Foto Negara China Berkabung Untuk Mangsa Korban COVID-19, Undang Sebak

Share

Presiden China Xi Jinping mengetuai barisan kepemimpinan pada upacara perkabungan negara China untuk memperingati mereka yang terkorban akibat wabak COVID-19. Perdana Menteri Li Keqiang turut hadir pada upacara itu yang berlangsung di kompleks Zhongnanhai di Beijing pada 10 pagi, seluruh negara turut bertafakur selama tiga minit.

Foto: xinhuanet

Bunga berwarna putih disematkan di dada dan bendera turut dikibarkan separuh tiang. Kain rentang berwarna hitam yang tertera ungkapan ‘deeply mourn for martyrs and compatriots who died in COVID-19 outbreak’ digantung di pintu masuk Dewan Huairen. Semua rakyat China ketika itu kelihatan sebak dengan apa yang berlaku di negara mereka dalam masa beberapa bulan sahaja ketika COVID-19 menyerang.

  • Di Beijing – kebanyakan kawasan serta bangunan kerajaan dan pejabat kedutaan bendera dikibarkan separuh tiang, kenderaan peribadi dan pengangkutan awam turut membunyikan hon.
  • Di Wuhan – bandar paling teruk terjejas menyaksikan pelbagai aktiviti memperingati mereka yang terkorban turut diadakan di dataran awam, hospital, komuniti dan tempat-tempat lain.
Foto: xinhuanet
Foto: xinhuanet
Foto: xinhuanet
Foto: TheStar
Foto: reuters
Foto: en.protomalo.com

Foto: reuters
Foto: reuters
Foto: reuters
Foto: cctv4
Foto: cctv4
Foto: cctv4
Foto: cctv4
Foto: abc news

Wabak COVID-19, yang diisytiharkan darurat kesihatan global, antara detik sukar yang dilalui China sejak 1949. Dalam berjuang memerangi wabak itu ramai kakitangan perubatan turut terkorban. Sejumlah 81,639 kes COVID-19 dilaporkan di tanah besar China, meragut 3,326 nyawa, (sehingga 4 April 2020) menurut Suruhanjaya Kesihatan Negara.

Sumber: Bernama

Oleh
Husna