Festival Songkran Di Chiang Mai Dibatalkan Gara-Gara Lonjakan Kes Positif COVID-19

Share

Saban tahun, masuk saja bulan April lonjakan pelancong ke Thailand meningkat. Ini kerana mereka mahu bersama-sama meraikan Festival Songkran yang biasanya disambut 13 April saban tahun.

Pesta Songkran ini sangat popular serta dunia kerana ia bersempena tahun baru dalam kalendar Buddha. Malah Songkran lebih dikenali sebagai Tahun Baru Thailand. Songkran juga bermaksud ‘perubahan’ atau ‘tranformasi’ dalam bahasa pinjaman Sanskrit. Pesta Songkran atau disebut pesta main air di kalangan pelancong sememangnya sangat terkenal kerana orang ramai akan bersuka ria sambil menyimbah air kepada sesiapa sahaja. Malah pesta ini turut dihadiri ramai pelancong dari Malaysia untuk merasai keseronokannya.

Tapi tahun ini nampaknya pesta yang disambut meriah itu sudah banyak dibatalkan di beberapa lokasi kerana berlakunya lonjakan kes positif COVID-19 di negara tersebut.
Menurut Bangkokpost.com, terdapat 281 kes baru COVID-19 menjadikan 664 orang dijangkiti bermula April ini. Justeru itu, Chiang Mai, lokasi pelancongan popular di negara Thailand sudah dibatalkan pesta Songkran di loksi terbabit walau pun persiapan sudah dilakukan di Tha Phae Gate. Malah pihak pentadbiran juga memberikan syarat agar mana-mana pelancong yang datang dari Bangkok, Nonthaburi, Samut Prakan, Pathum Thani dan Nakhon Pathom untuk menjalani kuatantin selama 14 hari.

Oleh
almaswa Haji Che Ros