Bertemakan Wok Wok Eat Eat, kempen Pesta Makanan tahunan anjuran the Curve untuk kali ketiga ini membawakan pelbagai hidangan tempatan yang menarik dan lazat.
Dari 28 September hingga 1 Oktober, 2017, pengunjung akan dapat menikmati suasana penjaja yang sebenar di dalam ruang yang selesa dan dingin di Centre Court, the Curve.
Dari susunan meja dan bangku-bangku yang kebiasaannya boleh dilihat di tapak penjaja makanan jalanan ke gerai-gerai yang berwarna-warni, mereka yang melalui kawasan ini pasti tertarik dengan pemandangan dan aroma wangi yang cukup memikat.
Rasai keenakkan hidangan yang terdapat di Pesta Makanan dengan semangkuk mee yang sedap sebelum mencuba kelazatan nasi lemak, nasi dagang, nasi tumpang dan nasi kerabu. Perlu sesuatu untuk menghilangkan dahaga? Cubalah minuman klasik seperti teh ais, kopi o peng atau Neslo.
Akhir sekali, lengkapkan selera anda dengan hidangan pencuci mulut seperti pulut durian, kuih-muih tradisional dari Pantai Timur serta ais krim dan kek kegemaran klasik.
Suasana makanan penjaja yang mudah dan santai menjadi aspek teras budaya Malaysia, dan kami tidak sabar untuk melihat bagaimana hidangan-hidangan lazat ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama keluarga dan rakan-rakan semasa sambutan makanan ini.
Penampilan istimewa Syed Kheidir, iaitu Juara Teh Tarik King 2014 dan 2015, pada hari Sabtu dan Ahad pada jam 3.00 petang akan dapat pengunjung saksikan. Selaras dengan tema gaya jalanan, sepanjang kempen empat hari ini, pengunjung the Curve juga akan dapat menikmati bakat-bakat muzik dari street buskers setiap hari, dari jam 12.00 tengahari hingga 9.30 malam sambil menikmati snek-snek yang lazat sekali.
Pengunjung hanya perlu membelanjakan minimum RM150 dalam maksimum dua resit dari mana-mana kedai di the Curve untuk mendapatkan baucar tunai bernilai RM10. Penebusan tertakluk pada terma dan syarat dan sementara stok masih ada.