MASUK

  • Pembersihan premis dan saringan kesihatan.
  • Menyediakan kaunter saringan kesihatan dan buku rekod.
  • Pakai penutup hidung dan mulut.
  • Penganut dilarang berkumpul di luar rumah ibadat.

DI DALAM

  • Penganut sentiasa berada di tempat yang ditandakan.
  • Dilarang berkumpul.
  • Wajib memakai penutup hidung dan mulut.

SELEPAS TAMAT ACARA IBADAT

  • Pastikan semua penganut keluar dan rumah ibadat ditutup tanpa berlengah.
  • Penganut terus bersurai dan elakkan bersentuhan.
  • Jangan berkumpul.

Sumber: astroawani

| hmetro
Oleh
Husna