Gegurl Mesti Suka, Barbie Staycation Di Grand Hyatt Kuala Lumpur

Share

I'm a Barbie girl, in the Barbie world
Life in plastic, it's fantastic
You can brush my hair, undress me everywhere
Imagination, life is your creation

Siapa hafal lagu nie, dia geng dengan Min, hikz.

Hokay, kalau nak mencari kelainan percutian dan menggembirakan hati anak-anak, inilah lokasi paling tepat ya terutama bagi peminat Barbie. Tidak hanya kanak-kanak ramai juga remaja dan mak-mak yang minat dengan permainan patung barbie dan ada kenangan dengannya.

Mungkin harga mainannya “boleh tahan” tapi kalau dah minat akan beli dan buat koleksi juga..

Bagi mengimbau memori dan meriangkan hati anak-anak, bolehlah cuba staycation di Grand Hyatt Kuala Lumpur ini. Masuk saja bilik, semuanya bertemakan barbie termasuk dalam bilik airnya. Malah bathrobe juga ada gambar barbie dan sedia digunakan.

Jom baca perkongsian dari Wanie Syaz di page FB Hotel Review Malaysia mengenai pengalamannya menginap di sini. Memang cute sangat sebab semuanya nampak pink.





Jelas Wanie, dia memilih menginap di Grand Room (Made In Malibu ), 47sqm, dua dewasa dan seorang anak.

Harga semalam ialah sebanyak RM2436 termasuk pakej Barbie Pink Afternoon Tea. Deposit perlu dibayar ialah sebanyak RM1300.

Urusan check ini memang sangat selesa sebab staff Barbie akan buat semuanya untuk tetamu. Tetamu boleh duduk santai-santai di sofa dengan welcome drink disediakan. Beg semua dihantar ke bilik.

Selesai check in, staff akan bawa ke bilik dan beri penerangan lengkap. Bilik Barbie nie memang cute sangat. Mereka juga sangat peramah dan banyak membantu. Pergi jalan ke mana-mana, mesti dia orang akan tegur kalau terserempak.

Masuk saja ke bilik, bukan saja anak, dengan mak dia terjerit sebab terlebih excited. Warna bilik pink dan tema bilik Barbie You Can Be Anything.

Ada costume dalam bilik, so anak boleh tukar-tukar untuk shoot gambar sesuai dengan tema You Can Be Anything.














Yang buatkan bertambah comel tu, toiletries, complimentary bar, tea set semua PINK comel sangat sangat. Sambil kongsi memori ni pun terasa lagi kecomelan bilik tu.
Dalam bilik ada Playhouse Barbie boleh main. Dalam bilik air pun ada Barbie. Boleh mandi sama-sama. Sana sini ada Barbie. Comel sangat.

Pagi sebelum check out, staff Babrbie datgan bilik bagi surprise gift. Dapat Barbie boleh bawa balik bertambahlah seronok sebab dapat giftkan.

Buffet breakfast sini memang sangat banyak pilihan. Yang paling best, yang buatkan breakfast sini bertambah special yang saya tak pernah rasa di hotel lain, tiba-tiba ada magician datag di meja dan buat magic dan bagi belon untuk anak-anak. Memang bertambah seronok la anak-anak.








Afternoon tea decoration Cafe Barbie ni sangat comel! Masuk saja, rasa nak menjerit sebab cute bilik tak habis lagi, sambung pula dengan cute kat cafe. Comel sangat-sangat.

Makanan dia pun pinky-pinky, comel-comel sangat. Rasa nak nangis bile tengok husband gigit tanpa perasaan.

Secara keseluruhan pengalaman menginap di sini, tersangatlah comel. Nak describe pun rasa tak tersampai sebab excited dengan bilik Barbie tu. Masih terasa walau pun dah check out.

Tak hairanlah, anak asyik tanya bila nak pergi hotel barbie lagi. Bukan saja anak, mak dia pun teruja. Bestnya di sini, ambillah gambar sepuas-puasnya sebab memang best.

Oleh
almaswa Haji Che Ros