Disebabkan kita berasal dari negara yang beriklim khatulistiwa, maka kita teruja jika diberi peluang untuk ke destinasi yang mempunyai suhu berlainan seperti musim sejuk. Memang seronok kalau dapat main salji, dan berpengalaman pakai baju tebal-tebal kan? Tapi disebalik itu ada beberapa perkara yang perlu anda hadap. Di sesetengah negara mereka mengalami suhu melampau di bawah paras beku, itu yang menjadi penyebab berlakunya beberapa perkara unik dan jarang-jarang dapat dilihat dalam kehidupan seharian kita. Jom tengok foto-foto yang dikongsikan ini.
Tak sempat makan, mi segera dah kejung beku. Lain kali makan dalam kawasan tertutup ya.
Ini pengalaman orang-orang di Siberia, katanya suhu mencecah bawah -70 darjah celsius
Mandi ketika musim sejuk. Mmm..tak apa lah!
Nak lepas hajat pun mesti terbantut
Punya la sejuk, sampai tangan ‘hantu’ pun boleh membeku
Sebuah sungai di Rusia iaitu Irtysh River membeku dan mempunyai permandangan rupa sesuatu yang menakutkan
Tidak sengaja tertinggal minuman teh di dalam kereta semalaman
Solekan wajah orang-orang Siberia
Ads
Bumper kereta siapa tertinggal?
Kolam kecil membeku di satu sudut sebuah taman awam
Ikan-ikan timbul kerana bekalan oksigen berkurangan di bawah ais yang membeku
Sebuah kereta berjenama Jaguar dihiasi bulu-bulu salju halus
Kelihatan batu membeku imej kelihatan seperti jantung manusia
Pemandangan air terjun Johnston Canyon terletak di Banff National Park, Canada yang membeku
Ads
Kelihatan umpama belon menetas dari sarangnya
Sebuah kolam renang memutih dipenuhi salji
Tuan yang penyanyang tidak akan biarkan haiwan peliharaannya kesejukan
Corak unik dan cantik di pagar kawasan kejiranan
Pancuran air panas yang meletus terus membeku ketika musim sejuk
Ads
Rumah api Michigan lighthouse sebelum dan selepas ribut salji
Sarang labah-labah membeku
Seperti berada di dunia lain pemandangan unik di sebuah taman yang membeku
Rumput-rumput membeku kelihatan seperti batu kaca yang sangat cantik
Luar biasa. Rupa air sungai yang sedang mengalir deras membeku
Dabong kawasan pedalaman di Kelantan yang semakin mendapat tempat di hati pelancong dan pengembara. Port untuk membuat aktiviti ekstrem dengan harga yang cukup berpatutan.
Anda yang nak ke sana boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Gemas yang juga dikenali sebagai jungle train atau juga boleh memandu sendiri ke Dabong.
Paling best bila memandu bolehlah singgah untuk layan view kat sana tak kurang hebatnya, cantik dan menyegarkan. Tambah pula boleh meneroka ke tempat-tempat lain sepanjang perjalanan dan juga ke lokasi makanan sedap yang sering dikongsi di media sosial.
Sempena cuti hujung minggu yang panjang, Khairoul Hussen, isteri dan beberapa rakan telah membuat trip ke Dabong pada hujung bulan Januari yang lalu. Berkongsi itinerari lengkap dengan kos yang digunakan sepanjang percutian tiga hari dua malam mereka.
Memilih penginapan Jelawang Pipe Resort & Extreme Park, memang seronok melihat perkongsian percutian mereka. Naik ATV, enjoy water rafting dan juga pengalaman membuat aktiviti zipline antara yang dilakukan ketika mereka di Dabong.
Nak tahu apa lagi yang menarik ada di Dabong, ikuti perkongsian lelaki ini:
ITINERARY PERCUTIAN BAJET PUTRAJAYA-DABONG
=======================
Durasi: 3 Hari 2 malam
Jumlah orang: 5 dewasa 1 kanak-kanak
Dabong merupakan lokasi popular bagi yang gemarkan keindahan alam semula jadi di samping melakukan aktiviti sukan lasak (extreme). Terletak di selatan daerah Kuala Krai, Kelantan. Dabong dihubungkan dengan jalan raya, jalan sungai dan rel keretapi dari pekan & bandar-bandar besar.
