Bagi yang tinggal di Selatan terutamanya Negeri Johor kalau inginkan percutian dengan view cantik umpama di tanah tinggi, tak perlu lagi pergi jauh-jauh sampai ke Cameron Highlands ataupun ke Sabah. Talula Hill Farm Resort yang terletak di Kluang Johor destinasi yang buatkan korang terpegun dengan keindahan pemandangan yang ada di tempat ini.
Menggunakan nama yang cukup unik, Talula yang bermaksud ‘leaping water’ dalam bahasa native Amerika, nama tersebut kena dengan tempat ini yang mempunyai landskap, tetapan dan reka bentuk menarik sesuai dengan bentuk muka bumi yang ada di sini.
Bukan sahaja sesuai sebagai port bergambar, banyak lagi aktiviti menarik yang korang boleh lakukan kat sini termasuklah melihat pemandangan matahari terbit di pagi hari. Ini antara aktiviti lain yang korang boleh buat bila berkunjung ke Talula Hill Farm:
- Port untuk relax
- Melawat kebun buah
- Hiking ke pokok besar di Gunung Lambak
- Beri makan pada haiwan
- BBQ
Datang dengan keluarga atau teman-teman pada hujung minggu dan cipta memori indah bersama tanpa perlu memilih destinasi percutian yang jauh, orang Kluang dan Johor boleh datang check it out tempat menarik ini.
Alamat: PTD 40612, Jln Padang Tembak, 86000 Kluang, Johor
FB : https://www.facebook.com/Talula-Hill-Farm-Resort-Kluang
Kredit: FB Daily Johor
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Port Menarik di Selatan Thailand, Patutlah Rakyat Malaysia Suka Masuk Sini
Ramai pelancong dari Malaysia bercuti di Wilayah Selatan Thailand dan menyumbang lebih 100 juta Baht (100 Baht = RM12.71) kepada ekonomi tempatan sempena cuti panjang.
Kebanyakan pelawat dari Malaysia dilaporkan menggunakan pintu masuk Bukit Kayu Hitam dan Pengkalan Hulu di Malaysia untuk menuju ke Sadao dan Betong di Thailand.
Secara keseluruhannya, seramai 20,000 pelawat dari Malaysia telah bercuti di wilayah selatan Thailand pada cuti panjang hujung minggu lepas iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Antara kawasan tumpuan pelancong Malaysia ialah di Pantai Samila, Bandar Lama Songkhla dan Pasar Terapung Khlong Hae di Wilayah Songkhla.
5 Tempat Menarik di Hatyai Songkhla
Khlong Hae Floating Market
Hatyai cukup terkenal sebagai salah satu syurga makanan yang menawarkan pelbagai pilihan makanan unik.
Pasar Terapung Khlong Hae merupakan destinasi yang cukup unik dan wajib dikunjungi apabila berkunjung ke Hatyai.
Majoriti penjual di sini berada di dalam sampan di tebing sungai dan pelanggan hanya perlu berjalan di kawasan jambatannya untuk membeli.
Bukan sahaja di dalam sampan malah turut terdapat gerai jualan di kawasan daratnya. Antara yang terlaris di sini adalah minuman yang di jual di dalam bekas tembikar dan buluh!
ASEAN Night Bazaar
ASEAN Night Bazaar merupakan pasar malam terbesar yang beroperasi pada jam 4.30 petang hingga 10 malam.
Di sini anda bakal rambang mata melihat barangan jualan yang jarang dilihat di tempat lain! Semestinya pelbagai makanan Hatyai yang viral boleh di dapati di pasar dua tingkat ini.
Antaranya Fruit & Vege Shaped Mung Bean (Luk Chup), Bamboo Sticky Rice, Thai Coconut Pudding, Thai Grilled Banana, Thai Coconut Ice Cream dan banyak lagi.
Selain gerai makanan, di sini turut mempunyai kedai yang menjual pakaian, beg, peralatan hiasan dan barangan kraftangan.
Hatyai City Municipal Park
Taman Perbandaran Hatyai ini terletak di Jalan Kanchanawanit dan sekitar 6km dari pusat bandar di Lebuhraya Hat Yai-Songkhla.
Taman ini merupakan kawasan rekreasi yang popular dalam kalangan warga tempatan dan pelancong.
Di sini terdapat pavilion, kandang burung, gerai makanan, patung Raja Rama V, kuil Brahman, patung jed Guan-yin serta Dewi Cina.
