Bila ada masa berkumpul, boleh lah gathering bersama keluarga di sebuah perkampungan nelayan yang dikenali sebagai Trata’ Leka.
Terletak di Kampung Nelayan Benteng Laut, Pantai Leka, Parit Jawa, Muar, Johor, konsep inap desa yang diimplemenkan cukup istimewa apabila masih mempertahankan reka bentuk rumah limas Johor dan Melaka menggunakan kaedah tanggam.
Trata’ Leka
Justeru, bagi anak bandar yang belum pernah merasai pengalaman tinggal di kampung, inilah masanya untuk mencuba kelainan.
Pilihan Tempat Menginap
Ada empat buah rumah tradisional yang disediakan di Trata’ Leka. Masing-masing dinamakan sebagai Rumah Ibu, Rumah Long, Rumah Ngah dan Rumah Acik.
Ada tiga buah rumah tradisi berkonsepkan studio iaitu Rumah Long, Ngah dan Acik supaya anak-anak selesa ketika bercuti.
Bagi menambah seri laman, tempat ini direka bentuk landskap mengikut cita rasa pemilik. Memang tenang dan sedap mata memandang.
Mempunyai Kolam Mandi Besar
Owh ya, di sini ada kolam mandi bersaiz besar, dewan makan dan dewan seminar yang diberi nama Rumah Sidang.
Trata’ Leka juga mempunyai tanah lapang untuk aktiviti santai, barbeku dan kandang haiwan ternakan khas untuk menghiburkan hati kanak-kanak.
Premis ini juga mengalu-alukan kehadiran pengunjung dalam kumpulan besar kerana terdapat kemudahan asrama (Teratak Uda dan Dara) yang boleh memuatkan 60 orang pada satu-satu masa.
Pengunjung bukan sahaja bakal ‘dilayani’ dengan angin pantai dan menjamu mata dengan suasana di pangkalan jeti nelayan berdekatan, malah boleh menikmati makanan laut segar dan menu popular, asam pedas pada harga berpatutan.
Sememangnya, percutian di Trata’ Leka begitu mendamaikan dan sapaan angin bayu di sana bakal membuai nostalgia dan ketenangan anda.
Trata’ Leka
Alamat: Lot 3554, Kampung Nelayan Benteng Laut, Pantai Leka, Parit Jawa, Muar, Johor
Harga: Bermula RM250 hingga RM450
Aktiviti: Team building, hari keluarga dan riadah
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Untuk Elak Kebuluran, Ada Haiwan Di Zoo Jerman Mungkin Dikorbankan Sebagai Makanan Kepada Haiwan Lain
Hampir semua destinasi pelancongan di dunia terkesan dengan wabak COVID-19 yang mengancam bumi ketika ini.
Ada yang masih bertahan dan ada juga terpaksa merangka pelbagai ‘plan kecemasan’. Seperti sebuah zoo di utara Jerman, Zoo Neumünster sangat memerlukan bantuan daripada masyarakat untuk meneruskan operasi dan memberi makan haiwan dalam kurungan.
Masalah zoo tersebut turut dihadapi oleh hampir semua zoo satu dunia. Zoo tersebut yang biasanya padat dengan pengunjung pada musim cuti itu kini tidak dapat beroperasi susulan langkah kawalan pergerakan ketat yang dilaksanakan di negara itu, sekali gus menjejaskan pendapatan bagi membeli makanan buat semua haiwan.
Menurut kenyataan Pengarah Zoo Neumünster Jerman, jika keadaan mendesak, kemungkinan besar beberapa haiwan terpaksa dikorbankan untuk memberi makan kepada haiwan-haiwan lain. ‘Korban’ tersebut mungkin tidak mengenyangkan setengah-setengah haiwan, tetapi ia membantu daripada kebuluran berpanjangan.
Korbankan haiwan lain untuk diberi makan haiwan lain di zoo tersebut hanyalah usaha terakhir demi kelangsungan zoo. Malah ia tidak akan menyelesaikan masalah kewangan dihadapi zoo itu susulan penutupan sementara operasinya.
“Jika terdesak, kami terpaksa mematikan haiwan ini daripada melihat ia menanggung azab kebuluran,” katanya lagi.
Menurutnya lagi, anjing laut dan penguin memerlukan ikan segar dalam kuantiti banyak setiap hari.
Zoo yang terletak di Berlin itu dimiliki sebuah persatuan yang tidak layak mendapat bantuan dana kecemasan negeri untuk perniagaan kecil. Dianggarkan kerugian yang bakal dialami zoo tersebut pada musim bunga ini mencecah €175,000 (kira-kira RM832,000).
Sumber: astroawani
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Booking 2 Malam Tapi Semalam Je Menginap. Wanita Kongsi Pengalaman Seram Bercuti Di Sebuah Vila!
Ramai mengambil peluang bercuti bersama keluarga apabila aktiviti rentas negeri sudah dibolehkan.
Malah semua lokasi percutian penuh gara-gara ramai yang mengambil kesempatan membawa keluarga menghabiskan masa bersama.
Selalunya momen indah yang dicipta sementelah lama tidak menginap di mana-mana hotel atau resort yang menawarkan pe nginapan selesa.
Namun begitu, lain pula cerita perkongsian seorang wanita yang menginap di sebuah vila ketika bercuti baru-baru ini kerana berdepan situasi menyeramkan.
Menurutnya, pelbagai insiden seram berlaku ketika dia dan keluarga bercuti di sebuah rumah banglo.
Ayuh, ikuti perkongsiannya.
Mak Tak Boleh Tidur
Bangun pagi saya hendak menggosok baju, saya sahaja tanya emak boleh tidurkah malam tadi? Sejuk tak? Along tak tahan sejuk betul malam tadi, mengerekot badan.
Mak pun jawab mak tak tidur Along, kena kacau..
Haa! Kena kacau macam mana? Terus tak jadi gosok baju..
Vila ini terletak di sebuah lokasi pelancongan. Banglo yang kami tinggal terletak agak ke belakang kawasannya.
Ada empat bilik yang agak selesa. Ruang tamu dan dapur pun besar memang sesuailah kalau keluarga besar.
Satu malam lebih kurang RM700.00. Adik tempah sini sebab tak kerana ada private pool supaya puas anak-anak mandi.
Dulunya kawasan ini meriah. Mungkin selepas dua tahun Perintah Kawalan Pergerakan perniagaan mereka terkesan atau sebaliknya.
Sampai sahaja villa dalam anggaran pukul 5.00 petang. Yang tempah adik saya, jadi saya memang serah pada dia sahaja.
Apabila sampai sahaja di kawasan itu dalam hati saya berkata kawasan inilah yang tular Facebook viral ramai yang kena kacau dengan hantu..
Mulut pun menuturkan inilah Villa Nabila.
Bila masuk, adik saya sempat merakamkan video dan memberi salam. Dia juga berkata “Aku datang nak tumpang sahaja jangan kacau kami.”
Begitulah ayat adik saya. Bila masuk memang macam sudah rasa seramnya.
Anak-anak bila nampak kolam terujalah mereka. Namun apabila mendekati kolam dengan suasana pokok-pokok (landskap) pada bahagian tepi saya naik bulu roma.
Kolam Agak Kotor, Tak Sesuai Untuk Mandi
Kolamnya agak kotor dan dalam tidak sesuai untuk kanak-kanak. Kena guna pelampung. Disebabkan kami tidak bawa pelampung jadi hanya celup-celup kaki sahaja. Memang rasa tidak sedap hati, adik pun cakap tidak usah mandi.
Sebab pernah terbaca ada yang kena tarik kaki ke dalam air bila mandi kolam disini.
Seramlah, memang tak jadilah nak mandi petang. Petang itu kami hanya main-main depan rumah sahaja.
Selepas Maghrib kami nak keluar makan malam dan pergi ke bandar. Kawasan ini tiada apa-apa.
Jauhlah juga dalam 30 hingga 40 minit.
Redah sahaja, dapat juga naik beca dan kami pergi makan kawasan bandar. Kami di sana sehingga hampir pukul 12.00 tengah malam. Kemudian bergerak balik ke vila.
Sampai di vila kami duduk dulu, sembang-sembang minum-minum lagi anak-anak semua sudah tertidur.
Emak dan abah sudah masuk bilik dan membaca Al-Quran, berzikir dan surah Al-Mulk sebelum tidur.
Kami adik-beradik tengah lepak-lepak lagi. Tapi mulut cakap sudahlah jom tidur nanti Nabila datang teman. Jadi betul-betul dia datang teman.
Emak & Abah Kena Kacau Mula Pukul 2 Pagi
Emak dan abah yang kena kacau bermula pukul 2.00 pagi. ‘Dia’ ajak bergurau dengan menjatuhkan barang sebanyak tiga kali.
Pertama bunyi batu berderai jatuh dalam bilik tetapi tidak berapa kuat.
Emak sudah terlelap tetapi dia terdengar dan terperanjat. Emak rasa lain macam, apabila sudah terjaga susahlah hendak tidur semula.
Emak kata mungkin bunyi apa-apa jatuh dan tidak perasan.
Vila di sebelah kosong tiada penghuni. Emak cuba tutup mata semula walaupun sudah meremang bulu roma.
Kali kedua ada lagi objek jatuh. Kali ini abah pun bangun, dia tanya bunyi apa?
Emak cakap sudah dua kali kedengaran bunyi objek jatuh. Tidak lama selepas itu ada bunyi lebih kuat. Ema takut sangat, dia cakap kami dalam bilik masing-masing memang tidak sedar apa-apa.
Jadi selepas bunyi yang ketiga yang kuat abah bangun amik telefon dan suluh tengok apa benda yang jatuh sebab kuat sangat mesti nampak apa yang jatuh.
Namun tiada apa yang kelihatan. Abah sudah dapat mengagak ‘ada’ yang mengacau.
Jadi emak dan abah dia mula mebaca ayat-ayat Al-Quran walaupun dalam keadaan takut. Siapa yang pernah rasa diganggu tahulah bagaimana takutnya.
Bunyi gangguan makin hilang, ‘dia’ tidak jatuhkan objek lagi tetapi mula menarik tasbih dari kocek seluar abah dan tarik selimut emak!
‘Dia’ tarik tasbih Abah dalam kocek seluar.. kocek seluar tau!! ‘Dia’ seolah-olah tidak benarkan abah berzikir.
Jadi selepas keadaan agak bertenang dia masukkan tasbih pada kocek tangan pula. Dalam kocek dia tarik tasbih tu macam nak rentap.
Fuhh ‘dia’ mula kacau lagi. Abah dan emak masih tidak berhenti baca ayat-ayat Al-Quran. Mereka hendak keluar pun takut dan seolah tidak boleh keluar dari bilik itu.
Emak masih baring lagi kat katil sambil baca ayat-ayat Al-Quran berulang-ulang.
Kali ni ‘dia’ kacau emak pula. Dia main tarik selimut dan kain.. Emak kata dia cakap tak pernah dia berasa takut seperti itu.
Abah ‘Cakap’ Baik-Baik Dengan Makhluk Itu
Abah pun mula bercakap baik-baik dengan mahluk itu tapi aku lupa apa ayat dia..
Abah cakap bukalah pintu dia nak keluar.’Dia’ terkurung dalam bilik ini panas dia marah orang mengaji berzikir dalam bilik itu.
So selepas sahaja pintu itu dibuka, Alhamdulillah makhluk itu sudah tidak mengacau lagi. Ketika itu hampir pukul 4.00 pagi. Kasihan emak dan abah tidak dapat tidur.
Emak cakap jangan budak-budak kena kacau.
Dalam ramai-ramai adik beradik paling penakut akulah nasib baik dia bukan kacau aku sebab bilik aku sebelah bilik emak.
Apabila hampir waktu Subuh emak dan abah susah untuk tidur. Ditambah dengan rasa takut dan seram, jadi mereka terus solat.
Apabila sudah cerah, aku pun terbangun tetapi ketika itu emak belum cerita apa-apa. Aku bangun lihat emak mengaji Al-Quran di depan.
Aku pun membuka pintu depan untuk keluar ambil barang dalam kereta. Tengok jiran selang sebuah rumah sudah hendak bergerak balik walhal ketika itu masih awal lagi. Nampak macam tergesa-gesa. Mungkin keluarga dia juga diganggu.
Terpandang vila kosong yang petang semalam tengah pecah dinding, tapi bila malam macam tiada ada apa-apa yang berlaku, seolah-olah dinding tu tiada yang pecah!
Pada petang kami sampai suami dengan adik berjalan keliling kawasan rumah di situ sambil ambil angin petang dan ternampak tepi rumah sebelah tengah diubahsuai dan dinding bahagian tepi dipecahkan.
Selesa pusing-pusing sampai di vila dia pun cakap rumah sebelah kita kosong tengah renovasi.
Vila sebelah ni agak lagi nampak tak terjaga dari vila yang kami sewa..
Sebelah malamnya, seusai pusing-pusing di bandar, kami sampai ke rumah sudah lewat malam.
Ada yang sembang-sembang sambil minum, suami seorang diri hisap rokok di beranda. Biasanya dia akan lepak-lepak dulu sampai habis sebatang rokok.
Villa Kosong Sebelah Mencurigakan
Dia terpandang vila kosong yang petang tadi tengah pecah dinding. Bila malam seperti tiada apa-apa yang berlaku, dinding yang dilihat dipecahkan siang tadi tidak ada kesan dipecahkan!
Apa yang dia nampak petang itu tidak sama dengan apa yang dilihat waktu malam.
Tidak mungkin pukul 6.00 petang pecahkan dinding malamnya sudah sempurna.
Rokok pun tidak habis lagi dia sudah masuk ke dalam rumah, rasa tidak sedap hati.
Dia beritahu hendak tidur depan TV tapi bila sudah rasa ‘lain’ terus masuk bilik. Suami kata pagi esok dia hendak jengah rumah sebelah.
Tepat masa kami hendak masuk tidur, adik menerima pesanan WhatsApp daripada individu yang dipercayai ‘incharge’ vila ini.
Dia tanya ada apa-apa yang tak ok? Kalau rasa tidak selesa atau ada kerosakan nanti maklumkan kepadanya.
Disebabkan belum kena gangguan jadi kami membalas tiada apa-apa dan semuanya ok.
Keesokan paginya emak dan suami ketika itu sedang memasukkan barangan ke dalam kereta ternampak seorang pekerja masuk membersihkan rumah sebelah dengan membawa plastik hitam.
Ia seolah-olah vila di sebelah kami itu baru sahaja selepas check out.
Tetapi kehadiran pekerja pembersihan itu sekali lalu sahaja. Dia berjalan ke bahagian belakang, emak baru panggil dan dia hilang.
Emak dan suami tunggu untuk jumpa pekerja itu tetapi tetap dia sudah tiada.
Empat mata yang nampak pekerja pembersihan itu, jadi mustahil ia bayang-bayang pula. Kami hanya hendak bertanya ada orang sewakah vila di sebelah itu dan semalam renovasi apa yang dilakukan.
Tetapi pekerja pembersihan itu ghaib terus. Semakin hairanlah dengan malam tadi kami ‘diganggu.’
Bila semua sudah keluar untuk check out dan merakamkan foto, ramai tidak berpuas hati mengintai ke dalam vila sebelah menerusi cermin.
Banyak persoalan yang menjadi tanda tanya, wanita itu turut menarik nafas lega kerana bernasib baik menyewa villa itu sehari sahaja.
Vila itu kosong, tidak ada apa-apa langsung. Ia sudah ditinggalkan lama. Kesan pecah dinding pun tiada, maka tidak mungkinlah ada yang sewa.
Jadi pekerja pembersihan tadi buat apa? Dia datang dari mana? Mana yang kitaorang nampak petang tengah pecah dinding tu?
Banyak persoalan yang menjadi tanda tanya. Nasib baik kami sewa sehari sahaja.
Kalau dua hari tidak mungkin kami akan tidur lagi di situ. Biarlah rugi daripada diganggu. Mungkin hari kedua lebih ekstrem.
Demikian catatan menyeramkan wanita berkenaan tentang percutian keluarganya.
Dalam pada itu, dia turut berkongsi tip supaya memastikan jumlah rombongan digenapkan.
Biar Jumlah Genap Kalau Bercuti
“Apa yang saya dengar dari video pengalaman paranormal kalau kita pergi bercuti atau menginap di mana-mana, kalau boleh genapkan jumlah orang. Jangan bagi jumlah ganjil kerana apabila jumlah ganjil akan ada yang mengikut dan menumpang,” titipnya.
Dia juga memohon maaf andai ada pihak yang kurang selesa dengan perkongsiannya.
“Apa yang dikongsikan ini adalah pengalaman yang benar. Jaga mulut daripada menyebut yang tidak perlu,” katanya.
Sumber: Sya Empires & Sinar Plus
Artikel Berkaitan:
‘Indah Khabar Daripada Rupa’. Pengalaman Seram Sekeluarga Check In ‘Hotel Cantik’ Di Taiping
Pengalaman Seram Di Kellie’s Castle | Mojo Solo
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Naik ATV Explore 180 Ekar Kebun Buah Di Desaru Fruit Farm. Sambil Kenal Buah Anak-anak Boleh Main Dengan Haiwan Di Mini Zoo
Desaru destinasi percutian yang semakin dikenali ramai. Selain mempunyai pantai dengan pasir putih yang cantik bersama deretan pilihan hotel untuk seisi keluarga, Desaru Fruit Farm juga antara tarikan yang perlu dilawati bila berkunjung ke sini.
Desaru Fruit Farm telah dianugerahkan sebagai “tapak Agro- Pelancongan Terbaik”di Malaysia pada 2006 dan Tarikan Pelancongan Inovatif – Agro Pemuliharaan Pelancongan oleh Anugerah Pelancongan Malaysia 2010. Tempat ini sangat sesuai untuk orang-orang bandar yang jarang dapat masuk ladang, terutama kanak-kanak. Bagi orang dewasa, kita memang kenal buah-buah bermusim yang biasa dijual di pasar tetapi amat jarang sekali kita dapat melihat bunganya sebelum menjadi putik buah. Di sini kita berpeluang mengenali pokoknya serta bunga, putik dan buahnya.
Jika mahu anak-anak tengok sendiri dari mana datangnya makanan mereka, Desaru Fruit Farm ini antara tempat terbaik. Tempat ini memang khas dibuat untuk menerima pelancong. Keluasan kebun buah ini melebihi 180 ekar, dengan jumlah pokok mencecah 3-4 ratus spesis. Selain dari itu ada disediakan aktiviti-aktiviti menarik bukan sahaja untuk dewasa tetapi juga untuk anak-anak.
Ada banyak pakej yang ditawarkan untuk meneroka ke setiap pelosok kebuh buah ini, termasuklah untuk memasuki ke mini zoo dan juga ladang buaya. Anda boleh untuk meneroka kebun buah ini dengan menaiki ATV atau juga hanya berjalan kaki. Ada juga pakej yang lengkap dengan makan tengah hari untuk anda nikmati kat sini.
- Melawat Kebun Buah
Selain dari pokok buah yang biasa dilihat di kampung, seperti rambutan, pisang, jambu dan mangga, tempat ini memberi peluang pada anda untuk melihat pokok-pokok yang jarang ada di kawasan rumah. Antaranya pokok koko yang mana bijinya diproses untuk dijadikan coklat, amra atau kedondong, cermai dan durian belanda. - Kenali Tanaman sayur dan herba
- Taman Haiwan Mini
Ini kawasan berkonsepkan “petting zoo”. Di sini terdapat arnab dan kambing di mana anak-anak boleh memberi makan sambil membelainya. Mereka juga boleh bermain-main dengan ayam, ayam belanda dan ayam turkey.
- Berehat di taman
Di separuh lawatan, anda boleh berehat di sebuah taman sambil menjamu mata melihat lanskap yang menarik. Kalau dahaga boleh beli jus buah segar yang dibuat dari buah yang terdapat di ladang, yang dijual di gerai dalam taman. Ada juga kawasan kolam ikan koi warna-warni di sini. Bagi anak-anak yang suka memberi makan ikan bolehlah berseronok dengan aktiviti ini.
- Shopping Buah-buahan
Dah penat meneroka, sebelum pulang anda boleh shopping buah-buahan yang ada di pasar jualan yang ada di sini.
kredit: FB Desaru Fruit Farm & Aisha Echa
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI