Anda yang selalu solat di rumah sama ada berjemaah bersama keluarga atau bersendirian boleh ambil peluang jam 5.16 petang ini untuk semak arah kiblat dengan tepat.
Umat Islam boleh menyemak sendiri arah kiblat ketika fenomena dikenali sebagai Matahari Istiwa A’zham iaitu kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah. Fenomena unik ini hanya berlaku dua kali setahun iaitu 27 Mei 2020 pada jam 5.16 petang dan 15 Julai 2020 pada jam 5.28 petang.
Panduan yang perlu anda ikut adalah pastikan masa yang tertera pada jam adalah tepat dan perhatikan bayang-bayang objek tegak seperti tiang, tingkap atau pintu rumah yang terkena cahaya matahari pada pukul 5.16 petang ini. Bila anda dah dapat tentukan arah bayang-bayang yang terhasil dari objek yang dinyatakan tadi, maka garisan itu akan menunjukkan arah kiblat yang sebenar.
- Pastikan tiang berkenaan betul-betul tegak (seperti menggunakan sesiku).
- Selain tiang yang dipacakkan, semakan juga boleh dibuat berdasarkan tiang rumah, sisi rumah yang tegak atau mana-mana objek yang tegak.
- Jika arah bayang tegak lurus dengan saf, ia bermakna arah kiblat di masjid, surau dan tempat kediaman adalah tepat.
- Bagaimanapun jika arah bayang objek itu serong dengan saf, ia bermakna arah kiblat berkenaan kurang tepat.
- Disebabkan fenomena itu berlaku pada petang, maka bayang-bayang tiang akan jatuh ke arah timur dan kiblat pula mengarah ke barat.
Sumber: FB Planetarium Negara | BHOnline
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Arab Saudi Benarkan Pelancong Asing Bukan Mahram Duduk Sebilik Selepas Lancar Visa Pelancong
Sebelum ini undang-undang untuk melancong ke Arab Saudi sangat ketat. Pelancong asing tidak dibenarkan sama sekali untuk menempah bilik berlainan jantina. Begitu juga penduduk tempatan terutama wanita dilarang untuk bebas melancong seorang diri.
Terbaru, Arab Saudi akan membenarkan lelaki dan wanita berbangsa asing berkongsi bilik hotel tanpa membuktikan hubungan mahram selepas melancarkan visa pelancongan baru bagi menarik pelancong. Satu lagi perubahan baru adalah wanita termasuk rakyat tempatan juga dibenarkan menyewa bilik bersendirian.
via CNN Saudi couple traveling_1570515462084.jpg.jpg.jpg_39492794_ver1.0_1280_720.
Tindakan itu dilihat memudahkan wanita yang mengembara bersendirian selain membolehkan pasangan yang tidak berkahwin menginap bersama ketika ke negara itu. Perkara itu dilaporkan akhbar Okaz dan disahkan Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Saudi.
“Semua rakyat tempatan diminta menunjukkan pengenalan diri atau hubungan sesama mereka apabila mendaftar masuk ke hotel. Ini bagaimanapun tidak diperlukan untuk pelancong asing. Semua wanita termasuk dari Arab Saudi juga boleh menginap bersendirian asalkan memberikan pengenalan diri ketika mendaftar masuk,” katanya.
a_car_passes_in_front_of_the_main_entrance_of_al_koot_heritage_hotel_in_al_ahsa_saudi_arabia_july_8_2018._reuters.
Arab Saudi bulan lalu membuka pintunya dengan visa pelancong dari 49 negara dalam pada ia cuba memperkembang sektor berkenaan seterusnya mempelbagaikan ekonominya selain daripada pengeksportan minyak. Susulan itu ia turut membenarkan pelancong dikecualikan daripada menutup aurat penuh dan serba hitam, sebaliknya hanya perlu memastikan berpakaian sopan. Alkohol masih diharamkan.
Sumber: Harian Metro
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Bercuti Ke Vietnam Kali Pertama, 15 Perkara Ini Kena Alert!
Ramai yang suka pergi bercuti ke Vietnam sebab seronok membeli pakaian dan periuk belanga di sana, biasanya telekung solat pun orang borong di sana. Kualiti elok dan barangnya cantik!
