Kalau anda mendamba untuk bercuti dikawasan pantai memutih dan mandi laut, boleh la ke sekitar pantai di Pahang. Ramai pengunjung suka singgah untuk menikmati alam semula jadi dan makanan laut yang enak di Tanjung Lumpur, Beserah atau Pantai Cherating, Pahang.
Berikutan kedudukannya yang berhampiran Laut China Selatan menjadikan lokasi-lokasi ini lebih istimewa dengan memiliki kawasan pantai yang indah sebagai daya tarikan pelancongan. Di sini juga menjadi port kegemaran untuk melepak atau bersantai bersama keluarga terutama bagi mereka yang sukakan bayu pantai.
Sumber: Rohaiza Yusof
Life is better at the beach. Trip santai bersama keluarga : Kuantan – Beserah – Cherating, Pahang.
- Swiss Belhotel Kuantan, Tanjung Lumpur.
- Swiss Garden Resort Residences Kuantan, Beserah.
- Royale Chulan Cherating Chalets, Cherating.
KUANTAN
- Restoran Ana Ikan Bakar Petai kurang 200mtr sahaja dari Swiss Belhotel Kuantan.
- Bagi peminat makanan laut yang dicelup tepung, harus singgah di Warung Moknaa. Owhh, satar yang dijual di sini agak sedap rasanya.
BESERAH
- Swiss Garden Resort Residences di sini tiada ‘Kids Room’ (Young Citizens of the World).
- Lokasi strategik. Banyak restoran berdekatan.
- Pantainya agak landai bila air surut. Air yang agak jernih, namun ombaknya agak kuat.
- Kawasan pantai agak ramai pengunjung, mungkin disebabkan ‘public holiday’. Bagi yang sukakan privacy & private beach, Swiss Garden Beach Resort adalah pilihan terbaik !
KEMAMAN
- Lunch di Kedai Nasi Budu Ani Selera Kampung. Lokasinya di tepi Sungai Kemaman. Tiap kali ke Kemaman, harus singgah sini. Pelbagai jenis lauk-pauk yang disajikan, sedap-sedap belaka.
- Sepanjang jalan di Geliga, terdapat banyak gerai-gerai menjual satar, pulut ikan, keropok ikan, otak-otak ikan dan keropok lekor.
- Jangan lupa singgah di Warung Otak-Otak Che Wan. Pelbagai menu makanan yang dijual. Namun, satar, otak-otak ikan & karipap ikan antara yang terkenal di sini. Lokasinya berhadapan dengan Kemaman Sands sahaja.
- Paling teruja bila dapat join ‘ Baby Turtle Release Activity’. Aktiviti bermusim ini. Pada yang berminat, boleh hubungi Rimbun Dahan Turtle Hatchery.
Ni baru cuti-cuti Malaysia. Lepas ni senang nak tahu mana tempat nak menginap best! Jom cuti-cuti di Pahang~
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI