Bila ada geng travel yang satu kepala memang seronok, apa lagi kalau dapat menjelajah ke negara-negara yang terkenal dengan keindahan pemadangan dan bentuk muka bumi yang berbeza dengan apa yang ada di benua Asia.
Pijot Nakal berkongsi pengembaraan dia dan dua lagi rakan sekolah ke tiga negara Scandinavian iaitu Sweden, Norway dan juga Finland. Memandu sendiri sepanjang berada di sana, membawa makanan dari Malaysia, tak dinafikan kos sepanjang mereka di sana agak mahal, tapi berbaloi kerana dapat melihat sendiri keindahan yang disebut-sebut depan mata.
Berkongsi gambar dan juga beberapa info yang boleh digunakan sebagai rujukan buat pengembara lain, ikuti pengembaraan tiga rakan ini ke negara Scandinivian yang punya keistimewaan tersendiri.
SCANDINAVIAN ROAD TRIP
06/10/22 – 23/10/22
SWEDEN NORWAY FINLAND
6259KM
Flight = RM3389
KUL-DOH-ARN (MAS/QATAR)
Sewa Kereta + insurance full coverage : RM5183.82 / 3 org = RM1727.95
Isi Minyak : RM2803.50 / 3 org = RM934.50
Parking : RM552.50 / 3 org = RM184.20
Toll = TBA (sampai skrg blm dpt bill)
Ticket Car Ferry : RM569.55 / 3 org = RM189.85
Penginapan : RM7745.92 / 3 org = RM2582
Cost makan : RM840.50 / 3 org = RM280.20
Ticket Viking Valley : RM100
Grand Total = RM9387.70 (blm termasuk toll ye)
Kitorg start drive dari Arlanda airport (Sweden), pulang balik kereta kat tmpt yg sama.
Bahan masakan kitorg bwk 15kg dari Malaysia memang hari2 masak jela sepanjang kat sana. Jimat banyak.
Pusing keliling 3 negara.
Antara tempat yg kitorg pegi boleh tengok gambar. Sy bg description sekali.
Kredit: Pijot Nakal
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Trip Geng Sekepala, Teroka England & Scotland. Drive Sendiri Baru Seronok. Puas Ber-OOTD & Shopping!
Memang seronok kalau dapat geng-geng untuk travel yang sekepala. Baru senang nak teroka banyak tempat. Bercuti ke England dan Scotland selama hampir dua minggu satu detik menyeronokkan buat Nor Idayu Ayop dan teman-teman sepejabatnya.
Percutian yang tak dirancang hampir dua minggu itu berjalan dengan lancar. Dapat menjelajah ke beberapa bahagian di England dan Scotland sangat menyeronokkan. Dapat ber-OOTD bersama geng sekepala dan shopping di beberapa tempat yang menjadi wish list.
Pernah ke London sebelum ini namun menggunakan khidmat travel agent, kali ini mereka merancang meneroka sendiri dengan memandu ke semua tempat yang akan dilawati. Banyak tempat yang sempat diteroka sepanjang tempoh percutian mereka dan yang pastinya semua menikmati percutian ini dengan gembira.
Ikuti perkongsian wanita ini:
Trip lepas gian katanya…England- Scotland
*20 june – 3 Julai 2022*
Perjalanan rakan sepejabat ini dirancang secara tak langsung sewaktu sedang menyelesaikan satu tugasan penting…penat sangat pada ketika itu sehinggakam terkeluar idea nak berjalan ke tempat sejuk…maka tercetus idea nak ke London…plan mengejut ni terus menjadi pemangkin semangat nak siapkan kerja dengan cepat supaya boleh buat itinary perjalanan yang dapat memuaskan hati…
Hati berdebar2 nak mengembara ke luar selepas dua tahun terkurung dalam Malaysia… ini kali kedua ke bumi London tetapi yang membezakannya ialah dahulu pergi dengan TA tetapi sekarang nak pergi sendiri…tak puas ikut TA ini..
Saya dan suami terbang dua hari lebih awal daripada rakan-rakan yang lain bagi membolehkan kami ronda beberapa tempat lain..
Sebaik sahaja sampai di London sy terus ke hotel di arae Hounslow…pilih area ni sebab tak mau masuk lagi dalam Kota London…keesokkannya selepas dapatkan kereta sewa kami terus pusing2 sampai ke Bicester Village…datang cuci mata aje
Hari berikutnya barulah perjalanan sebenar bermula selepas hilang rasa penat duduk dalam flight katanya..
22.06.2022 – Perjalanan diteruskan sehingga ke Bath dan Reading…perjalanan kami ikut rasa hati aje..maklumlah kali pertama memandu di UK dan bergantung kepada google maps aje… seronok dan menarik bila tengok kawasan di sekitar Bath ini kerana kawasannya tidak sibuk…tenang dan senibina yang menarik..
23.06.2022- Memulakan hari dengan menjemput rakan2 yang tiba di Heathrow T4 dan meneruskan perjalanan ke Manchaster…dalam perjalanan ke Manchaster kami singgah sekejap ke tempat idaman wanita iaitu di Stoke On Trent utk mencari tangkapan nak bawak ke Malaysia…selepas menyopink disitu kami meneruskan perjalanan ke Manchaster untuk melihat mercu tanda MU..selepas bergambar dan mendapatkan jersi yang diidam2kan oleh en suami kami berhenti mencari makan…seperti biasa makanan utama kalau ke negara mat saleh ini ialah kami cari kebab dan piza..alhamdulillah sedap sangat dan berbaloi dengan harganya…perjalanan diteruskan ke Edinburgh…perjalanan yang memakan masa melebihi 4 jam daripada Manchaster…ini adalah antara sebab kenapa kami suami isteri sampai lebih awal daripada rakan2 yang lain…
24.06.2022 – Edinburgh…satu nama bandar yang sentiasa menjadi sebutan saya sejak dahulu lagi…andai dapat sampai di bumi Scotland ibarat mimpi menjadi realiti…seawal pagi kami dah merayau di old town…keluar selepas subuh untuk elak bayar parking tau…sebab parking bermula jam 9 pagi baru dicaj…disebabkan kami bercuti semasa summer maka waktu siang lebih panjang…alhamdulillah..banyak tempat2 menarik dalam area bandar kami jelajahi untuk bergambar..
25.06.2022- Masih di Edinburgh dan menggoogle aje mana2 tempat menarik yang cantik untuk bergambar dengan free
26.06.2022- Fort William satu malam…kawasan ini ibarat syurga kepada pecinta alam…subhanAllah saya suka tempat ini..
27-29.06.2022 – Lake District….kami menginap di sebuah homestay yang berkonsepkan rumah Perancis..ada tiga tingkat dan sangat cantik dekorasinya..di sini berhampiran dengan kawasan pantai dan agak berangin..
30.06.2022 – Bicaster Village..bermalam dua malam di sini homestay orang Malaysia..@teratak inn…rumah yang sangat selesa dan sangat hampir dengan outlet kegilaan pelancong Malaysia..alhandulillah kami mendapat tambahan diskaun pembelian barangan di situ kerana menggunakan qr qode tuan rumah homestay…Sebelum sampai ke Bicaster Village kami memilih untuk ke Liverpool bagi melengkapkan misi mencari jersi…selepas puas bergambar di Liverpool perjalanan diteruskan ke sebuah outlet shopping yang wajib kena pergi ialah Cheshire Oak…jadi gila sekejap la tengok barangan yang dijual disin..
1-3 Julai…Kami bergerak ke Kota London dan bermalam di arae Marrylabone…hotel di kota London semasa summer semuanya mencanak naik harganya..jadi bermalamlah kami dihotel bajet aje..tetapi selesa..hanya untuk tidur je kan
Disebabkan saya sudah pernah ke London..jadi saya dan rakan2 yang lain berpecah itinary..saya dan suami serta seorang lagi sahabat membeli pakej untuk ke Leeds dan Dover…syukur kerana percaturan membeli pakej ini tidak rugi kerana banyak pengetahuan baharu yang diperolehi semasa trip ini…terutamanya mengenai ratu dan sistem beraja di England..
2-3 Julai…menghabiskan masa meronda-ronda di Kota London dengan menggunakan subway dan misi mencari handbag …ada hari kami memang rasa lembik sungguh apabila berjalan melebih 30 ribu langkah…hanya untuk mencari beg Radley yang tidak dibeli semasa di Liverpool…
Kenangan mengembara dengan rakan2 yang sekepala adalah satu nikmat…keluarlah mengembara kerana disitu kau akan kenali siapa sahabat dan siapakah kawanSutinah Yahaya susah senang kita bersama2…Hasanah Hamsawi penghibur dalam perjalanan..Hazizan Sello pemandu terbaik…Khalidah Adibah Zubir pengetua dalam trip ini
Saya kongsikan gambar geng mak cik nak belajar OOTD katanya…hahahha..
Kredit: Nor Idayu Ayop
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gadis Ini Kongsi Itinerari Solo Trip Ke Pakistan Jejak Pemandangan Paling Cantik. 12 Hari Yang Terindah, Teruja Semua Tempat Cantik!
Gunung, lembah dan tasik yang ada di Pakistan boleh dikatakan sebagai syurga dunia. Bandar yang wujud di tengah pergunungan pasti akan mengujakan setiap orang yang menjejak kaki ke sana.
Berkesempatan bercuti ke Pakistan pada June yang lalu membuatkan Norzaini Rohaizan Zainudin ingin berkongsi tentang keindahan negara Pakistan yang mungkin ramai tidak mengetahuinya.
Trip selama 12 hari itu tidak sehari pun membosankan percutian solonya ke negara keenam yang mempunyai penduduk teramai di dunia.
Ikuti perkongsiannya:
Cantiknya Pakistan 10-21 June 2022
Alhamdulillah dapat juga ke negara Pakistan. Lama aku berniat nak ke Pakistan. Aku suka kan pemandangan gunung-gunung, view yang luas tanpa bangunan pencakar langit, kampung-kampung yang sangat sederhana. Syahdu ya perasaan dapat tengok tempat macam tu.. happy dan syukur. Dulu aku sanggup ya pergi hiking ke Annapurna base camp (ABC) di Nepal sebab kan nak tengok view tu depan mata. Walaupon bukanlah seorang yang fit, tapi gigih aku training 4 bulan untuk ke sana. Tapi ke Pakistan ini sangat last minit.
Terima kasih kawan-kawan yang aku dah dm tanya-tanya pasal Pakistan. Sangat membantu dan juga membuatkan aku percepatkan trip aku hehe..sis sejenis tak sabar!!
Ok meh aku nak share sikit pasal Pakistan. Siapa yang suka kan view, scenery, landscape.. silalah ke Pakistan. MasyaAllah cantik ya. Lawaaaaaaa sangat!!!… Sepanjang 12 hari di Pakistan, tiada satu hari pon yang membosankan aku.