Tetapi kalau nak ke Vietnam kena berhati-hati, ini antara 15 sisi gelap Vietnam yang ramai pelancong tak tahu supaya anda boleh lebih berjaga-jaga.
Tip Bercuti Ke Vietnam
1. Tak perlu tukar duit RM kepada Dong sebab sekarang ni di Vietnam 99% boleh terima duit dalam Ringgit Malaysia.
2. Tinggalkan segala barang kemas anda sebab bila penjual lihat pakai barang kemas, kemungkinan 90% penjual akan naikkan harga barang.
3. Pickpocket di sini lebih dasyat dari yang biasa. Jadi pastikan beg sandang belakang di pindahkan ke depan untuk langkah berjaga-jaga.
4. Elakkan naik beca, sebab waktu naik diberikan harga lain, bila turun dicaj mahal hingga ratusan ringggit.
5. Elakkan naik teksi motor yang tak berdaftar sebab cajnya agak mahal.
6. Berhati-hati ketika shopping di Pasar Ben Thanh sebab penjual rata-rata agak kasar lagi-lagi kalau kita saja-saja pegang barang yang mereka jual.
7. Kebanyakkan baju size XXL akan dapat size XL tanpa anda sedar sebab kalau tak ada stock mereka akan buat-buat pergi ambil stock semata-mata untuk jahit 1 lagi X bagi jadi XXL.
8. Biasa barang yang di display atas meja lebih berkualiti dari barang yang penjual ambil di bawah meja.
9. Semasa bayar elakkan convert Dong ke RM atau RM ke Dong di depan kaunter sebab penjual akan caj mahal tanpa kita sedar.
10. Hati-hati sebelum beli barang sebab kalau nak minta tukar mereka akan kata “cannot exchange and no refund money.”
11. Bila ada penjual offer untuk rasa kacang rebus, elakkan ambil dan makan. Sebab penjual akan terus bungkus 1 atau 2 pot paksa beli dan dicaj dengan harga yang mahal.
12. Elakkan beli air yang ada ais di tepi jalan sebab ais kat sini sangat bahaya. Efeknya boleh sampai batuk, sakit tekak dan suara jadi serak-serak.
13. Elakkan pergi ke hospital sebab biasa untuk set appointment dengan doktor je akan di caj sehingga 500 usd!
14. Kalau ada apa-apa masalah terus refer pada Tour Guide yang bawa anda bersiar-siar di Vietnam.
15. #ExtraTips Bila nak beli cuba minta kurang hingga 50% dari harga tawaran. Kalau penjual tak bagi tinggalkan tempat tu, sebab 70% penjual biasa akan panggil semula untuk bagi terus harga yang anda dah minta kurang tadi.
Selamat Melancong Dan Melontar Di Vietnam!
Kredit info: Tempat Bercuti Best
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terokai Daerah Kuala Selangor & Sabak Bernam Bersama Pengalaman Hos Komuniti Istimewa
Ramai yang berkira-kira untuk bercuti sepanjang bulan November dan Disember. Iylah, cuti tahunan masih banyak dan ramai ingin lepaskan geram bercuti selepas sekian dalam berkurung di dalam rumah.
Buat anda di Lembah Klang sebenarnya tidak perlu pergi jauh. Negeri Selangor mempunyau banyak lokasi menarik. Bak kata Tourism Selangor, Pusing Selangor Dulu!
Selain daripada destinasi yang pelancongan yang sering kita kunjungi seperti pantai, hutan rimba, taman tema dan sebagainya, ada lagi yang lebih menarik di Negeri Selangor untuk anda terokai bersama rakan-rakan dan seisi keluarga. Program Hos Komuniti di Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam bakal memenuhi dua hari percutian anda di Negeri Selangor!
Ikuti itinerari apa yang anda boleh lakukan di dua daerah ini.
