Menjejakkan kaki di FRIM ternyata bukan hanya terasa damai sekali apabila berada di tengah-tengah rimbunan kehijauan itu tetapi takjub dengan susunan landskap perhutanan FRIM. Melawati denai hutan secara semula jadi ataupun ingin sesuatu yang lebih memuaskan, mungkin boleh merentas hutan melalui jambatan baru yang ada di sini iaitu Jambatan Rimba (Forest Skywalk).
Dari sini, pengunjung boleh menyaksikan pelbagai flora dan fauna liar. Berada di titian jambatan ini, selain berpeluang melihat penghuni rimba, pengunjung juga dapat melihat panorama bandar raya KL, walaupun dari jarak jauh. Forest Skywalk telah dibuka kepada orang ramai mulai 31 Ogos 2020. Jejantas ini berukuran 18 hingga 50 meter tinggi dan 250 meter panjang. Ia dibina menggunakan bahan aluminium sebagai struktur utama dan dikukuhkan dengan ‘guy wire’.
Apabila berada di atas jejantas, pengunjung dapat menikmati pemandangan indah KBG, hutan FRIM yang merupakan hutan buatan manusia, sekitar kawasan Kepong serta Kuala Lumpur. Di atas menara peninjauan setinggi 50 meter pula, pengunjung dapat melihat pemandangan sejauh lebih kurang 30 km serta bangunan-bangunan sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya seperti Menara KLCC, Menara KL, Menara Tun Razak Exchange dan Menara Telekom Malaysia.
Butiran lanjut termasuk waktu operasi Jejantas Rimba FRIM adalah seperti berikut:
Lokasi: Forest Skywalk – FRIM [Waze/ Google Maps]
Pengunjung perlu memakai pakaian terutamanya kasut yang sesuai untuk menjalankan aktiviti ini. Pengunjung juga perlu memastikan pematuhan SOP MKN semasa lawatan yang dikenakan di KBG (sila rujuk https://www.facebook.com/FRIMKepong/posts/3086598021375486).
Selain bayaran tiket ‘Forest Skywalk’, terdapat juga caj parkir (RM5), kemasukan KBG (RM 1) dan kamera DSLR (RM5) juga dikenakan. Harga tiket seperti berikut:
Bilangan pengunjung setiap hari: maksimum 150 orang. Untuk pertanyaan, sila hubungi Pusat Informasi Pelawat (VIC): frim_enquiry@frim.gov.my/ 03-6279 7592/7596/7649.
Buat pencinta segala jenis tumbuhan, ini adalah lokasi ideal buat kalian. Jika bukan penggemar alam semulajadi tegar, FRIM masih lagi ‘boleh’ menjadi destinasi menarik kerana ada tarikan lain yang sedia menanti.
Sumber: FB FRIM