Bila dah mula camping, aktiviti sebegitu berubah seakan menjadi rutin. Apatah lagi bila dah ada semua kelengkapan, memang tiap hujung minggu teruja sahaja nak cari campsite untuk pacak khemah.
Kesempatan untuk menyertai gathering bersama rakan camper yang lain tidak dilepaskan oleh Mel Teamsuri dan keluarga. Keterujaan dapat berkumpul bersama dengan rakan yang mempunyai minat yang sama memang ditunggu-tunggu.
Banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang tiga hari dua malam di The Woods, Ulu Yam, Selangor. Malah fasiliti yang ada di sini juga antara yang terbaik.
Menurut Mel bagi yang nak stay di sini, chalet juga turut tersedia untuk di sewa. Ruang campsite yang luas dengan kemudahan lain seperti tandas, surau, parking dan sebagainya memang cukup baik.
Ikuti perkongsian Mel Teamsuri mengenai gathering camper yang disertainya kali ini.
Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat FCM semua
Minggu ni kami bersiaran dari The Woods, Ulu Yam selama 3 hari 2 malam. Untuk peminat tent khakis, kaler ala tanah ni, saya nantikan sangat kalau ada event berkumpul camni sebabnya saya suka tengok tent dan setup lawa-lawa, dapat berkumpul rakan-rakan yang sama minat yang sebelum ni hanya jumpa kat fb je tapi kali ni bertentang mata dan yang paling penting anak-anak happy berkawan dan main sesama
Overall, The Woods punya fasiliti sangat best. Toilet dan bilik mandi yang disediakan pun sangat banyak. Even, kalau nak sewa chalet pun boleh. Ada juga disediakan dewan besar ala kantin. Let say kalau ada nak buat gathering ke, boleh gunakan ruang ini sebaiknya. Surau juga ada disediakan, ala wakaf gitu. Tempat parking pun luas. Pendek kata, kalau nak cari tapak camping reramai, ngan member, ngan jiran setaman, ngan family, agak sesuai tempat ni Sungai pun kids friendly. 2 malam kami harungi hujan lebat, air sungai kekal cantek tak keruh Untuk harga tapak dan info, mohon terus contact admin Kem The Woods Ulu Yam
ya.Saya nak kongsikan gambar dan moment best kami sekeluarga sepanjang camping hujung minggu lepas Jemput view gambar-gambar
Kredit: Mel Teamsuri