Funaya Perkampungan Kecil Atas Air, Rupanya Turut Dikenali Sebagai ‘Hidden Gems Of Kyoto’

Share

Selalu kita dengan negara Venice yang memang terkenal dengan percutían mewah sambil menyusuri bot meihat keindahan kawasan sekitar.

Sebenarnya bukan Venice saja, rupanya Jepun juga mempunyai destinasi yang mempunyai keindahan begitu.

Perkongsian ringkas wanita Zunita Ramli

ini memberitahu mengenai Venice Of Japan atau dikenali juga dengan nama Funaya.

Funaya, atau lebih dikenali sebagai “Venice of Japan” adalah sebuah perkampungan kecil atas air yang terletak di bandar Ine di wilayah Kyoto.

“Funaya” yang bermaksud ‘Rumah Bot’ dalam Bahasa Jepun biasanya berfungsi sebagai garaj untuk menyimpan bot di tingkat bawah dan tuan rumah pula akan tinggal di tingkat atasnya.

Dibina pada pertengahan pemerintahan era Edo, kini terdapat lebih kurang 200 rumah funaya di sepanjang 5km Teluk Ine (Ine Bay). Funaya juga dikenali sebagai “Hidden Gems of Kyoto”.

Artikel Berkaitan:

400,000 Sokong Jepun Batalkan Sukan Olimpik Tokyo, Risiko Penularan Wabak Lebih Tinggi

Lokasi ‘Musim Sakura’ Di Alor Star, Cantik Macam Negara Jepun!

Taman Persahabatan Selangor – Jepun Lokasi Percutian Menarik Di Shah Alam

Oleh
Siti Zurina Mat Saman