Daku ingin kongsikan itinerary percutian kami (diriku, isteriku Emy dan rakan sekerjaku Emily dan anaknya John, Ijan dan Ana) ke Dabong pada 21 hingga 23 Januari baru-baru ini.
PERSIAPAN AWAL
============
Pada awalnya, kami bercadang untuk mengunakan perkhidmatan keretapi yang boleh dinaiki di Stesen KTM Gemas. Akan tetapi, ekoran trip kami jatuh pada cuti hujung minggu yang panjang, tiket telah hampir habis dijual 2 bulan sebelumnya. Hanya tinggal tiket tempat duduk perseorangan yang berselerak dengan gerabak yang lain-lain.
Oleh demikian kami memilih untuk menggunakan jalan darat untuk ke Dabong. Disebabkan kami masing-masing tidak memiliki kenderaan 6 tempat duduk. Kami menyewa kereta jenis Mitsubishi Outlander, RM540 untuk 3 hari.
Kebaikan menggunakan kenderaan sendiri berbanding perkhidmatan keretapi adalah kami bebas untuk bergerak ke mana-mana jika ada keperluan ke kedai runcit atau kedai makan.
Kos minyak kami untuk 3 hari ni adalah RM180. Kami beruntung kerana pada waktu kami bergerak ke Dabong, kami tidak dikenakan bayaran tol ekoran pengumuman kerajaan yang tiada kutipan tol untuk semua tol seluruh negara bagi perayaan tahun baharu cina.
Syukur Alhamdulillah.
Untuk trip kali ini, kami telah memilih untuk tinggal di Jelawang Pipe Resort & Extreme Park . Kemudahan di sini serba lengkap selain kedudukannya di kaki Gunung Stong betul-betul berada di tepi Sungai Kenerong menjadikannya pakej lengkap kepada pencinta alam.
Kami tempah kediaman jenis 3 pipes muat utk 6 orang, 2 orang sebilik. Kos RM190 semalam termasuk sarapan pagi.
HARI PERTAMA
============
Kami bertolak seawal pukul 3:00 pagi dari Putrajaya kerana tidak mahu tersangkut dalam kesesakan dek orang ramai pulang ke Pantai Timur. Perjalanan kami kami mengambil masa lebih kurang 8 jam (perjalanan biasa 5 jam) dengan 2 lokasi hentian. Kami berhenti di Petron Kuala Lipis untuk menunaikan Solat Subuh dan Kedai Roti Canai London, Gua Musang untuk sarapan pagi. Kos sarapan kami 6 orang RM30.
Kami tiba di Dabong kira-kira pukul 9:30 pagi. Perancangan pagi itu hendak membuat aktiviti meneroka gua (caving), akan tetapi setibanya kami di Kompleks Gua Ikan, premis ditutup. Menurut seorang pengasuh (orang yang membawa pelancong), kompleks ini telah ditutup sejak September 2022 untuk tujuan pemeliharaan dan pemulihan gua.
Oleh kerana itu, kami terus ke Stesen Keretapi KTM Dabong untuk mengambil foto dan makan tengah hari di situ. Kos makan tengah hari adalah RM60 untuk 6 orang.
Kami sampai awal di Pipe Resort sekitar pukul 12:30 tengah hari. Kami terpaksa menunggu sehingga pukul 2 untuk kami masuk ke bilik penginapan. Sementara itu, kami hamparkan flying sheet dan berehat untuk menghilangkan lelah masing-masing.
Untuk hari pertama ini, kami hanya berehat di Pipe Resort dan kami kemaskan kawasan kediaman kami. Kami pasangkan meja, khemah, tikar hamparan dan sebagainya. Setelah itu, berendam dan berehat di batu sungai.
Seusai itu, kami keluar ke Adam Café untuk makan malam. Kos makan malam RM100 untuk 6 orang. Untuk aktiviti sebelah malam, kami hanya berehat di anjung tempat kami tinggal. Berborak, minum kopi dan bermain kad monopoly.
HARI KEDUA: AKTIVITI LASAK
======================
Hari kedua kami mulakan dengan bersarapan di Café Jelawang Resort seawal 8 pagi.
Aktiviti pertama kami hari ini adalah menunggang ATV. Kos sebuah ATV adalah RM35 dan sebuah ATV boleh dinaiki 2 orang. Kami ambil 3 ATV. Untuk aktiviti ATV ini, kami telah dibawa merentasi kawasan ladang kelapa sawit dengan trek yang dikhaskan untuk ATV ini.
Setelah itu, kami terus melakukan aktiviti zipline/flying fox. Kos untuk seorang RM15. Selesai acara zipline kami berehat di bilik sementara menunggu aktiviti water rafting yang dijadualkan pada pukul 12 tengah hari.
Untuk aktiviti ini, kami dijemput oleh Bob, pemilik Stong Outdoor & Xventure dan dibawa menuju tempat mula water rafting di Sungai Kenerong.
Kos untuk water rafting adalah RM70 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak. Selain itu, Stong Outdoor Venture turut membuat aktiviti water tubing.
Selesai aktiviti ini, kami kembali ke resort kira-kira pukul 4:30 petang. Petang itu kami hanya berehat di kawasan sekitar Resort dan bermain air sungai.
Makan malam kami hari ini di Ahmad Ikan Bakar. Kos semuanya adalah RM95.
HARI KETIGA: MASA UNTUK PULANG
===========================
Pagi itu kami sarapan seperti biasa. Kemudian kami berkemas untuk pulang. Kami check-out pada pukul 10. Perjalanan balik ke Lembah Klang agak sesak sedari Gua Musang mungkin ramai warga kota merancang untuk balik awal bagi mengelakkan kesesakan keesokan harinya.
Kami singgah di Azmi Steam Fish dekat Lipis untuk makan tengah hari. Kos RM150.
Disebabkan googlemap & waze menyatakan berlaku kesesakan teruk di bentong dan karak. Kami decide untuk guna laluan anternatif tanpa tol. Kami sekali lagi jimat di sini.
Kami sampai di Lembah Klang sekitar pukul 7 pada hari itu.
Ramai mengambil kesempatan menghabiskan cuti tahun dengan mengunjungi destinasi menarik dalam negara.
Salah satunya adalah Pulau Langkawi. Bagi yang pertama kali mengunjungi Pulau lagenda ini, jangan risau jika tidak tahu mahu ke mana.
Perkongsian di laman sosial Facebook Detektif Kembara menyenaraikan tempat-tempat menarik di Pulau Langkawi untuk percutian selama 4 hari 3 malam.
Sebenarnya banyak lokasi menarik untuk dikunjungi, tetapi takut tidak sempat dan tempat disenaraikan ini melengkapi percutian di pulau bebas cukai ini.
Day 1
Bfast-Smiling buffalo
Pantai Cenang
Underwaterworld
Pantai Tengah
Lunch- Nasi Campur Kak Yan
Island hopping
Dinner-Warung Upih Seafood
Day 2
Bfast- Roti Canai Kalut
Perdana Quay Lighthouse
Telaga Harbour Marina
Paradise 101
Lunch- Hafiz Rojak
Oriental Village,Cable Car & Skybridge
Telaga Tujuh
Dinner – Telaga Seafood
Day 3
Bfast- Nasi Dagang Pak Malau
Makam Mahsuri
Upside Down House
Lunch- Nasi Arab Kaki Gunung
Ayer Hangat Village
Galeria Perdana
Tanjung Rhu (sunset)
Dinner- Selera Lubuk Buaya
Day 4
Bfast- Nasi Lemak Klibang
Dataran Lang
Legenda Park
Haji Ismail Group
Lunch- Nasi Kandar Ismail Majid
Wildlife Park
Dinner- Wan Thai
Kami kongsikan juga pasar malam (bergantung pada hari yang korang pergi)
Isnin- Ulu Melaka
Selasa- Kedawang
Rabu- Kuah (ni yg plg famous)
Khamis- Temonyong
Jumaat- Ayer Hangat
Sabtu- Kuah (sama dgn hari Rabu)
Ahad- Padang Matsirat
Kalau ada masa lebih boleh ke sini juga:
Air Terjun Temurun
Gunung Raya
Sunset cruise
Kilim Geoforest Park
Idaman Suri (shopping)
Nusantara (shopping gamat)
Nota: Kalau pegi hari Jumaat kena periksa dulu waktu operasi kedai makan sebab banyak yang tutup
Mengembara secara solo bukan mudah, kena kuat mental dan fizikal kerana apa sahaja masalah perlu dilalui sendirian, apatah lagi bila berada di negara luar yang agak asing bagi kita. Namun itu semua bukan penghalang buat seorang wanita yang menggunakan nama Da Vinci di Facebook.
