Gadis Ini Kongsikan 3 Doa Mudah Masuk Hutan. Jangan Baca Yang Bukan-Bukan, Takut Jatuh Syirik

Share

Ramai di antara kita yang suka aktiviti-aktiviti lasak dan kebanyakkan aktiviti-aktiviti lasak itu dilakukan di dalam hutan. Ada juga aktiviti-aktiviti lasak yang boleh dilakukan di dalam tempat tertutup tetapi cabarannya tidak sama kalau dibandingkan dengan suasana dalam hutan rimba.

Kalau berbicara soal hutan rimba ni, mesti ramai yang buat persediaan secukupnya untuk mengharungi setiap cabaran yang bakal mendatang seperti peralatan dari atas kepala sampai hujung kaki, kesihatan mental dan juga fizikal.

Tapi dalam persediaan berbentuk luaran itu, persediaan dalam bentuk dalam juga perlu dipraktikkan. Maklumlah, keadaan dalam kawasan hutan rimba ni, banyak perkara boleh berlaku. Ada nasihat daripada orang yang lebih berpengalaman supaya jangan terlalu galak apabila beraktiviti di dalam hutan.

Namun, ada yang terlebih mengambil nasihat itu terlalu ekstrim hingga sanggup mengamalkan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum syarak. Seperti contoh ada yang masuk dalam hutan tapi minta izin datuk nenek, cucu nak masuk tumpang lalu dan sebagainya. Bila masa datuk nenek kita tinggal dalam hutan?

Percayalah, ada yang saya pernah berjumpa dengan orang-orang seperti itu tetapi, dalam hutan ni kita elakkan perkelahian sesama sendiri, kita biarkan sahajalah. Bagi kau agama kau, dan bagi aku agama aku. Bagi kau pegangan kau, bagi aku pegangan aku. Itu yang saya praktikkan kalau terjumpa orang-orang sedemikian.

Tapi tahukah anda, sebenarnya ada beberapa amalan mudah yang berlandaskan hukum syarak boleh kita amalkan sewaktu beraktiviti di dalam hutan. Mari saya kongsikan kepada anda tiga tip yang disampaikan oleh seorang gadis yang lemah lembut tetapi suka masuk hutan bernama Myzatulhazra Yahaya

.

Perkongsian ini sangat berguna terutamanya untuk kaum hawa yang aktif dan sukakan aktiviti lasak keluar masuk hutan. Ketika melangkah di pintu masuk kawasan hutan, langkah perlahan-lahan sebanyak tujuh kali dengan setiap langkah dibacakan ayat ini:

“SALAMUN A’LA SULAIMAN FIL A’LAMIN”

Salam sejahtera ke atas Nabi Sulaiman..

Sesungguhnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman dan gerun mendengar nama baginda. Amalkan ayat di atas, Inshaa Allah tidak akan ada sebarang gangguan ke atas kita atas izin-Nya.

Yang kedua, amalkan:

“BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM”

“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat akan sesuatu yang di bumi dan yang di langit (selagi) bersama dengan nama-Nya dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.”

Barangsiapa yang membacanya sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga subuh esok dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya. (Riwayat Abu Daud, At-Tarmizi dan Ahmad)

Doa tambahan untuk elakkan binatang buas dan berbisa adalah:

“SALAMUN ‘ALA NUHIN FIL ‘ALAMINA INNAKA HAMIDUN MAJID”

Salam sejahtera ke atas Nabi Nuh di seluruh alam..

Inshaa Allah, dengan izin-Nya, semoga kita semua tidak ditimpa segala musibah yang bakal datang terutamanya musibah syirik akibat mengamalkan perkara-perkara kurafat. Aaminn..

Oleh
Epul