Fenomena air pasang besar diramalkan berlaku di Selangor pada 19 dan 20 September, 17 sehingga 19 Oktober serta 15 dan 16 November dengan ketinggian paras air laut mencecah 5.8 meter.
Sekiranya cuaca hujan lebat dan keadaan angin kencang berlaku, risiko berlakunya banjir akan meningkat disebabkan limpahan air laut ke daratan.Kawasan yang berisiko di negeri Selangor ialah di daerah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam bagi menghadapi fenomena tersebut.
Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya fenomena air pasang besar tersebut?
1) Bulan Baru – Bulan akan memasuki fasa Bulan baru pada jam ,7 malam, 17 September 2020.
2) Bulan di Perigee – Bulan akan berada pada kedudukan Perigee atau dekat dengan Bumi pada jam 09:44 malam, 18 September 2020 dengan jarak sekitar 359081 kilometer. Gabungan peristiwa Bulan baru dan Bulan di Perigee menghasilkan fenomena yang dikenali sebagai
'perigean spring tide'.
3) Ekuinoks – Ekuinoks merupakan peristiwa apabila kedudukan Matahari kelihatan tepat di atas Khatuliswa. Ia berlaku dua kali setahun iaitu pada Bulan Mac dan Bulan September. Untuk Bulan September ini, Ekuinoks akan berlaku pada 22 September 2020. Gabungan pengaruh graviti Bulan Matahari semasa berlakunya peristiwa yang dinyatakan di atas menjadi faktor fenomena air pasang besar .
Penduduk di kawasan berisiko diminta mematuhi arahan pihak berkuasa keselamatan dari semasa ke semasa, serta mengehadkan aktitiviti pesisiran pantai. Orang ramai juga dinasihatkan tidak mengunjungi kawasan pantai untuk bercuti untuk tarikh yang dinyatakan.
image via googl | bernama