Seronok Layan Mandi & Kayak Di Tasik Dayang Bunting. Percutian Buddies Lepas Final Exam, Bajet Tak Sampai RM500!

Share

Sudah lama sebenarnya merancang untuk pergi bercuti ke pulau legenda ini. Mendengar saja kehebatan dan keunikan Langkawi membuatkan diri jadi teruja untuk menerokai keindahannya.

Namun kekangan waktu (disebabkan fokud belajar) menyebabkan masa terbatas dan apabila segala urusan selesai, barulah kami merancang semula untuk pergi ke sini.

Maklumlah baru habis exam penting, jadi kata orang inilah masa untuk melepaskan segala tekanan dialami sepanjang mood exam final.

Bak kata seorang teman ‘lupakan seketika score kita dapat, layan je momen percutian ini dengan hati gembira’.

Tidak mahu membuang masa, kami berlima mengambil tiket flight untuk kesana dan kebetulan dapat harga murah yang sukar dilepaskan.

Sepanjang 3 hari 2 malam, banyak aktiviti yang kami manfaat sepanjang berada di sini. Walaupun aktiviti ini biasa bagi orang lain, tetapi beri momen menyeronokkan untuk kami yang pertama kali ke Langkawi.

Mengambil kesempatan hari pertama kami habiskan masa selama 2 jam untuk Island Hoping.

Hati cukup terhibur dalam melihat sendiri helang di Pulau Helang yang bertebangan bebas di ruang angkasa.

Lebih menyeronokkan dapat pergi ke Tasik Dayang Bunting yang cukup popular di kalangan pelancong ke Langkawi.

Hampir 1 jam 3 minit di sini, puas dapat mandi, berkayan dan lakukan aktiviti lain. terasa ketenangan berada di Tasik Dayang Bunting ini yang mana kita kena mendaki seketika sebelum melihan keindahan tasik ini.

Hari kedua pula kami teruskan perjalanan menikmati keseronokan menaiki cable car. Walaupun sedikit gayat, tetapi kuatkan hati untuk melihat kawasan sekitar berdekatan sky bridge.

Turun dari situ kami sempat mengabadikan kenangan di 3d Art Museum dan juga sempat menonton skydome di kawasan berkenaan.

Sebelum berlepas balik, kami tidak lepaskan peluang untuk melepak di Pantai Cenang. Tidak banyak aktiviti di sini cuma lepak santai sambil melihat fire performance yang dijayakan.

Ternyata percutian 4 hari 3 malam bersama rakan-rakan ini boleh dikatakan yang paling best kerana dapat meluangkan masa bersama-sama setelah sebelum ini sama-sama bekerja keras untuk berjaya dalam pengajian di kolej.

Oh ye kami hanya membelanjakan sekitar RM500 untuk semua kos termasuk tiket pergi balik, makan, aktivit bit dan juga keperluan lain.

Cuma sedikit frust kerana tidak dapat membeli sebahagian coklat yang viral dan popular kerana diberitahu stok sudah habis.

Mungkin kami kena datang lagi ke sini kerana Langkawi sememangnya destinasi cukup menyeronokkan untuk dikunjungi berbanding destinasi percutian lain.

Kredit Foto: Alya Izzati

Artikel Berkaitan:

Rasai Keseronokan Momen Staycation Dengan Barbie, BFF Si Gadis Di Tengah Kota Metropolitan KL

Ini 10 Lokasi Menarik Di Marina Island Pulau Pangkor, Buat Kaki OOTD Rakam Momen Menarik!

Ini 15 Tempat Menarik Sekitar KLCC Boleh Layan, Kalau Korang Staycation Di KL

Oleh
Siti Zurina Mat Saman