Family Trip Ramai-Ramai Ke Pulau Pangkor Pun Layan. 3H2M Pun Dah Puas. Nah Itinerari Rujukan!

Share

Pulau Pangkor terletak di perairan Selat Melaka di Perak merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia. Pulau Pangkor cukup strategik buat mereka yang ingin bercuti ke pulau walaupun pada musim tengkujuh.

Pulau ini kecil sahaja, malah pengunjung sebenarnya boleh melawat ke semua tarikan Pangkor dalam masa setengah hari sahaja. Jadi jika tidak puas, boleh ulang kembali ke lokasi tersebut jika mempunyai lebih masa.

Disebabkan itu pulau ini masih relevan menjadi pilihan ramai untuk bercuti bersama keluarga atau sahabat karib. Ikuti perkongsian keluarga Rosimah Roslan ini ke Pulau Pangkor untuk Family Trip.

‘Itinerary Family Trip & Suprise Birthday Pulau Pangkor ‘

Hari 1:

  • Bertolak ke Lumut
  • Singgah makan tengahari di Restoran D’ Warisan, Lumut. Menu nasi campur & beraneka lauk-pauk.
  • Bertolak ke Jeti Marina (senang parking & jarak perjalanan naik Feri ke Pulau Pangkor lebih dekat-10 ke 15 minit sahaja).
  • Parking di Jeti Marina untuk 3 hari 2 mlm (Rm 54 satu kereta). Satu hari Rm18.

  • Beli tiket. Sebelum beli tiket sila buat booking online terlebih dahulu. Nak isi on the spot pun boleh, tapi nanti kelam kabut pulak. Kena isi nama & no ic. Automatik akan keluar harga. TIKET pergi balik. (Rm14: Dewasa / Rm5: Kanak-kanak bawah 12 tahun / Bagi kanak-kanak 3 tahun ke bawah Percuma. Tapi kena isi nama jugak masa isi online).
  • Tunjuk booking no. masa beli tiket
  • Kami 10 Orang jadi sewa van terus sebab senang gerak. Untuk sewa motor. Pastikan cekap tau kalau nak bawa van sebab kat pangkor ni berbukit-bukit. Nasiblah abah Roslan Badri cekap. Dah macam Pak Supir.
  • Check in Pangkor Sandy Beach Resort area Pasir Bogak. 5 minit je dari Jeti. Pool cantik & hotel tepi pandai. Siap ada breakfast. Yang bestnya buka je pintu dah ade pool. Berbaloi la stay kat Hotel ni tambah pula bawa anak-anak kecil. Chim booked guna agoda je. Bilik Super Deluxe.

  • Beli chocolate untuk makan-makan kat Hotel. Dekat CK Duty Free.
  • Rehat
  • Petang santai dekat hotel je.
  • Mandi kolam & main pasir kat pantai.
  • Makan malam dekat Teluk Nipah. Gerai no.8. Restoran Sheena Halim.
  • Balik rest & tidur

Hari 2:

  • Breakfast
  • Island hopping (Boleh roger dengan Caien tadi jugak). Boat tour pergi tengok Monkey Bay, Mentangor Island & Giam Island. (Nak Snorkelling masa ni tak boleh sebab OMBAK kuat).

  • So, mandi-manda dekat Pulau Giam je la.
  • Balik hotel cari burger. Betui la mandi laut cepat lapar
  • Santai hotel (Sambung mandi pool dan pantai).
  • Lunch dekat Kedai E Mat Isa sebelah Masjid Teluk Raja Bayang.
  • Pusing Pulau Pangkor. Wajib pi Kota Belanda & Masjid Terapung.

  • Shopping chocolate kat CK Duty Free. Kisses, daim, kinder Bueno, Ferrero Rocher wajib beli
  • Petang Santai kat pool Hotel.
  • Dinner malam (Daddy’s Cafe).
  • Celebrate birthday adik bongsu, Roshamira Roslan. Buat suprise kat dia. Decoration & chocolate bouquet cantik, cake sedap. Boleh roger Puan Anis Azmi di +60 19-521 0026 atau tengok FB Anis Azmi. Servis Terbaik, puas hati. Decoration, kek cantik. (Tengok gambar).

  • Makanan pun korang boleh booked siap2. Makanan memang Terbaik. Tip Top. Puas hati. Seafood semua fresh. Amik je set yang ada nasi tu. Rm160.00. Korang wajib try Tom yam tambah rm20. Sedap jugak
  • Then, balik tido guys

Hari 3:

  • Breakfast
  • Ootd Kolam renang & pantai
  • Check out.
  • Lunch dekat Hasnah Corner Pulau Pangkor.
  • Bertolak Balik. So, kalau stay 3 hari 2 malam lalu kastam terus je tanpa kena cukai. Sila simpan tiket masa pergi sebab kastam nak tengok tiket masa pergi. Masa balik jangan lewat ye takut terlepas bot.

Menarik! Jom rancang ‘family trip’ di Pulau Pangkor~

Oleh
Husna