Fuh! Artifak Zaman Paleotik Ditemui Di Gua Gunung Pulai Baling

Share

Jabatan Warisan Negara telah menemui lebih 100 artifak prasejarah zaman Paleolitik dianggarkan berusia 17,000 tahun di beberapa buah gua di Gunung Pulai, Baling Kedah.

Artifak dalam bentuk peralatan batu, pecahan tembikar dan kulit siput sungai ditemui di tapak-tapak baharu ekskavasi antaranya di Gua Kelambu, Gua Tembus dan Gua Akar di gunung tersebut.
**media[127264]**
Menurut Pesuruhjaya Warisan & Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara, Mesran Mohd Yusop, artifak itu ditemui ketika jabatannya sedang menjalankan eksplorasi di kawasan berkenaan antara April hingga Oktober 2019 tahun lalu. Eksplorasi tersebut bertujuan melaksanakan pendokumentasian dan inventori tapak bagi memperoleh data arkeologi terkini dan mengetahui sebarang kemungkinan jumpaan bukti yang masih belum diterokai oleh penyelidik terdahulu.

Penemuan artifak ini membuktikan adanya kehidupan prasejarah di kawasan ini dan ia memberikan petunjuk baharu mengenai kehidupan mereka suatu ketika dahulu. Sebahagian daripada artifak yang ditemui telah dihantar ke Singapura untuk dianalisa dan ditentukan secara tepat usianya. Jika artifak itu benar-benar berusia 17,000 tahun ia bermakna penempatan di Gunung Pulai itu adalah antara yang tertua di Kedah dan lebih tua berbanding di Tapak Arkeologi Sungai Batu, Merbok.
**media[127261]**
Penemuan itu juga mejadikan Gunung Pulai sebagai tapak arkeologi bernilai tinggi terhadap data arkeologi negara dan sebagai asas dalam mengenali asal-usul masyarakat lampau. Ia juga sejaligus berupaya mempopularkan kawasan ini dan menjadikan Gunung Pulai dan gua-gua di sini sebagai tumpuan pelancong dan penyelidik serta pakar-pakar arkeologi.

**media[127260]**
**media[127263]**
Sumber Foto: The Star Online

  • Penemuan peralatan batu itu menggambarkan bahawa masyarakat Paleolitik di sini menggunakan batu secara intensif untuk tujuan pemburuan dan penyimpanan makanan.
  • Manakala, penemuan kulit siput sedut sungai pula disifatkan yang paling penting kerana ia menjadi bukti mengenai amalan pemakanan dan diet masyarakat prasejarah di situ.
  • Semua artifak ini ditemui di permukaan tanah kawasan gua-gua tersebut dan dipercayai lebih banyak artifak yang tertanam dan kerja membuat pemetaan dan galian dalam untuk mencari artifak lain akan dilakukan.
  • Jabatan Warisan Negara memohon kepada orang ramai agar mematuhi perundangan Akta Warisan Kebangsaan 2005 dengan melaporkan segera sebarang jumpaan bersejarah di kawasan Gunung Pulai kepada pegawai daerah atau pesuruhjaya warisan.

Sumber: Bernama

Oleh
Husna