Setiap kali keluar travel, pasti ada di antara kita yang akan jadi ‘doktor’ sebab dalam backpack dia mesti ada first aid kit. Itu satu perkara yang bagus sebab kita tak tahu bila masa penyakit yang akan singgah dan merebahkan kita atas katil hotel.
Jadi, setidaknya ada sprang ‘doktor’ ni, boleh la kita menumpang first aid kit dia. Tapi sampai bila nak tumpang? Kena la ada satu first aid sendiri sebagai persediaan kita nak travel.
Libur nak kongsikan kepada anda senarai basic yang perlu ada dalam first aid kit untuk anda yang gemar keluar travel. Senarai ni untuk ubat-ubatan basic je. Kalau rasa senarai ni tak lengkap dan ada beberapa perkara yang perlu anda tambah, tuliskan di ruangan komen Facebook Libur ya. Boleh kita kongsikan bresama rakan-rakan traveller yang lain.
Penafian: Ubat-ubatan yang ditulis di sini hanyalah cadangan sahaja. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda mempunyai penyakit-penyakit lain yang boleh mendatangkan kesan sampingan.
- Ubat Analgesic seperti paracetamol (ubat tahan sakit).
- Ubat Antihistamine untuk alahan akibat gigitan, sengatan atau alahan.
- Ubat selsema dan demam.
- Ubat batuk.
- Ubat mabuk alam perjalanan seperti Antihistamine atau Scopolamine.
- Ubat sakit tekak.
- Larutan Antiseptic untuk mencuci luka atau gigitan.
- Antiseptic ointment untuk diletakkan pada luka.
- Plaster untuk menutup luka atau kesan lepuh.
- Micropore tape.
- Alat untuk memcuci dan membersihkan luka seperti crepe bandage, gauze swabs dan OpSite atau STERIS trips yang boleh menggantikan jahitan luka untuk sementara.
- Pin keselamatan, gunting dan penyepit.
- Penghalau serangga yang mengandungi DEET (diethyl toluamide).
- Larutan melegakan sengatan seperti Stingose (aluminum sulfate).
- Ubat cirit-birit seperti Imodium (loperamide).
- Ubat julab untuk sembelit.
- Antacid untuk penghadaman.
- Krim antifungal atau antibakteria.
- Krim antigatal seperti low potency hydrocortisone.
- Ubat cecair pedih hulu hati seperti Gaviscone.
- Serbuk atau minuman penambah tenaga seperti Gastrolye atau HYDRAlyte.
- Penitis mata.
- Ear plugs.
- Krim sunscreen (sekurang-kurangnya SPF30+)
- Alat pembaca suhu atau thermometer (thermometer yang diletakkan di dahi adalah yang paling bagus untuk travel.
- Kad insurans perlindungan kesihatan.
Itu adalah senarai ubat-ubatan yang boleh membantu merawat penyakit-penyakit biasa, tapi sekiranya menghidap penyakit yang memerlukan anda membawa ubat-ubatan yang khusus seperti darah tinggi, lemah jantung, kencing manis dan sebagainya, maka WAJIB untuk anda bawa ubat-ubatan tersebut bersama.
Bawa bersama senarai rujukan untuk anda tahu apa kandungan yang perlu ada dalam first aid kit anda. Selitkan ianya bersama dalam first aid kit dan jika anda perlu untuk topup isi kandungan first aid tersebut, sekurang-kurangnya anda boleh rujuk kepada ahli farmasi di lokasi percutian anda.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI