Kerjaya sebagai pemandu pelancong ni selalunya orang tak begitu pandang sangat sebab kerja tak ada pejabat, tak pakai kemeja, ke hulu ke hilir bawa pelancong. Tapi mana yang tidak tahu, kerjaya sebagai pemandu pelancong ini menawarkan gaji yang cukup lumayan. Kadang-kadang kalau dikira balik, gaji mereka lagi mahal daripada gaji eksekutif di syarikat-syarikat besar.
Mana tidaknya, gaji mereka dikira setiap hari dan rate minimum sehari adalah RM200. Anda cuba kira kalau mereka kerja lima hari dalam seminggu, tak dapat RM1,000? Itu kalau dibayar RM200 sehari, kalau lebih? Itu belum termasuk dengan pendapatan sampingan yang lain .
Sekiranya anda pemandu pelancong yang professional dan mendapat rating tinggi daripada client, sudah tentu bayaran anda lebih tinggi berbanding mereka yang lain.
Jadi tak mustahil untuk dapat pendapatan mencecah 5 angka sebulan sekiranya betul-betul rajin berusaha.
Selain daripada gaji yang lumayan, ini antara perkara-perkara lain yang menarik mengenai kerjaya sebagai pemandu pelancong:
Anda tak perlu nak ikut office hour. Tak ada dateline penting yang perlu dikejarkan. Anda lebih bebas dalam menentukan masa kerja anda. Bergantung kepada jadual lawatan pelancong yang anda bawa.
Ada banyak job yang anda boleh buat diluar sana dan anda juga boleh memilih untuk tidak terikat kepada mana-mana company. Ramai pemandu pelancong yang bekerja freelance dan mereka mempunyai network besar untuk memudahkan urusan perniagaan mereka.
Apa sahaja produk yang anda perlu jual? Tak ada. Yang anda perlu jual hanyalah communication skill, information dan rapport anda kepada client.
Ramai pemandu pelancong yang jadi freelance ini bekerjasama dengan beberapa agensi pelancongan. Agensi pelancongan inilah yang akan cari sales dan boost up marketing untuk mempromosikan produk pelancongan. Anda hanya perlu bawa pelancong sahaja.
Hanya perlukan minat yang dalam dan keinginan yang tinggi. Kalau anda betul-betul minat dan berkeinginan, InShaaAllah, setiap perkara akan menjadi mudah untuk anda membawa pelancong ke mana-mana dan menyampaikan informasi dalam cara yang terbaik.
Untuk pengetahuan anda, ada berpuluh-puluh agensi pelancongan yang baru, wujud di seluruh negara setiap tahun . Oleh demikian, potensi untuk anda mencari peluang pekerjaan dalam bidang pemandu pelancong ini sangat tinggi lebih-lebih lagi kepada student.
Tip kepada student, cuba ambil lesen untuk menjadi pemandu pelancong yang bertauliah.
Daripada menghabiskan masa cuti semester berbulan-bulan tak buat apa, baik jadi pemandu pelancong. Selain dapat sikit wang saku, dapat juga anda berjalan-jalan mengembara, bak kata pepatah Melayu, jauh perjalanan luas pemandangan, tinggi pengetahuan.
kredit gambar: travelmassive.com