Ni itinerary pendek je:
Day 1: Arrive Lahore
Day 2: Lahore to Naran (ko akan nampak landscape berubah dari kesibukan kota ke kawasan pergunungan..ishhh sis love )
Day 3: Naran to Skardu (sampai Skardu sila tutup mulut, sebab korang akan tergamam dan ternganga dengan keindahan alam ciptaan tuhan )
Day 4 & 5: Explore Skardu (air terjun, gurun, gunung semua ada)
Day 6: Skardu to Hunza
Day 7: Explore Hunza (petik cherry, Khunjerab border China-Pakistan, Attabad Lake)
Day 8: Hunza to Fairy Meadows (sini merasa la korang naik jeep di jalan yang dikenali sebagai “the most dangerous jeep road”, sila tawakal dan berdoa banyak-banyak. Insyaallah selamat)
Day 9: Explore Fairy Meadows (negeri atas awan..disini korang disajikan dengan view Nanga Parbat yang kadang-kadang malu nak munculkan dirinya)
Day 10: Fairy Meadows to Naran
Day 11: Naran to Lahore
Day 12: Explore Lahore and fly back to Kl at night
Apa yang korang akan bawa balik? Kenangan terindah la wehh.. sangat indah sampai aku belum boleh move on lagi dari Pakistan #posttravelsyndrome
Aku nak tulis secara details akan jadi panjang sangat. Aku ada buat travel video ala-ala daily vlog dekat youtube. So kalau korang nak tengok view and tempat-tempat yang aku pergi, korang boleh search YouTube channel aku “ZainiRohaizan”. Ada 6 episod semuanya. Or korang boleh tekan link bawah ni jelah. Kalau bermanfaat korang sedekah la sikit subscribe, komen, like. TQ in advance
Trip aku memang awesome sangat. Walaupon aku masa tu solo je. Aku join dengan satu family ni, dorang best giler sporting habis. And with the best guide ever (bodek sikit haha) lagilah awesome and smooth je. My trip jadi sangat best, santai, harmoni, happy dan juga berilmu. Gituuu..
Oklah, enjoy gambar-gambar aku di sana. Ada soalan boleh tanya je. Insyaallah aku jawab. Feel free to share this post. TQ
Thanks to my most awesome amazing guide who make sure our trip smooth and beautiful Osama Shahid Bangash
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Solo Trip 3H2M Ke Kuching, Drive Sendiri Jejak Banyak Tempat Menarik. Wanita Ini Kongsi Itinerari!
Sarawak yang terletak di kepulauan Bornea sememangnya kaya dengan khazanah alam dan juga budaya yang cukup menarik. Dapat menjejaki tempat-tempat menarik yang ada di sana adalah peluang untuk meneroka dan mempelajari adat dan budaya masyarakat yang pelbagai kaum yang ada di sana.
Nura Aimi yang berkesempatan membuat solo trip selama tiga hari dua malam ke Kuching baru-baru ini berkongsi itinerari dan juga info tentang tempat-tempat yang sempat dikunjunginya.
Membeli tiket penerbangan seawal enam bulan sebelum berlepas, memandu sendiri sepanjang percutian, meneroka ke dalam gua sendirian, satu pengalaman yang boleh anda juga nikmati seperti Nura bila membuat solo trip ke Kuching, Sarawak.
Nak tahu tempat-tempat yang dilawati di Kuching sepanjang trip solonya, ikuti perkongsian wanita ini!
Solo Trip Ke Kuching, Sarawak
Solo Trip 3 Days 2 Nights
Kuching, Sarawak
Tiket Flight RM 54/return – kita beli tiket 6 bulan awal heee
Sewa kereta Axia RM250 (2 hari 8jam) – Personal car rental. Mula-mula agak ragu-ragu sebab takde review dan socmed pastu takde letak deposit. tapi kita tawakal la sebab kita on budget and dia paling murah kita jumpa. Alhamdulillah, trusted. Siap dapat claim minyak sebab kita isi lebih masa return.
Kereta elok, terjaga and paling best ada bluetooth haha. Sebab saya punya trip banyak drive jarak jauh so dengar lagu via bluetooth sangat membantu.
Anyway sapa nak sewa boleh contact abg ni- 010-2026361 (Fawadi)
Day 1: Jumaat (17/3/2023)
Depart dari KLIA2 @ 6.30am
Arrive dkt KKIA at 8.30am, pickup kereta sewa terus set untuk berjalan whole day.
Breakfast @ Mom’s Laksa
Rate : 8/10
First time cuba laksa sarawak. Portion dia penuh eh. Dah macam makan lunch dinner haha. Kenyang teruk.
Borneo Cultures Museum
Rate : 10/10
Sangat recommended ya. Wajib pergi and spend time dekat sini. Worth your money and time. Siapa yang follow saya, mesti tau saya kalau travel suka masuk muzium. Muzium ni antara coolest and advanced museum saya pernah sampai.
Entrance fee: RM20 (Adult/Malaysian)
Muzium Islam Sarawak
Rate : 8/10
Recommended juga! Amazing dia punya pameran barangan Islam. Berbaloi masuk.
Entrance Fee : Percuma
**By the way, bangunan muzium Islam ni sebelah je dengan borneo culture tu, so tayah susah-susah cari parking lain, engkorang jalan je ke bangunan sebelah tu.
Fort Margherita
Rate : 5/10
Bangunan cantik. Tapi orang takde. Tak sesuai untuk keluarga sebab tempat dia agak kecil dan tangga nak naik pun kurang selamat. Need improvement.
Entrance Fee : RM15 (Explorer Pass) – boleh masuk 2 museum dengan harga ni. Dia pair dengan Ranee Museum. Kalau masuk satu je cuma RM10. Tiket valid untuk sekali masuk. Tak sempat pergi 2nd museum hari yang sama pun tak apa. Boleh pergi next day
Sarawak Cultural Village
Rate : 9/10
Wajib pergi bila dah sampai Sarawak. Kat sini boleh tengok semua jenis budaya kaum kat Sarawak. Tengok rumah-rumah dia, try menyumpit. Ada show everyday pada jam 11am & 4pm. Worth it.
Entrance Fee : RM85 (book online to be safe for peak season) – https://scvticket.com.my
Waterfront Boat Cruise
Rate : 9/10
Saya naik perahu tambang bayaran cuma RM25+-. Pandai nego dapat la murah. Saya naik jam 6.15pm macam tu, memang ngam soi dapat view sunset. Naik sorang pulak tu. Healing teruk. HAHA
Waterfront River Cruise
Boleh jalan-jalan dekat sini, banyak jual sourvenir dan makanan. I had my dinner here. Simple dinner tapi puas hati.
Usai hari saya. Masa untuk checkin.
QuiikCat Backpacker Hostel (RM72/2 nights – booking. com)
Rate : 8/10
Sy ambik bilik personal. Dia ada juga bilik shared dorm style. Parking je kurang sikit sebab hotel dia tepi jalan. Tapi ye la backpacker hotel kan usually tak perlukan parking pun hehe. Owner baik. Siap tolong pasang aircond siap-siap bila saya maklum sy checkin lewat. Bilik selesa sangat. Cuma toilet dia shared. Di luar. Buat yang perlukan privacy, tak sesuai la. Tapi saya recommend hotel ni.
Rest for the day.
Day 2: Sabtu (18/3/2023)
Breakfast @ King Laksa Sarawak – First time cuba Mee Kolok. Risau sebab kita picky eater. Tapi nasib kena tekak. Sedap juga heee.
Wind Cave
Rate : 8/10
Pergi la. Best sangat. Masuk gua angin ni experience kegelapan dalam gua bertemankan kelawar. Masa saya datang ni, saya sorang-sorang sampai abang guide tu tanya takpe ke masuk sorang Saya ok je haha dah biasa.
Wajib berkasut ya. Kalau takde boleh sewa. And kena bawak torchlight. Kalau takde, boleh sewa dengan harga RM5. Torchlight handphone korang tu takde makna didalam itu ya hahaha.
Boleh lajak ke Fairy Cave kalau mahu. Saya tak pergi. Sebab kat sana lebih kepada tumbuh-tumbuhan, not really my interest hehe.
Entrance fee: RM1/pax
Tasik Biru
Rate : 7/10
Dah alang-alang sampai area sana, boleh lajak ke tasik ni. Best. Ada bot itik apa tu bagai. Saya duduk tepi tasik bagi ikan makan je hee. Boleh la nak relax tenangkan mata tengok tasik.
Annah Rais Longhouse
Rate : 6/10
Nak experience macam mana naik rumah panjang boleh la pergi sini. Kurang lebih sama je macam dekat culture village semalam cuma yang ni real experience sebab memang ada local yang stay kat situ. Ada homestay boleh try kalau nak experience lebih.
Entrance fee: RM10
**Sebelum dinner dan balik, sempat menyelit ke Red BundleBesar bundle dia. Pantang nampak bundle saya ni… haha
Sharing Tree Metrocity
Rate : 8/10
Dinner kat sini. Boleh pergi uptown area sini juga kalau nak. Besar juga uptown nya. Banyak gila makanan.
Usai dinner, pulang hotel & berehat.
**Sy bercadang nak ke Bengoh Dam untuk hari terakhir tapi terpaksa cancel plan sebab seminggu sebelum trip, saya terseliuh. Kaki dah ok tapi masih tak kuat. Jadi taknak ambik risiko sebab dengarnya kena hiking dan lain-lain. Safety before fun okay guys.
Day 3: Ahad (19/3/2023)
Checkout hotel. Saya breakfast siap-siap roti bakar je kat hostel sebelum checkout. Memang di pantry hotel tu guest boleh buat breakfast dan coffee sendiri. Hee.
**Kebetulan di bandar Kuching, pada setiap Ahad minggu pertama & ketiga setiap bulan, ada kempen Car-Free Morning dari jam 6AM-10AM. Ini la masanya kalian berjalan di bandar Kuching tanpa risaukan kereta lalu lalang. Area dia ada certain area la. Kena tengok. Hehe.
Jadi saya sahut cabaran berjalan di bandar acah-acah tourist. Eh memang tourist pun haha.
Ranee Museum
Rate : 7/10
Best juga. Setelah berjalan jauh, masuk sini aircond pulak kemain selesa. Heee. Baca la sejarah-sejarah kat sini. Menarik juga.
Entrance Fee : RM10. Tapi sebab semalam saya dah beli Explorer Pass, jadi saya tak perlu bayar dah.
Sourvenir Shop & Kedai Kek Lapis
Dekat opposite waterfront tu berlambak kedai-kedai kek lapis dan kedai sourvenir. Pandai-pandai engkorang la shopping haha. Saya masuk random kedai and beli random things juga. Tiada specific kedai.
King Laksa Sarawak – lagi
Again, repeat lunch kat sini. But this time makan nasi dengan tomyam. WEH SUMPAH TOMYAM DIA SEDAP NAMATI. PLEASE TRY. kita pergi hatyai pun tak rasa sedap gitu tau. memang puas hati.
Okay sebab flight balik jam 7pm, kita ada banyak masa lagi.
Muzium Sejarah Semulajadi (Natural Historic)
Rate : 6/10
Best tapi sikit sangat pamerannya. Boleh la nak buat raso-raso haha.
Entrance Fee : Percuma
Tugu Pahlawan
Takde apa sini. Kalau suka bergambar, boleh la datang kut.
Sebelahnya, muzium sarawak tapi masa sy dtg, under renovation.
Jong’s Crocodile Farm & Zoo
Rate : 9/10
Dah sampai sarawak, kena p la tgk buaya dia. Fuh memang banyak gila eh buaya dia. Besau2 pun ya. gulp tengok. Ada juga haiwan lain. Sebab zoo kan.
**Ada show bagi buaya makan setiap jam 11am & 3pm.
Entrance Fee : RM20
Done final stop, tiba masa untuk pulang. Contact abang sewa kereta untuk return kereta & the end of the trip.
Serba sedikit itu sahaja la perkongsian saya untuk solo trip kali ini.
Maaf entry panjang sangat. and kalau tak banyak tempat sy share info sebab pergi sorang banyak yg terhad dari segi masa dan wang hehe. Next, mana?
** BTW NEXT MESTI PERGI BENGOH DAM JURRASIC SARAWAK TUUUUUU.
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan dan rezeki yang berpanjangan untuk terus melihat keindahan ciptaan Tuhan, insyaAllah. Sampai ketemu lagi.
Farewell, Kuching
ps; gambar tak tersusun sorry
Kredit: Nura Almi
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI