Satu Malaysia kagum melihat gambar ‘Mowgli Malaysia’, iaitu gambar seorang kanak-kanak lelaki bersama kerbau peliharaannya yang berjaya dibidik seorang jurufoto, Mohd Nazri Sulaiman tahun lalu.
Aksi kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Mohd Syukor Khamis berinteraksi dengan kerbau tanpa rasa kekok dan takut menjadi bualan ramai. Selepas kemunculan gambar viral tersebut, media berpusu-pusu menerjahnya untuk mendapatkan sumber berita yang digemari ramai masyarakat untuk melihat dan membaca kisahnya. Syukor pernah muncul dalam telefilem berjudul Budok Kuba yang disiarkan menerusi slot Citra Exclusive di Astro Citra.
Difahamkan foto Mohd Nazri sebelum ini pernah merangkul anugerah Street/People Photographer of The Year Asian Geographic – Image of Asia 2018 dan Remarkable Award di Siena International Photography Award 2018, Italy.
Gambar unik ini sekali lagi meraih pencapaian membanggakan apabila terpilih dipamerkan di galeri penuh berprestij 25 September ini di Rome, Itali serta beberapa negara sekitar Eropah tidak lama lagi. Berita gembira itu dikongsi jurugambar ini menerusi Facebook miliknya.
“Alhamdulillah, gambar saya terpilih untuk dipamerkan di galeri di Rome, Italy dan beberapa negara sekitar Eropah. Adik Syukor Khamis Kampong Boy sampai Eropah gambar mu ni. Kebanggaan Terengganu dan kebanggaan Malaysia. Alhamdulillah,” katanya.
Menerusi posting itu Nazri turut memuat naik kenyataan pihak perganjur serta hasil gambar memaparkan adik Syukor.
Tahniah Libur ucapkan!