Family Camping Trip Ke Nelayan Beach Resort, Johor. Buka Khemah Layan Bunyi Ombak & View Indah, Tenang!

Share

Memang seronok kalau dapat camping di tapak perkhemahan yang cantik, tenang dan damai. Bonus juga kalau kemudahan yang ada di campsite itu lengkap dan cukup untuk buat pengunjung selesa.

Merupakan trip camping kali yang ke-21, Mohd Taufiq Ismail atau menggunakan nama Travelog TAD Family kali ini menjelajah ke Johor untuk percutian bersama beberapa lagi ahli keluarga.

Tetap memilih tinggal di dalam khemah sementara ibu dan ayah ditempatkan di chalet dalam kawasan yang sama untuk keselesaan mereka, menurut Mohd Taufiq, lokasi yang dipilih untuk percutian keluarganya kali ini sangat cantik dan mendamaikan.

Melihat keindahan ciptaan tuhan di depan mata sebaik sahaja mata dibuka, satu nikmat dan ketenangan yang sesekali dirasa setelah sibuk dengan urusan di kota. Turut berkongsi kemudahan yang ada di sini, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 5 jam setengah itu memang berbaloi.

Ikuti perkongsian lelaki ini mengenai trip camping family mereka di Nelayan Beach Resort, Pengerang Johor.

Camping Trip ke Nelayan Beach Resort Pengerang Johor

FAMILY DAY Trip 3H2M

https://youtu.be/6Kn6HPNE59o

First time camping tak hujan langsung untuk trip ke 21 ni. ya Allah .. best betul. Selamat 2 khemah kami tak payah hantar cuci. . Dah la tapak dia tak ramai orang. Walau pun cuti sekolah dan hujung minggu. Camping kali ni dengan parents, mak cik & adik beradik.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam 30 minit . Mula dari Tol Sg Besi ke JB Johor. Kemudian masuk highway Desaru. Jumpa pekan Bandar Penawar , jumpa Arked D’Pungai Beach Resort & Bayu Impian Pungai Johor. Baru jumpa Nelayan Beach Resort

Semua jenis kenderaan boleh sampai. Nampak papan tanda Warong Lobster. Belok ke kiri. Dah dekat sangat la tu.

Tempat ni memang sangat cantik dan damai. Sesuai untuk bawa parents bercuti juga. Sebab ada chalet sekali. Warong dan kedai runcit pun berdekatan. Nak beli air batu, air, starter pun ada.

Korang baca sampai habis dan tengok gambar2 kami shoot nie… ada keterangan juga

https://youtu.be/6Kn6HPNE59o

Harga : tapak rm30-50 (saiz S, M, L. Boleh refer video kami bagi contoh)

Wakaf ada 4: rm70/unit . Ada kawasan tempat masak. Tapi peralatan masak dan bbq sdn bhd.

Chalet : ada. Banyak jenis. Chalet Lobster RM170 paling dekat dengan pantai . ( ada seterika, cerek)

  • Toilet ( asing Lelaki Perempuan. Bersih )
  • Kebersihan ( kotor sikit. Ada yang buang sampah merata)
  • Ombak (tak gelora kuat)
  • Pantai (putih bersih)
  • Keselamatan
  • View
  • Service
  • Picnic : boleh (contact campsite)
  • Parking: free untuk guest
  • Network:

Lalat : banyak juga

Nyamuk : kurang

Semut : banyak

Plugpoint : ada untuk campers (7pm – 7am). Dekat kawasan wakaf.

ada sink untuk basuh pinggan mangkuk

lampu kurang .. mengharapkan lampu wakaf dan jeti jer

Ada warung pagi jual roti jala, lontong, nasi lemak, kuih muih. Tak jauh dalam 100 meter je.

Ada speedmart, kedai runcit 24jam. Dekat dengan balai polis. Jarak ke kedai runcit dalam 3km. Bolehla beli air batu, starter, air kalau tertinggal

Kami ada review sikit kawasan campsite. Nak tengok jarak pondok dengan tapak khemah, tandas, chalet dan lain-lain boleh tengok di youtube kami

Contact person: +60 11-1303 5048

Apa lagi? Kita enjoy camping

SUBSCRIBE dan FOLLOW MEDSOS kami untuk dapatkan update terkini;

https://linktr.ee/tadfamily

Kredit: Travelog TAD Family

LIBUR REWARDS is cominggg!!
Nak menang penginapan 2 hari 1 malam di The Face Style? Jawab soalan mudah di Posting Facebook Libur (Libur Rewards). 3 pemenang bertuah akan memenangi Staycation 2 Hari 1 Malam di The Face Style, Kuala Lumpur. Good Luck!
Soalannya : Deep Blue terletak di tingkat berapa?
Syarat mudah nak menang
  • LIKE & FOLLOW FB Majalah Libur
  • Share video ni di wall korang (PUBLIC)
  • Taip jawapan korang di ruangan komen & tag tiga orang kawan!
  • 3 KOMEN terakhir dengan jawapan yang betul sebelum min KOMEN STOP akan menang! Komen je banyak-banyak dan alert dengan komen STOP daripada min pada bila-bila masa ok?

 

 

 

Oleh
SAHR