Free Ride DMU (Gemas-Kuala Lipis), Jangan Lepaskan Peluang Baik

Share

Berita baik buat mereka yang suka travel menggunakan perkhidmatan keretapi.

Sempena pembukaan rasmi tren diesel multiple unit (DMU) yang bernilai RM380 juta dan lebih baik dari tren konvensional dari segi segi keselesaan untuk menampung keperluan dan permintaan penumpang, pihak KTM Berhad menawarkan peluang travel secara percuma bermula pada 21-23 Februari ini bagi untuk orang ramai menikmatinya.

Lebih selesa dengan perkhidmatan setara negara maju membuktikan tren DMU bagi kegunaan penduduk di Pantai Timur ini sekaligus mampu merancakkan lagi sektor ekonomi, sosial dan pelancongan di negeri terlibat.

Dalam satu perkongsian di fb rasmi mereka, KTM Berhad, memaklumkan tiket sehala atau ulang alik yang diberi percuma ini adalah untuk perjalanan Gemas ke Kuala Lipis.

Bagi yang ingin mencubanya, boleh terus ke kaunter tiket dan hanya perlu menggunakan kad promo 𝗝𝗢𝗬𝗥𝗜𝗗𝗘𝗗𝗠𝗨.

Untuk jadual perjalanan, korang boleh semak di https://bit.ly/3quxiHI

Tapi kalau korang takut terlepas peluang nie kerana ramai yang serbu pada hari perjalanan percuma tu dan masih ingin mencuba tren DMU laluan Gemas -Kuala Lipis ini untuk balik kampung atau aktiviti travel boleh mula beli tiket bermula semalam (15 Februari 2022).

Jadual  perjalanan bermula pada 24 Februari ini. Tiket boleh didapati melalui aplikasi KTMB Mobile atau di semua medium pembelian tiket KTMB.

 

Oleh
almaswa Haji Che Ros