Hari Pertama di Pasir Penambang, Kuala Selangor
5:00 PM – Terokai Hutan Paya Bakau di Sepanjang Tebing Sungai
5:30 PM – Aktiviti Memerhati Burung Helang
6:00 PM – Pengalaman Menangkap Kerang
6:30 PM – Pengalaman Memancing Menggunakan Jaring
Hari Kedua di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam
11:00 AM – Pelajari Kaedah Mengekstrak Kelapa
12:00 PM – Pelajari Pembuatan Kuih Onde-Onde
3:00 PM – Ketahui Cara Menangkap Ikan Menggunakan Buluh
5:30 PM – Santai Sambil Menikmati Wadai Kepeng
1) Terokai Hutan Paya Bakau di Sepanjang Tebing Sungai
Program Hos Komuniti di Daerah Kuala Selangor anda akan bermula di Pasir Penambang. Anda akan menikmati pengalaman menaiki bot nelayan kayu tradisional. Di samping itu, anda boleh menerokai hutan paya bakau di sepanjang tebing sungai ini. Pasir Penambang menampilkan persekitaran ekologi yang amat menakjubkan!
2) Aktiviti Memerhati Burung Helang
Aktiviti memerhati burung helang merupakan satu aktiviti yang dianggap sangat memuaskan sekaligus perasaan yang penuh kegembiraan. Cuba aktiviti memerhati burung yang kini telah menjadi daya tarikan untuk program hos komuniti di Pasir Penambang ini.
3) Pengalaman Menangkap Kerang
Di sepanjang perjalanan, anda akan dibawa untuk berhenti seketika bagi menikmati pengalaman menangkap kerang dan ikan. Para nelayan di sini akan memberikan demonstrasi cara menangkap hasil laut dengan menggunakan peralatan memancing tradisional.
4) Pengalaman Menangkap Ikan Menggunakan Jaring!
Bukan itu sahaja, program Hos Komuniti di Pasir Penambang juga akan memberikan anda pengalaman menangkap hasil hidupan laut khususnya kerang dengan menggunakan jaring. Pastinya aktiviti seperti ini mengujakan dan memuaskan anda!
5) Alami Keunikan Menekstrak Kelapa
Tidak jauh dari Daerah Kuala Selangor, habiskan hari kedua anda dengan mengikuti Program Hos Komuniti di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam! Luaskan pengembaraan anda dan jangan lepaskan peluang untuk ketahui pelbagai jenis kelapa mengikut bentuk dan warna yang ada. Selain itu, anda akan diajar untuk mengekstrak kelapa dengan menggunakan kaedah tradisional.
6) Pelajari Pembuatan Kuih Onde-Onde
Dari kelapa yang telah di ekstrak, ia boleh digunakan untuk memasak pelbagai menu makanan antaranya ialah Kuih Onde-Onde. Siapa yang tidak kenal akan kuih tersebut? Rasanya cukup sedap dengan berintikan gula melaka serta diselaputi kelapa diluarnya. Program ini akan memberikan anda peluang untuk mencuba sendiri resepi kuih onde-onde iaitu kuih tradisional yang sangat terkenal di Malaysia.
7) Ketahui Cara Menangkap Ikan Menggunakan Buluh
Jika pada hari pertama anda telah mempelajari cara menangkap hidupan laut menggunakan jaring tradisional, pada hari kedua pula anda akan mencuba sendiri pengalaman menangkap ikan dengan menggunakan buluh pula. Ikan yang sering didapati disini adalah ikan puyu dan banyak lagi!
8) Santai Sambil Menikmati Wadai Kepeng
Salah satu cara untuk menamatkan program Hos Komuniti di Daerah Sabak Bernam adalah dengan bersantai dikelilingi suasana kampung sambil menikmati kuih tradisional masyarakat Banjar iaitu Wadai Kepeng!
Pengalaman Program Hos Komuniti di Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam akan memberikan anda sebuah pengalaman yang luar biasa jauh dari rutin harian anda di kota.
Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk mengalami sendiri pengalaman melakukan aktiviti bersama Hos Komuniti di Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Ternyata terdapat permata yang tersorok daripada pandangan para pelancong di sini.
Layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Negeri Selangor, atau terus ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk mengikuti sebarang kemas-kini. #PusingSelangorDulu.
Kredit: Tourism Selangor
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI