Gajah Keluar ‘Berpesta’ Sampai Mabuk Ketika Manusia Berkurung Dalam Rumah

Share

Ketika manusia diseluruh dunia perlu berkurung di dalam rumah untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19. Ada haiwan yang mengambil kesempatan untuk keluar ‘berpesta’.

Gelagat lucu sekumpulan gajah di wilayah Yunnan, China sempat dirakam untuk tatapan manusia. Seorang pengguna Reddit, ADarkcid berkongsi foto di laman itu pada minggu lalu memaparkan sekumpulan gajah menceroboh sebuah kawasan perladangan tanaman di wilayah itu. Kumpulan gajah tersebut cuba mencari makanan dan kemungkinan berani mendekati sebuah ladang jagung tersebut kerana tidak kelihatan susuk tubuh manusia.

Foto: internewscast.com

“Ketika manusia menjalani tempoh penjarakan sosial, sekumpulan 14 ekor gajah memecah masuk ke sebuah perkampungan di wilayah Yunnan, mencari jagung dan makanan lain. Sudahnya mereka meminum 30kg wain jagung dan menjadi sangat mabuk sehingga tertidur di ladang teh berdekatan,” tulisnya.

Kemudian seorang pengguna Twitter, HDS Dhaliwal memuat naik imej tersebut untuk dikongsikan bersama khalayak lain.

 

Dalam satu bebenang lain, seorang aktivitis alam sekitar Parween Kaswan menyatakan bahawa gajah, seperti kebanyakan manusia, ada kecenderungan terhadap alkohol dan mencarinya, dan selalunya meninggalkan tanda di mana mereka berjaya mendapatkannya supaya mereka boleh kembali di lain waktu.

Sumber: astroawani

Oleh
Husna