Floria Diraja Putrajaya Kini Kembali, Pamer Hampir 400 Ribu Spesis Bunga. Siap Ada Sambutan Ambang Merdeka Lagi. Jom Serbu!

Share

Bermula hari ini sehingga 4 September, Floria Diraja Putrajaya 2022 bakal berlangsung dengan penuh meriah. Setelah beberapa tahun penganjuran festival ini tidak dapat dilakukan kerana pandemik, tahun ini Floria Diraja Putrajaya kembali lagi.

Pamer 400,000 Spesis Bunga

Mempamerkan hampir 400,000 spesis bunga-bungaan di siang hari, pengunjung juga dapat melihat sendiri keseluruhan tempat ini disinari dengan gemerlepan cahaya lampu-lampu nan mempesona pada waktu malam.

Bertempat di Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya antara tarikan utama yang anda boleh lihat adalah Taman Keluarga Malaysia, Taman Koboi, Taman Instagrammable, Hiasan Dinding Orkid, Terowong Oncidium, Clock Meadow, Taman ‘Glow in the Dark’ serta Taman Bonsai dan Suiseki manakala komponen seperti Laman Astaka DiRaja dan laluan utama yang amat popular kembali dengan wajah baru iaitu Floral Sky Walk.

Pada waktu malam pula, festival ini akan dilimpahi dengan pancaran dan kesan cahaya lampu khas di setiap laluan utama dan kawasan utama sekitar tapak festival seperti Red Carpet, Oncidium Tunnel, Dendrobium Walk, dan Taman Fantasi.  Selain mempamerkan inovasi teknologi kesenian pencahayaan kreatif pada flora dan fauna, FLORIA juga menjadi platform kepada pengunjung menikmati keindahan persekitaran festival pada waktu malam.

So kalau datang sini memang kena pakai cantik-cantik untuk OOTD dan sebaiknya datang pada kedua-dua sesi iaitu siang dan malam untuk melihat sendiri kecantikan dan keunikan Florian Diraja Putrajaya 2022 pada tahun ini.

Bertemakan ‘FLORIA HEBAT’ atau ‘Awesome FLORIA’, pengunjung pastinya akan merasai pengalaman manis dengan pameran 10,000 pokok orkid yang merupakan bunga tema untuk festival pada tahun ini di samping pelbagai lagi bungaan lain yang cantik.

Sambutan Ambang Merdeka

Bukan sahaja pameran pelbagai spesis bunga-bungaan, sempena sambutan Kemerdekaan Malaysia yang ke-65, Sambutan Ambang Merdeka juga akan turut diadakan di Floria Diraja Putrajaya 2022.

Dikhabarkan majlis sambutan ini bakal dihadiri oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.

Antara artis terkenal yang bakal memeriahkan sambutan tersebut termasuklah Ameng, Amir Masdi, Haqiem Rusli, Afiq Nash, Manbai dan Ayu Damit. Selain itu pengunjung juga akan dipersembahkan dengan persembahan kebudayaan dan pertunjukan bunga api.

𝗛𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗧𝗶𝗸𝗲𝘁

Nak masuk ke Royal Floria Putrajaya dikenakan bayaran. Untuk seorang dewasa RM15.00 , kanak-kanak / warga emas RM 5.00.

Manakala untuk OKU dan kanak-kanak bawah umur 6 tahun tiada bayaran dikenakan. Tak mahal pun, sebab harga untuk bukan warganegara adalah RM100.00 tau !

Tiket boleh dibeli di : https://floria.putrajaya.my/

So jangan lepaskan peluang untuk datang ke Pesta Floria Diraja Putrajaya 2022, port menarik untuk korang yang suka bunga dan bergambar!

Sumber: Perbadanan Putrajaya

 

 

Oleh
SAHR