Antara tarikan pelancongan berdekatan dengan taman ini adalah Hatyai Science and Astronomy Center (Astronomical Observatory), Hatyai Ice Dome dan Hatyai Cable Car.
Samila Beach
Majoriti pelancong yang bercuti di Hatyai pasti akan meluangkan masa untuk mengunjungi Samila Beach bagi merakamkan memori dengan sebuah patung.
Samila Beach mempunyai sebuah patung Ikan Duyung Emas yang menjadi tarikan utamanya serta sebagai mercu tanda pantai tersebut.
Mengikut penduduk setempat, patung duyung yang dibina pada tahun 1966 ini mempunyai kisah legendanya di mana seorang nelayan pernah melihat puteri duyung sedang menyisir rambut menggunakan sikat emas pada waktu malam.
Phra Maha Chedi Tripob Trimongkol (Steel Pagoda)
Hatyai turut kaya dengan beberapa buah pagoda yang mempunyai senibina yang unik dan sering dijadikan spot pelancong untuk bergambar.
Salah satu daripadanya adalah dikenali Steel Pagoda kerana senibinanya yang berasaskan besi tahan karat.
Pagoda yang dikelilingi dengan loceng dan gong ini dikatakan yang paling unik di dunia! Menjelang waktu senja, lampu-lampu mula menyinari bahagian luaran pagoda ini.
Jadi anda boleh berkunjung pada waktu malam untuk menyaksikan keindahannya yang dilimpahi cahaya.
5 Tempat Menarik Di Krabi
Railay Beach
Berpasir putih, air laut yang cukup jernih kebiru-biruan, dikelilingi pula dengan bukit-bukit batu kapur, bayangkanlah keindahan Railay Beach yang terletak di Krabi Town ini. Untuk menuju ke pantai indah ini anda perlu menaiki bot kerana pantai ini dipisahkan dari kawasan lain dengan bukit batu kapur.
Apa yang menarik di hutan ini adalah kekayaan flora dan faunanya yang unik, manakan tidak, Thung Teao Forest Natural Park adalah hutan dara yang tidak pernah dikacau oleh tangan manusia untuk sebarang bentuk pembangunan, pembalakan dan lain-lain.
Untuk meneroka kawasan rimba ini anda perlu menggunakan laluan semula jadi yang berkepanjangan sekitar 2.7 km. Apa yang menarik di dalam hutan ini adalah air terjunnya, namun tarikan yang paling terkenal di hutan ini adalah kolam kristalnya.
Klong Thom Hot Springs
Sambil berendam anda boleh memejamkan mata dan merelakskan fikiran bertemankan bunyi indah alam semulajadi.
Air kolam ini turut memiliki banyak ruang-ruang kolam lain yang terhasil secara semulajadi, kalau anda datang ke sini, pilihlah yang mana yang menarik hati anda, terasa seperti berada di tab mandi rumah sendiri pula.
Namun begitu, kawasan kolam ini agak meriah dikunjungi, oleh itu, anda disarankan untuk datang ke sini sekitar pukul 7.00am ke 8.00am dan 4.00pm ke 5.00pm untuk menikmati mandian dengan lebih tenang.
Koh Panyi (Kampung Terapung Muslim)
Koh Panyi merupakan perkampungan nelayan yang majoriti penduduknya adalah Muslim. Di sini anda dapat melihat banyak kedai-kedai yang menjual cenderamata dan juga yang paling penting sekali kedai makan.
Bagi anda yang dah seharian berjalan tu, mailah ke Koh Panyi untuk menjamu selera, sedap-sedap juga makanan di sini.
Yang menariknya lagi tentang Koh Panyi ini adalah kawasan bermain bola sepaknya yang juga terapung di atas air, memang unik!
Koh Lanta
Koh Lanta terdiri daripada beberapa buah pulau namun yang paling terkenal adalah Koh Lanta Yai yang memiliki air laut yang tenang dan pemandangan yang begitu mengasyikkan.
Di sini anda boleh menyelam untuk melihat panorama dalam air yang agak jelas.
Aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini adalah berkayak di kawasan paya bakau yang terdapat berdekatan pulau.
Tup Island
Air yang cetek, penuh dengan ikan yang cantik, Tup Island adalah destinasi yang cukup ideal bagi anda yang datang bersama keluarga.
