Berita baik buat mereka yang suka travel menggunakan perkhidmatan keretapi.
Sempena pembukaan rasmi tren diesel multiple unit (DMU) yang bernilai RM380 juta dan lebih baik dari tren konvensional dari segi segi keselesaan untuk menampung keperluan dan permintaan penumpang, pihak KTM Berhad menawarkan peluang travel secara percuma bermula pada 21-23 Februari ini bagi untuk orang ramai menikmatinya.
Lebih selesa dengan perkhidmatan setara negara maju membuktikan tren DMU bagi kegunaan penduduk di Pantai Timur ini sekaligus mampu merancakkan lagi sektor ekonomi, sosial dan pelancongan di negeri terlibat.
Ads
Dalam satu perkongsian di fb rasmi mereka, KTM Berhad, memaklumkan tiket sehala atau ulang alik yang diberi percuma ini adalah untuk perjalanan Gemas ke Kuala Lipis.
Bagi yang ingin mencubanya, boleh terus ke kaunter tiket dan hanya perlu menggunakan kad promo 𝗝𝗢𝗬𝗥𝗜𝗗𝗘𝗗𝗠𝗨.
Tapi kalau korang takut terlepas peluang nie kerana ramai yang serbu pada hari perjalanan percuma tu dan masih ingin mencuba tren DMU laluan Gemas -Kuala Lipis ini untuk balik kampung atau aktiviti travel boleh mula beli tiket bermula semalam (15 Februari 2022).
Jadual perjalanan bermula pada 24 Februari ini. Tiket boleh didapati melalui aplikasi KTMB Mobile atau di semua medium pembelian tiket KTMB.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sebuah pulau misteri di Tonga yang muncul selepas berlaku letusan gunung berapi di Lautan Pasifik pada tahun 2015 kini dikatakan sudah dipenuhi pelbagai hidupan seperti spesies burung laut dan tumbuhan berbunga yang benihnya mungkin disebarkan melalui najis burung atau angin.
Sepasukan saintis dari Pusat Penerbangan Angkasa Lepas Goddard di bawah Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) yang melawat pulau itu baru-baru ini teruja kerana menemui beratus-ratus burung yang dikenali sebagai ‘Sooty Tern’ bersarang di sepanjang kawasan tebingnya.
Kebanyakan kawasan pulau ini dipenuhi batu kerikil berwarna hitam dengan saiznya hanya sebesar kacang pis.
Pulau yang dikenali penduduk tempatan sebagai Hunga Tonga Hunga Ha’pai (HTHH) itu muncul di tengah-tengah antara dua lagi pulau dibentuk daripada letusan gunung berapi dasar laut, kira-kira 30 kilometer di tenggara Tonga.
Bagaimanapun, saintis yang diketuai oleh Dr. Dan Slayback berkata kepada blog Earth Expeditions, walaupun kewujudan pulau ini masih baru tetapi pulau misteri ini mula dihakis hujan serta ombak laut. Menurut Dr. Dan lagi, pulau ini akan lenyap tidak lama lagi hilang bersama kepelbagaian hidupan liar yang hidup di atasnya.
Namun tempoh ‘kehilangan’ pulau ini tidak dapat dipastikan lagi samada cepat atau lambat kerana bergantung kepada faktor alam sekitar.
Malaysia telah mengeluarkan arahan menyekat sementara kemasukan semua pelawat yang berada atau pernah berkunjung ke bandar atau wilayah di Itali, Jepun dan Iran dalam tempoh 14 hari sebelum ketibaan di Malaysia.
Semua sekatan sementara ini berkuat kuasa serta-merta melibatkan:
Bandar Lombardy, Veneto dan Emilia-Romagna di Itali
Hokkaido di Jepun
Tehran, Qom dan Gilan di Iran
Ia telah diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kluster Penyakit Coronavirus (COVID-19) minggu lalu.
Sekatan ini turut meliputi semua pelawat tanpa mengira warganegara yang berada atau pernah berkunjung ke bandar atau wilayah itu dalam tempoh 14 hari sebelum ketibaan di Malaysia.
Mengambil kira status semasa penularan COVID-19 di negara ini, mesyuarat antara lain memutuskan agar rakyat Malaysia yang berada di bandar atau wilayah itu mengambil langkah berjaga-jaga, meningkatkan penjagaan kesihatan diri dan sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Selain itu, rakyat Malaysia di luar negara juga digalak untuk mendaftar diri dengan Kedutaan Malaysia yang berhampiran.
Sebelum ini, Malaysia juga telah memutuskan menyekat sementara kemasukan pelawat dari Korea Selatan serta beberapa wilayah di China selepas penularan wabak tersebut yang semakin membimbangkan. Sekatan sementara kemasukan turut melibatkan semua pelawat kecuali warganegara, pemastautin tetap, pemegang pas sosial dan pas pelajar Malaysia yang berada atau berkunjung ke bandar atau wilayah itu dalam tempoh 14 hari sebelum memasuki negara ini.
Khas buat kaki wayang, Paragon Cinema kembali beroperasi bermula 26 November 2020 di kawasan ‘hijau’ dan bebas daripada wabak COVID-19.
Antara lokasi cawangan Paragon Cinema yang mula dibuka ialah:
KTCC MALL
Batu Pahat Mall
Alor Star Mall
Terengganu terus menjadi satu-satunya negeri yang melaksanakan pengasingan tempat duduk lelaki dan wanita dalam pawagam. Pembukaan outlet Paragon Cinema di KTCC Mall, menjadikan ia sebagai pawagam ketiga di Terengganu selepas LFS Cinema dan TGV Cinema sekali gus turut melaksanakan pematuhan syariah melalui pengasingan tempat duduk.
Pawagam ini menempatkan 10 buah dewan tayangan dengan muatan sehingga 232 kerusi bagi kapasiti satu dewan ATMOS. Paling menarik, ia turut memiliki satu dewan skrin gergasi dengan saiz skrin sebesar 18 meter memuatkan 276 kerusi menjadikan Hall 10 Paragon Cinema Kuala Terengganu ini adalah antara yang terbesar di Pantai Timur dengan jumlah kerusi sebanyak 1516 kerusi.
Selain itu, Paragon Cinema turut menyediakan kemudahan untuk pelanggan OKU ddengan tempat duduk khas disediakan untuk golongan OKU dan ramp khas di setiap dewan tayangan. Ia selaras matlamat pawagam tersebut untuk menyediakan tempat hiburan keluarga secara holistik tanpa mengira status.
Walaubagaimanapun, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tetap perlu dipatuhi di mana setiap pengunjung akan melalui saringan gejala terlebih dahulu di pintu masuk pawagam dan dikehendaki untuk mengimbas QR Code MySejahtera. Pemakaian penutup hidung dan mulut serta Penjarakan fizikal semasa beratur di kaunter tiket dan ketika menonton wayang juga diwajibkan.
Foto: FB Paragon Cinema | Sumber: Portal Rasmi Kerajaan Negeri Terengganu
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!