Selepas backpacker secara solo ke Turkey pada Mac 2022, wanita ini merencana percutian ke Kashmir India. Meminati filem-filem Bollywood antara sebab utama wanita ini memilih India sebagai destinasi percutian solonya ke negara kedua yang mempunyai penduduk paling ramai di dunia.
Memilih Agra dan juga Kashmir sebagai dua wilayah untuk dilawati, Agra untuk melihat dengan mata sendiri keindahan Taj Mahal, salah satu keajaiban dunia serta Agra Fort dan ke Kashmir yang digelar ‘syurga dunia’ kerana keindahan pemandangannya yang hebat.
Paling yang dinanti adalah lawatan ke Kashmir, memandangkan majoriti penduduk di Kashmir, India adalah Muslim dan penduduknya juga mesra memudahkan perjalanan wanita ini sepanjang percutiannya. Malah dia juga merancang untuk kembali bercuti ke Kashmir pada tahun hadapan.
Ikuti perkongsian wanita ini:
Backpacker Solo Ke Agra & Kashmir, India
Saya nak cerita sikit pengalaman saya sebagai backpacker solo ke Kashmir , India. Selepas bercuti ke Turkey pada bulan Mac 2022 pada musim winter, saya merangka pula percutian ke Kashmir, India. Kashmir, India mmg dari dulu lagi terkenal dengan keindahannya , terutama bila saya sendiri adalah peminat filem Bollywood. Bila tgk cerita hindustan dan keindahannya pemandangan bila pelakon menyanyi dan menari seperti saya sendiri berada di tempat tersebut.
Alhamdulillah di usia begini saya tidak lagi terikat dengan anak-anak kecil dan suami (meninggal) maka bermula episod saya yang suka mengembara bersendirian.
Penerbangan dengan Malaysia Airlines mengambil masa 5 jam lebih, sampailah saya ke New Delhi Airport. Pengembaraaan di India dimulai dengan ke Agra (Taj Mahal), perjalanan dari airport ke Taj Mahal mengambil masa 4 jam dengan kereta. Suasanalalu lintas di India mmg menarik dan mencabar , kereta, motor, tut tut, lori dan lembu serta anjing semuanya bersaing di jalan raya. Hiruk pikuk hon! hon! signal mcm x ada fungsi lagi . Bagi saya ke Taj Mahal itu mungkin yang pertama dan terakhir.
Keesokkan hari saya mengambil domestik flight ke Srinagar (Kashmir). Ini lah tempat idaman dan yang saya impikan sejak kecil nak pergi. Sampai Srinagar dah ada kenalan yang menunggu di airport. Airport India security nya mmg ketat, polis tentera, imigresen semua ada , setiap entry ada ja kena check beg.
Majoriti penduduk di Kashmir adalah Muslim. Orang2 Kashmir terutama di pergunungan pada mata pandangan saya ini, mereka mempunyai paras rupa yang kacak begitu juga wanitanya.
Kashmir sangat tourist friendly sebab sumber ekonomi penduduk tempatan adalah banyak bergantung kepada perlancongan.
Kebanyakannya penduduk di Kashmir fasih berbahasa inggeris.
Kashmir merupakan destinasi perlancongan yang popular, dengan kawasan bergunung-ganang yang mengujakan dan lokasi ini mengalami 4 musim.
Disebabkan keindahan Kashmir, India saya merancang untuk kembali lagi ke sini pada musim salji nnt pada bulan February 2023. Sesiapa yang ingin mengikut saya ke Kashmir , India boleh la pm saya .
Bagaimanapun kali ini sekiranya ada yang nak ikut dan tak mampu untuk jadi backpacker pun boleh join, bawa jer bag trolly !!!.