Bersnorkeling di sini memang bestlah! Pemandangan di kawasan sekitar pantai juga tidak mengecewakan, sangat menyejukkan mata.
Namun begitu, disebabkan ramai yang memiliki fikiran yang sama bahawa Tup Island ini adalah pulau yang cukup mempesonakan, jadi agak sibuk dengan kedatangan pelancong terutama pada musim cuti.
Maya Bay
Sebuah kawasan perairan teluk yang mampu membuat anda sekeluarga terlentang di pasir kerana begitu terpesona dengan keindahannya.
Dikelilingi oleh tebing-tebing tinggi di sekitarnya, di dalam kawasan teluk ini terdapat beberapa buah pantai yang kecil dengan pasir putih dan air laut yang jernih.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
4 Lokasi Cantik Ambil Gambar Di Tokyo ‘Background’ Bangunan Tradisi Jepun
Tokyo merupakan ibu negara Jepun menjadi salah satu kuasa ekonomi teratas dunia hasil arus pemodenan yang begitu maju. Walaupun nilai matawang di Jepun agak tinggi, namun negeri-negeri di Jepun seperti Tokyo tetap menjadi pilihan lokasi impian untuk pelancong dari Malaysia.
Jika sampai ke Tokyo, jangan lupa untuk sewa pakaian tradisional mereka sambil berjalan-jalan sekitar bangunan tradisi mereka yang masih gak dan kukuh. Antara tempat menarik untuk ambil gambar background bangunan tradisi Jepun di sekitar Tokyo seperti:
- Senso Ji adalah sebuah tokong Buddha tertua dibina pada tahun 645 terletak di Asakusa. Tokong ini merupakan antara tempat penyembahan yang paling berwarna-warni dan terkenal di Tokyo.
.
.
- The Meiji Shrine adalah sebuah tokong yang didekasikan untuk Maharaja Meiji dan Maharani Shoken. Lokasinya adalah bersebelahan sahaja dengan Stesen Harajuku.The Meiji Shrine yang siap dibina pada tahun 1920 ini sebenarnya pernah musnah ketika Perang Dunia Kedua, namun telah dibina semula.
- Tokyo National Museum telah dibina di Yushima Seido Shrine pada tahun 1972, namun dipindahkan ke lokasi sekarang beberapa tahun kemudian. Muzium ini menempatkan antara koleksi arkeologi dan seni yang terbaik di Jepun. Bangunan utamanya, Honkan, mempamerkan pelbagai hasil seni Jepun sejak zaman kuno hinggalah ke abad ke-19.
- Imperial Palace & East Garden adalah sebahagian daripada ruang dalam istana yang dibuka kepada orang awam. Pada awalnya, lokasi Imperial Palace & East Garden ini adalah tapak asal untuk bulatan pertahanan utama istana Edo iaitu ‘honmaru’ dan ‘ninomaru’.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
KOMTAR Dilimpahi Lampu Warna Merah Khas Sempena Hari Jururawat Sedunia
Jika anda berada di Pulau Pinang, anda pasti dapat melihat kelibat ikon bangunan tinggi KOMTAR bertukar berwarna.
Cahaya lampu berwarna merah menerangi bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), di Pulau Pinang sebagai tanda menghargai jasa semua jururawat di atas pengorbanan mereka membantu menangani penularan pandemik COVID-19.
Foto Mohamad Helmi Hameed
Posted by Penang Kini on Monday, 11 May 2020
Posted by Penang Kini on Monday, 11 May 2020
Foto : Mohamad Helmi Hameed
Posted by Penang Kini on Monday, 11 May 2020
Kerajaan negeri mengambil inisiatif itu sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia 2020 yang disambut pada 12 Mei setiap tahun. Pemilihan warna merah melambangkan keberanian yang dimiliki oleh para jururawat dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab meskipun negara kini berhadapan dengan detik yang sukar akibat ancaman COVID-19.
Warna merah juga melambangkan penghargaan tertinggi rakyat Pulau Pinang kepada semua jururawat dan pekerja perubatan serta warna riben yang dipilih untuk sambutan Hari Jururawat Sedunia 2020 itu. Bangunan ikonik negeri Pulau Pinang itu dinyalakan dengan lampu warna merah bermula malam tadi dan hari ini, dari pukul 8 malam hingga 12 tengah malam.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI