Fenomena Matahari Istiwa A’zham. Ambil Peluang Semak Arah Tepat Kiblat Di Rumah Petang Ini!

Share

Anda yang selalu solat di rumah sama ada berjemaah bersama keluarga atau bersendirian boleh ambil peluang jam 5.16 petang ini untuk semak arah kiblat dengan tepat.

Umat Islam boleh menyemak sendiri arah kiblat ketika fenomena dikenali sebagai Matahari Istiwa A’zham iaitu kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah. Fenomena unik ini hanya berlaku dua kali setahun iaitu 27 Mei 2020 pada jam 5.16 petang dan 15 Julai 2020 pada jam 5.28 petang.

Panduan yang perlu anda ikut adalah pastikan masa yang tertera pada jam adalah tepat dan perhatikan bayang-bayang objek tegak seperti tiang, tingkap atau pintu rumah yang terkena cahaya matahari pada pukul 5.16 petang ini. Bila anda dah dapat tentukan arah bayang-bayang yang terhasil dari objek yang dinyatakan tadi, maka garisan itu akan menunjukkan arah kiblat yang sebenar.

  • Pastikan tiang berkenaan betul-betul tegak (seperti menggunakan sesiku).
  • Selain tiang yang dipacakkan, semakan juga boleh dibuat berdasarkan tiang rumah, sisi rumah yang tegak atau mana-mana objek yang tegak.
  • Jika arah bayang tegak lurus dengan saf, ia bermakna arah kiblat di masjid, surau dan tempat kediaman adalah tepat.
  • Bagaimanapun jika arah bayang objek itu serong dengan saf, ia bermakna arah kiblat berkenaan kurang tepat.
  • Disebabkan fenomena itu berlaku pada petang, maka bayang-bayang tiang akan jatuh ke arah timur dan kiblat pula mengarah ke barat.

Sumber: FB Planetarium Negara | BHOnline

Oleh
Husna