Ketika ini kerajaan Malaysia sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan buat warganegara atau bukan warganegara bermula 18 Mac lalu sehingga 31 Mac 2020, di seluruh negara.
Tindakan ini diambil oleh kerajaan untuk membendung penularan wabak COVID-19 yang berkemungkinan meragut ramai nyawa rakyat negara ini. Oleh sebab itu orang ramai yang berada di negara ini diseru agar mengambil serius Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari dalam usaha kerajaan mencegah penyebaran baharu penyakit COVID-19. Sebarang ‘perjalanan’ untuk melancong, bercuti atau bersiar-siar di dalam negara mahupun luar negara tidak dibenarkan sama sekali dalam tempoh tersebut.
Bagi mereka yang gemar ‘berjalan-jalan’ atau melakukan aktiviti perkhemahan di luar, perintah ini mungkin agak sukar untuk dilakukan. Namun sebagai individu yang ‘tidak pentingkan diri sendiri’ mereka semestinya patuh kepada arahan tersebut.
Sungguh pun begitu, aktiviti kesukaan anda seperti camping tidak harus dilupakan meski pun perlu berada di kediaman masing-masing. Melalui perkongsiaan di group
Facebook seperti Family Camping Malaysia dan H&n Campsite, pasti ramai tersenyum melihat foto yang dikongsikan rakyat Malaysia yang begitu kreatif ini. Masih boleh ‘bercamping’ walaupun hanya di kawasan kediaman sendiri. Cayalah! Anak-anak mesti tak bosan.Nah! Ini mungkin boleh dijadikan idea buat anda untuk menghilangkan bosan ketika di rumah dalam tempoh ini. Walau bagaimanapun pastikan ‘sesi perkhemahan’ anda di rumah masih mengikuti prosedur yang dibenarkan untuk mencegah COVID-19 seperti tidak ‘berkumpul’ atau lakukan gathering dalam jumlah yang besar. Jaga kebersihan diri seperti kerap mencuci tangan dan jarak diri sejauh 1 meter sekiranya bergejala. Jangan lupa tutup mulut dan hidung anda dengan tisu jika anda batuk atau selsema.
Sumber Foto: FB Family Camping Malaysia | FB H&n Campsite