Hujan lebat lebih dua jam bermula 2 petang semalam, mengakibatkan beberapa kawasan di ibu kota dilanda banjir kilat.
Limpahan Sungai Klang menyebabkan sekitar Masjid Jamek termasuk stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek serta hadapan Bank Muamalat Jalan Melaka yang terletak di tepi sungai itu kelihatan seakan pulau dengan beberapa kenderaan termasuk motosikal ditenggelami air. Foto-foto kejadian tersebut telah tular dan mengundang simpati seluruh rakyat Malaysia.
Ads
Antara kawasan lain terjejas termasuk Lebuh Ampang, Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Jalan Semarak, Lorong Ayer Leleh 5 dan Jalan San Ah Wing, Kampung Semarak.
Terdapat jalan utama yang dinaiki air menyebabkan beberapa kenderaan ditenggelami air dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan. Pemantauan dilakukan di Lebuh Ampang mendapati banjir kilat setinggi 1.5 meter namun tiada mangsa terbabit.
Banjir kilat setinggi satu meter turut dilaporkan berlaku di Jalan Raja Alang, Kampung Baru dan Jalan Gurney Kiri Off Jalan Semarak. Tiada kemalangan jiwa dan mangsa yang terbabit di dua lokasi berkenaan.
Banjir kilat turut dilaporkan berlaku di kawasan lain antaranya Jalan Genting Klang apabila laluan utama itu dinaiki air dan terdapat kenderaan terperangkap susulan paras air dianggarkan 0.4 meter. Selain itu, terdapat juga perkongsian daripada orang awam mengenai keadaan di Balai Polis Gombak dan jalan di Danau Kota yang dilanda banjir.
Ads
Ads
image via FB Warga Wilayah | Sumber: SinarHarian
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Nampaknya industri pelancongan kembali rancak apabila akan mula dibuka semula di bawah progam ‘travel bubble’ dimulakan dengan Pulau Langkawi.
Inilah masanya terutama bagi mereka yang tinggal di negeri fasa kedua meluangkan masa bercuti bersama keluarga.
Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memaklumkan bahawa pulau itu akan dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September ini.
“Sukacita dimaklumkan bahawa, mesyuarat bersetuju untuk membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program “travel bubble” berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.
Selain Langkawi, Terengganu juga sudah membuka sektorpelancingan bermula Rabu lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman, berkata pembukaan sektor pelancongan itu meliputi pulau peranginan terkemuka seperti Pulau Kapas di Marang, Pulau Redang di Kuala Nerus dan Pulau Tenggol di Dungun, selain Tasik Kenyir di Hulu Terengganu.
“Sebenarnya, pulau telah dibuka awal bulan ini kepada individu yang lengkap vaksinasi tetapi aktiviti seperti ‘snorkeling’ dan ‘diving’ tidak dibenarkan, jadi ramai pengusaha memilih untuk tidak beroperasi.
“Justeru bermula 1 September ini, aktiviti berkenaan akan dibenarkan semula, namun penggiat dan pelancong perlu mematuhi peraturan serta prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya.
Pulau-pulau telah dibuka awal bulan ini kepada individu yang lengkap vaksin tetapi aktiviti seperti ‘snorkeling’ dan ‘diving’ tidak dibenarkan, jadi ramai pengusaha memilih untuk tidak beroperasi. – Bernama
Robot dipilih sebagai pengganti kepada pelajar untuk menerima sijil pengiktirafan ketika majlis graduasi di sebuah universiti di Jepun. Ia bertujuan bagi mengekang wabak COVID-19 terus menular.
Inisiatif dan pendekatan kreatif Business Breakthrough University ini seharusnya dipuji walaupun umum mengetahui robot dan negara Jepun bukanlah perkara yang asing. Akibat COVID-19, graduan tidak dibenarkan hadir ke majlis tersebut.
Robot yang digunakan dijadikan sebagai pengantaraan bagi menggantikan graduan pada majlis konvokesyen Business Breakthrough University 28 Mac lalu di sebuah hotel di Chiyoda, Tokyo. Sekaligus membantu mahasiswa bergraduasi pada tempoh waktu yang ditetapkan.
Robot tersebut mempunyai skrin paparan yang menunjukkan wajah empat graduan dan tangan yang bersedia menerima sijil bagi pihak graduan. Robot juga memakai jubah dan topi graduasi.
Para siswazah yang lain turut mengambil bahagian dalam upacara tersebut melalui aplikasi Zoom di mana mereka dapat menghantar komen dalam masa sama menyatakan perasaan mereka pada majlis tersebut.
Usah risau dengan bajet kerana anda masih boleh menikmati percutian setanding duduk di hotel mewah.
Apa yang penting momen dapat bersama keluarga setelah lama tidak keluar lakukan aktviti bersama keluarga.
Jadi jika anda berhajat untuk ke Langkawi, ini antara 10 hotel murah dan best di Pekan Kuah boleh menginap.
1. Hotel Goldsands
Hotel Goldsands Kuah ini antara hotel di Kuah ini yang sesuai bukan saja kalau anda datang berdua, tapi juga untuk yang datang dengan famili.
Bilik di sini luas dan ia pun ada kolam renang. Bezanya dekat sini kolam renang Infiniti dengan pemandangan laut. Dari segi fasilitinya, memang ini antara hotel paling berbaloi untuk anda inapi.
Dan disebabkan lokasinya, nak shopping dan makan mudah, walaupun masih perlukan anda berkereta.
2. Bella Vista Waterfront
Hotel yang dibuat macam istana Disneyland ini dekat dengan Taman Tema Splash Out Langkawi — sesuai kalau anda datang dengan anak-anak yang memang nak masuk ke taman tema ini.
Kalau tak nak masuk taman tema tak apa. Sebab hotel ini ada swimming pool sendiri. Dan sesetengah bilik ada pemandangan laut, walaupun anda tak boleh mandi di dalamnya.
3. Hotel Langkasuka
Kalau anda tak suka berkereta dan nak hotel yang dekat dengan mall, book hotel Langkasuka sebab ia cuma kat sebelah Langkawi Parade. Senang nak beli coklat, makan roti pagi-pagi atau beli Tealive hari-hari.
Ia pun ada swimming pool walaupun saiznya kecil saja. Bilikmemang agak berusia, tapi saiznya selesa untuk keluarga.
4. Langkawi Seaview
Hotel murah di Kuah yang satu ini ada bilik yang luas untuk harganya. Dan kalau nasib anda baik anda akan dapat pemandangan laut. Hotel ni pun ada swimming pool walaupun kecil.
Cuma kalau nak makan, wajib memandu keluar sebab tak ada tempat makan berhampiran dalam jarak jalan kaki. Dari segi harga, ia hotel murah di Kuah yang ada swimming pool paling murah harga biliknya.
5. Hotel Adya
Hotel Adya ini ialah hotel mesra muslim kat Kuah, Langkawi. Jadi tak perlu risau status halal lauk sarapan di hotel nanti. Dan kalau hotel lain ada swimming pool untuk semua, hotel Adya ini pula ada swimming pool khas untuk wanita.
Bilik kat sini besar, dan kalau nak cari makan dan shopping dekat saja, walaupun masih kena berkereta. Contohnya kalau nak shopping coklat last minute sebelum balik, Langkawi Parade ada, cuma 2 minit berkereta.
6. Chil Suites Langkawi
Untuk anda yang mahukan bilik moden dan luas kat Pekan Kuah anda boleh tempah Chill Suites Langkawi.
Harga bilik budget ini murah untuk saiznya. Ia juga datang dengan toiletries, peti keselamatan dan juga mini fridge untuk anda letakkan coklat yang anda beri waktu shopping nanti.
Kalau mahu shopping ke kat IG cuma 10 minit memandu. Taman Tema Splash Out pun tak jauh mana.
7. Hotel De Bleu
Hotel bajet dengan bangunan biru laut ini dibina pada 2018, dan ia ada bilik-bilik yang ringkas tapi bersih.
Kalau anda malas memandu, nak shopping di Pekan Kuah tambang Grab pun lazimnya bawah RM 7.
Kalau nak makan, ada kedai nyonya kat tepinya. Dan kalau nak kedai Siam, kedai Wan Thai yang famous ada dalam kawasan yang sama.
8. Virtuez Inn
Hotel bajet kecil ini dibuat di atas rumah kedai yang baru dibuka pada 2019. Jadi bilik anda memang baru dan selesa. Dari segi lokasi yang memang bagus sebab kedai makan dekat. Begitu juga bank dan dobi.
Cuma parking tidak best sebab anda perlu parking kereta kat tepi jalan. Jadi anda kena siapkan kupon parking majlis bandaran.
9. Motel Seri Mutiara
Ini penginapan budget di Kuah untuk orang yang tak kisah kan fasiliti dan lokasi. Yang penting harga bilik murah dan dan biliknya besar.
Kalau ada datang berkumpulan atau dengan keluarga, saiz biliknya memang selesa. Suasana kelilingnya kampung, dan sesuai untuk anda yang tak suka sibuk pekan Kuah dengan kereta sini sana.
Diingatkan jika anda cuma datang solo, lebih baik cari penginapan lain dekat dengan jalan utama.
10. HIG Hotel
Hotel HIG kat Kuah ini sesuai untuk anda yang mahukan hotel selesa untuk shopping masa cuti kat Langkawi. Sebab shopping mall Haji Ismail Group dekat tepi hotel anda saja.
Bolehlah anda jadi orang yang pertama dan terakhir masuk dan keluar dari mall ini tiap-tiap hari.
Bilik kat sini luas. Ia pun dekat dengan jalan utama. Sesuai sangatlah untuk anda yang datang cuti kat sini, semuanya wanita. Dan hati pun tenang saja sebab ayat Quran dibuka di luar bilik senantiasa.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...