Tular video gelongsor warna-warni di Himalaya Camping Resort, agak menarik kalau dapat merasa sekali layan perasaan bersama geng satu kepala!
Lagi syok kalau dapat habiskan masa terluang bermain ATV, white water rafting, water abseiling dan tubing sepanjang hari.
Jangan risau, semua keunikan ini memang ada di Himalaya Camping Resort dan Rock Garden yang terletak di Gopeng, Perak.
Di resort ini ada pakej penginapan ala glamping, perkhemahan dan chalet tepi sungai ya. Selain boleh buat team building, perjumpaan keluarga dan majlis perkahwinan, penginap juga boleh menerokai Gua Tempurung.
Semua kemudahan lengkap termasuk surau, dewan, bilik berhawa dingin, tapak khemah, tandas, plug point dan dewan makan yang luar. Tempat untuk berbeku pun ada.
Rata-rata pengunjung yang sudah bermalam di sana teruja dengan kelainan yang dibawakan resort privasi tersebut termasuklah gelongsor pelangi dipanggil Himalaya Rainbow Slide sepanjang 62 meter.
Sungai sangat best dan pool pun besar. Puas main anak-anak nanti. Harga pun okey sebab setiap bilik dah termasuk dengan baucar sarapan untuk empat orang.
Selain mandi-manda, anak-anak puas main slide. Golongan mak-mak pula boleh masak-masak sambil bergosip dan makan.
Waktu malam boleh main bakar-bakar pula. Best, bukan?
Terdapat lebih kurang 50 bilik berhawa dingin, dua kolam renang biru, surau, dewan makan open, tapak campsite yang luas dan bersih.
Lebih menarik lagi, kalau stay overnight di sini memang terdapat pelbagai aktiviti menarik ada ATV, water rafting, tubing, water abseilling dan trekking Bukit Batu Putih.
Jom lah rasai keunikan percutian glamping dengan kemudahan pelbagai bilik yang cantik. Tak payah nak pergi jauh-jauh kalau bercuti. Boleh buat pilihan, nak mandi sungai atau kolam, keduanya ada. Puas hati datang sini!
Himalaya Camping Resort & Rock Garden