Apabila sudah lama berkahwin dan mempunyai cahaya mata, peranan setiap pasangan suami isteri semakin besar dan banyak. Ada kalanya tanggungjawab yang perlu dilaksanakan itu membuatkan kita kurang memberi perhatian kepada pasangan.
Oleh itu, ambil masa untuk memupuk kembali rasa cinta dengan pergi bercuti. Percutian bersama pasangan dan keluarga memberi peluang kepada anda berdua berehat seketika. Cara ini sedikit sebanyak mengingatkan anda kepada suasana romantik ketika bergelar pasangan kekasih atau bulan madu pada awal perkahwinan. Ia membantu membawa kembali dan mengingati kisah menarik bersama pasangan satu ketika dulu.
Jom baca perkongsian pasangan ini cara unik ‘percutian’ sambutan sempena ulang tahun perkahwinan ke-10 di Jogyakarta (Jogja) Indonesia.
Assalam
Tujuan posting hanya utk share betapa CANTIK nya Jogjakarta, dan betapa MURAHnya servis2 yang anda bole dapatkan di sana. And while travelling, cuba buat something that is OUT OF NORM. Bukan apa, memory tu. Kekal sampai bila2 insyaAllah.
Ads
Trip kali ni lain drpd lain sket sbb bukan normal backpack trip, tp it was my 10th wedding anniversary photoshoot trip. 080808-forever insyaAllah ???? Ko hado shoot kt oversi ?? walaupun negara jiran je sissss…Ni adalah daerah ke-ENAM 6️⃣ Indonesia yang pernah kakak visit ??
Bab itenary, bole search je mana2 sbb kakak rasa most visitors yg visit Jogja akan pergi ke tempat yang sama, makan benda sama. Nothing new atau rare tapi yg rare nya bab harga ????
Ads
1st : SUPIR
Disebabkan kakak cheapskate, so kakak memang tnya almost 10-12 org supir to get the minimum price ?? and yes, kakak tak menyesal sbb memilih Pak Agus as our supir. Harga mmg murah-est, x berkira waktu walau extra time dan sangat considerate.
2nd : ACCOMODATION
Disebabkan kakak travel dgn parents & parents in law, kakak memilih airbnb sebab easier to option for whole house (homestay 2 tingkat with 3 bedrooms and spacious hall bole bentang 4 toto lagi uols) dan harga SANGAT murah berbanding sewa 3 biji bilik hotel. 1 malam bila convert jd RM80 je utk whole house. Apakah!!! ??
Ads
3rd : PHOTOGRAPHER
Again, sebab kakak sengkek tp nk voom2 vass maka kakak survey almost 10-12 local photographers and kakak jumpa sorg photog ni, yang chargenya only 1juta IDR utk photoshoot kakak daripada subuh sampai isyak. Ko convert sendirilah brp RM tu harga dia. And amazingly, hasil kerja dia mmg nangis babe. Punya lah lawooooo di mata kakak and kakak wilingly bg bonus pada dia atas penat lelah dia ????
4th : MAKE UP ARTIS
Haruslah kakak yg berkira ni survey jugak 10-12 org local MUA utk dapatkan harga paling optimum dgn hasil kerja paling bagus. Bayar 300k IDR which equal to RM80, ko dah bole dapat muka macam Kajol, not Kojol tapi versi Kris Dayanti. Haaaa cane tuh? ?? Ya ampunnnnn, opkoz kakak happy x terkata.
Alhamdulillahhhhh during trip ni, urusan kakak dipermudahkan. Cuma nk bgtau, laluan ke Pantai Timang & Merapi Mt. adalah sangat TAK SESUAI utk perempuan yg mengandung, dan those travelling with babies mcm kakak, kena put extra attention sket utk kurangkan gegaran kt kepala anak ya. Kakak mmg so nervous masa ni ??
.
So, klu nk merasa travel like a Queen ?? dgn harga marhaein, kakak memang AFUNDI ??!!!
.
Happy travelling gaisss!
Semua orang tahu Bali adalah satu destinasi pelancongan yang popular di dunia tak kira untuk bersiar-siar bersama keluarga atau sahabat handai ataupun untuk berbulan madu. Saban tahun, Bali mencatatkan kehadiran pelancong yang tinggi dan industri pelancongan adalah satu daripada industri yang menjana ekonomi di sana.
Tapi disebabkan kehadiran pelancong yang tinggi, pihak berkuasa tempatan akan mengenakan cukai sebanyak USD10 atau RM41 kepada setiap pelancong yang datang ke pulau itu untuk membiayai kos pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar dan budaya masyarakat Bali.
Lapor The Straits Times, kepulauan itu menerima kunjungan pelancong seramai 5.7 juta pada 2017 dan 6 juta pada 2018 selain menjadi tuan rumah kepada beberapa acara besar antarabangsa seperti Mesyuarat Agung Tahunan IMF-World Bank.
Ketika ini, kepulauan Bali sedang berusaha untuk mengurangkan pencemaran plastik di pantai dan perairan berkenaan. Dianggarkan sebanyak 3,500 tan sampah dihasilkan setiap hari dan hanya 60% sahaja yang dilupuskan di kawasan pelupusan sampah.
Pihak berkuasa Bali mengharapkan sasaran penurunan penggunaan plastik sampah sebanyak 70% dapat dilaksanakan dalam tempoh setahun ini dan akan datang malah Bali turut mengharamkan penggunaan plastik dan penyedut minuman sejak Januari lalu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Jika anda bercadang untuk melakukan aktiviti perkhemahan, pendakian atau memancing di dalam hutan, ‘ilmu hutan’ sangat memainkan peranan penting terutama berkaitan kemahiran untuk kelangsungan hidup sekiranya berlaku tragedi ‘kecemasan’ berdepan dengan haiwan liar, sesat atau sebagainya kepada diri sendiri.
Ini perkongsian sumber daripada Segamat Outdoor World beberapa ilmu asas hutan untuk semua wajib tahu.
1. Lumut Taik Kera
Kalau kita jalan diwaktu malam, terutama di hutan padat dekat dengan air terjun atau sungai (seperti kes saya di Janda Baik), bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda-benda bercahaya warna hijau.
Benda yang bercahaya itu ialah lumut tahi kera, bila siang tak nampak apa-apa, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dengan sikit bantuan cahaya dari bulan bintang. Menariknya, lumut ini hanya tumbuh di denai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat ikut je laluan ini pada waktu malam, insyaAllah tak langgar pokok.
2. Ular tedung
Kalau terserempak dengan ular masa dalam hutan, jangan buat gerakan mengejut, stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah acah bagi ular tu kembang penuh dengan ranting kayu dan berundur perlahan-lahan. Tip belajar daripada orang asli.
3. Kera / lutong dan spesis yang sama
Spesis kera tak akan lari bila kita libas dengan sebatang ranting kayu, in fact dia lebih lincah dari gerakan ranting kita. Untuk halau kera, patahkan pokok renek dgn daun dan ranting yg mengembang dan hayunkan pada kera tersebut baru lari (rasionalnya, ranting dan daun yang kembang itu nampak lagi besar dari sebatang ranting) – Tip belajar daripada askar.
4. Harimau
Kalau ingin memancing dalam hutan,sedang dalam hutan itu bunyi penuh dengan unggas serangga, tiba-tiba hutan itu jadi sunyi sepi, biasanya ada haiwan tengah menghendap, terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi ‘diam’, kemudian disusuli dgn bau hamis, confirm harimau. Apa lagi, bagi letup satu mercun bola la. – Tip belajar daripada orang asli.
5. Beruang madu
Hutan paya di Malaysia banyak beruang madu (yang kecik itu, sekerat pinggan dengan dada warna oren),kalau terserempak, kita yang perlu menjerit dan buat seperti mahu kejar beruang tersebut, automatik beruang itu akan lari. – Tip belajar daripada orang asli.
6. Kepala air
Kalau ingin lakukan aktiviti berkhemah di tepi sungai, jangan buat khemah di tepi air. Buat dibahagian /kawasan yang pokoknya besar. Tandakan satu batu yang besar, kalau tengah malam batu itu hilang, maknanya air tengah naik la..- Tip belajar dengan kaki pancing.
7. Tanda-tanda kepala air
Kalau hujan di hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dari dalam perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda-tanda lain yang kita perlu lihat ialah kehadiran buih-buih putih di tempat tak berbuih (kalau kat tempat air jatuh for sure ada buih).
Maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tiba-tiba ada buih-buih halus timbul. Itu tandanya arus bawah lagi laju dari arus atas. Kemudiaan akan ada daun basah hanyut, then barulah ada perubahan warna air, dari jernih ke warna oren, coklat dan lain-lain. Biasanya perubahan ini sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang. Kalau kepala air datang, bunyi air lebih kuat daripada biasa, dari kejauhan sudah dengar.
8. Nak masak air
Jangan ambil air di tepi sungai, amik di tengah sungai atau tempat yang mengalir deras. Rasionalnya tikus, rusa, kancil, babi kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing itu ke tebing. So, amik yang tengah-tengah. – Tip belajar daripada askar.
9. Binatang besar
Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya seperti harimau, gajah, badak, seladang dan lain-lain. Kalau dari jauh dengar bunyi kera akan terlebih dahulu buat bising., tentu ada binatang besar tengah lalu. – Tip belajar dengan orang asli.
10. Makan makanan yang dimasak cotoh ikan bakar dan lain-lain
Semasa kat hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ini akan menarik perhatian beruang, kera, gajah utk datang bertandang. – Ini belajar dengan kaki pancing lain.
11. Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang
Biasanya, abila kami kat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dan lain-lain) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dalam pukul 5.00 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari. – Tip daripada pengalaman sendiri.
12. Hutan yang bising
Bunyi hutan dan bunyi unggas lebih baik di waktu malam daripada hutan yang sunyi sepi. Apabila suasana hutan tersebut sepi, mesti ada sesuatu yang tidak kena. – Tip daripada orang asli.
Ok, masuk bab amalan buka khemah (Rule & system)
1. Cari kanopi yang masih hijau
Bila dah tentukan nak berkhemah, dongak ke atas, cari pokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yang masih hijau. Risiko kena hempap ranting dahan abila angin kuat rendah.
2. Ketinggian dari paras air
Bila dah tentukan mana bahagian yang lapang nak dibuat, tentukan ketinggian khemah sekurang-kurangnya 4 kaki dari aras air sungai, kalau landai..jangan buat khemah di situ, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok-pokok rendah dan renek macam pokok senduduk, itu tandanya air selalu naik kat kawasan tu. Cari kawasan yang pokoknya besar-besar.
3. Tentukan laluan / denai di dalam radius kawasan 20 meter dari khemah.
Jangan buat khemah di dalam laluan denai, sebab laluan denai bukan untuk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain jugak. Nanti ada seladang tumpang tidur sekali.
4. Bersihkan lantai tapak perkhemahan daripada daun dan pokok-pokok renek.
Pakai ranting pokok, sapu sampai nampak tanah dan takdak daun, maka risiko terkena sengat lipan, kala jengking dan lain-lain akan berkurang.
5. Dah ready, baru tabur karbaid kaler kuning.
6. Kalau pakai khemah jenis igloo atau T shape, pasang khemah secara menghadap /berhadapan dan unggun api berada di tengah.
7. Dalam nyalaan unggun api itu, standby dengan beberapa batang kayu panjang.
Kalau boleh, sesuai dengan jumlah orang yang ikut camping tersebut. Apabila ada bahaya, perimeter diceroboh, apa lagi capai la kayu yang ada api ini sebagai senjata, parang pisau binatang tak takut. Api? confirm lari.
8. Kalau ikut pengalaman saya, kami memang buat perimeter, risau juga takut-takut ada binatang datang (beruang terutamanya) datang ke khemah sebab bau masakan kami. Kami suka buat pagar dengan tali tangsi disambung dengan loceng. Apabila ada yang terlanggar je tali tu, loceng akan berbunyi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tak dinafikan selam skuba rekreasi adalah aktiviti yang best dan cukup menyeronokkan walaupun ia melibatkan pengetahuan, peralatan dan teknikal yang kompleks, displin diri dan sikap hormat-menghormati. Ya, selam skuba bukan aktiviti biasa-biasa. Anda perlu mempunyai rasa hormat kepada instructor dan dive master, krew bot, rakan-rakan selam skuba yang berada dalam grup anda dan paling penting, rasa hormat terhadap alam sekitar di kawasan selaman anda.
Etika ketika melaksanakan aktiviti selam skuba adalah satu perkara yang tidak boleh dianggap main-main. Ada peraturan yang wajib anda patuhi kerana aktiviti ini melibatkan keselamatan dan kesihatan. Bukan sahaja kepada diri anda, juga kepada orang lain yang berada di sekitar anda ketika itu.
gambar: pixabay
Sekiranya anda berminat untuk menjadi penyelam skuba, Libur ada beberapa tips yang boleh dijadikan panduan bagi memberikan pengalaman terbaik dalam setiap selaman yang anda lakukan.
Jangan lambat untuk aktiviti menyelam anda
Tidak kira berapa harga yang dibayar kepada instructor atau dive master, anda sepatutnya sampai awal dan jangan lewat dari masa yang ditetapkan. Kebiasaannya, sewaktu latihan menyelam di kolam, instructor akan melakukan aktiviti secara berkumpulan. Tidak beretika kalau membuat semua orang tertunggu-tunggu kehadiran anda. Contoh lain, sekiranya anda menyelam di Pulau Perhentian, anda bukannya sewa peralatan menyelam dan terus selam ke mana-mana sahaja anda suka. Anda akan berada dalam kumpulan dan seorang dive master telah dibahagikan kepada setiap kumpulan. Sekalipun servis instructor atau dive master dibayar, anda seharusnya bertimbang rasa kepada rakan-rakan diver yang lain. Mereka membayar harga sama seperti anda juga. Oleh itu, jangan lewat ya.
Jangan campak equipment diving anda merata-rata
Jangan sepahkan, jangan letak merata-rata tempat dan jangan baling equipment diving itu sesuka hati. Jaga peralatan anda sebaiknya, dan tahu di mana kedudukan terakhir yang anda letakkan. Apabila berada di atas bot, jangan sepahkan peralatan anda kerana ruang di atas bot adalah terhad. Sekiranya mask, fin, regulator berada di sana sini, pemberat langsung tak jumpa, bagaimana anda mahu harapkan aktiviti diving yang menyeronokkan? Tambahan lagi, equipment yang bersepah-sepah dan tidak terurus boleh membahayakan orang lain. Organize equipment anda dan jadi contoh dan ikutan kepada diver lain. Periksa peralatan anda dua kali sebelum naik bot supaya tidak ada equipment yang tertinggal di pantai.
gambar: pixabaygambar: pixabay
Jangan bertekak dengan kawan atau penyelam lain sepanjang aktiviti
Pergaduhan dan perkelahian sangat tidak diperlukan sewaktu aktiviti diving. Keadaan atas bot tidak luas dan ada divers lain yang tak nak layan kerenah dan drama anda. Sekiranya ada benda-benda yang mengganggu pemikiran anda, tunggu sehingga aktiviti diving selesai.
Jangan godak kawasan berpasir ketika menyelam
Apabila anda menyelam, anda perlu berlatih untuk mengapungkan diri supaya tidak tersentuh atau tertendang permukaan dasar. Sekiranya anda berbuat demikian, ia akan menyebabkan permukaan air menjadi keruh dan mengurangkan kadar visibility kepada anda dan rakan-rakan diver yang lain. Tidak ada yang lebih menjengkelkan daripada berada di belakang diver yang berbuat demikian. Sekiranya anda ada masalah dengan pemberat yang dibawa, minta bantuan instructor untuk membantu dan membolehkan anda kekal terapung dan jauh daripada permukaan dasar.
gambar: pixabaygambar: pixabay
Jangan berebut untuk dapatkan view yang terbaik
Instructor atau dive master anda mungkin akan tunjukkan spot-spot menarik seperti terumbu karang atau ikan yang comel-comel. Ya, kadang-kadang kalau anda berada di belakang, anda akan terlepas peluang untuk menyaksikan benda-benda menarik. Sekalipun begitu, tidak bermaksud anda perlu tergopoh-gapah untuk segera ke depan dan berebut bersama diver lain untuk mendapatkan tempat yang terbaik. Sekiranya anda sudah berada di spot yang terbaik dan sudah menyaksikan keindahan alam dan bermain dengan ikan-ikan yang jinak, beri peluang kepada divers lain untuk mendapatkan pengalaman menyeronokkan yang sama seperti anda.
Ada banyak lagi dos and don’ts yang boleh disenaraikan tetapi Libur berikan setakat ini sahaja dahulu. Buat masa sekarang, anda hadamkan dahulu apa yang Libur berikan ni. Ada lagi do and don’ts, Libur akan masukkan dalam entri yang akan datang. Happy diving!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...