Seekor gajah jantan liar dilaporkan berkeliaran di sekitar hentian Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa Gerik dan cuba memasuki kedai berhampiran untuk mendapatkan makanan.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 malam pada 6 September 2020 hujung minggu lalau disedari oleh orang awam yang berada di kawasan terbabit. Menurut pemilik kedai, gajah liar itu sudah berkeliaran di kawasan sekitar R&R Titiwangsa sejak beberapa hari sebelumnya. Selain itu, gajah liar tersebut telah menjatuhkan tong sampah di kawasan sekitar dan cuba untuk masuk ke kedai bagi mendapatkan makanan.
Tiada sebarang kecederaan berlaku pada orang awam atau kerosakan kenderaan. kira-kira 15 minit selepas kejadian, gajah tersebut telah bergerak ke kawasan lain. Kakitangan Perhilitan Gerik telah digerakkan untuk memantau kawasan sekitar dari masa ke semasa bagi memastikan ia selamat dari sebarang ancaman gajah liar.
Gajah liar tersebut juga telah dihalau ke habitat asalnya yang terletak di kawasan berhampiran. Tindakan itu dilaksanakan oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak.
Gajah liar sering memasuki kawasan itu berkemungkinan untuk mencari makanan namun ia tidak mengganggu sesiapa. Justeru, pengguna jalan raya diminta supaya tidak membunyikan hon kenderaan dan memasang lampu bagi mengelakkan gajah di kawasan terbabit mengamuk. Ini kerana gajah amat sensitif dengan elemen tersebut yang boleh membahayakan orang ramai.
Lepas ini, kalau berada disekitar kawasan ini berhati-hatilah ya!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI