Aktiviti dan percutian luar seperti berkhemah semakin mendapat perhatian ramai terutama rakyat Malaysia.
Aktiviti sebegini sebenarnya bukan saja dapat mempromosikan lokasi perkhemahan tempatan kepada orang ramai, juga memberi pendedahan percutiaan alam kepada keluarga tersayang.
Jika anda teringin untuk mencuba aktiviti sebegini tetapi tidak tahu bagaimana ingin mula, ini ada perkongsiaan info menarik daripada saudara Mohd Ridzuan Rosli. Jom baca!
Saya suka sangat dengan hobi berkhemah, syukur isteri saya memang bersekongkol meminati hobi begini. Anak-anak pun sama. Setiap kali saya up gambar pergi bekhemah atau saya share dekat stories suasana berkhemah.
Mesti saya akan dapat 2-3 PM dari kenalan alam maya ni, berkaitan dengan aktiviti dan tempat berkhemah. Jadi sebagai jurukhemah dan Family Camper tegar yang baru 2 tahun menceburkan diri, boleh lah saya mencadangkan beberapa tip, info dan perkara berkait untuk memulakan aktiviti berkhemah bersama keluarga.
Saya mulakan dengan 10 perkara je dulu, kalau anda ada soalan tambahan, bubuh je dekat komen, kalau saya rajin saya buat vlog masuk dalam youtube.
1. Wajib kena ada persetujuan 1 keluarga. Kalau bapak atau mak je berminat, tapi anak tak minat tak best. Vice versa. Racunlah dengan gambar dan kisah yang menarik, pandai-pandai lah.
2. Family camper bukan camper yang adventure, secara asasnya kita bawa “rumah” apabila berkhemah. Sangat berbeza dengan hikers atau adventurous camper. Ini kena faham siap-siap.
3. Tak wajib ada khemah untuk bermula, kali pertama boleh saja cuba cari campsite yang ada sediakan khemah untuk disewa. Boleh search di FB untuk cari campsite yang ada sewa khemah, taip je khemah sewa.
4. Bila dah cuba sekali dua, baru beli khemah ikut kesesuaian keluarga. Saya cadangkan, lebihkan saiz khemah degan bilangan keluarga. Contohnya kalau keluarga bersaiz 4 person (ibu,ayah&2 anak), beli khemah 6 person atau 8 person untuk lebih keselesaan.
5. Beli khemah ikut bajet, bukan ikut cantik. Sebab anda pasti tak akan guna lama khemah pertama tu. saya akan terangkan dalam post lain.
6. Selesa. Ini PALING PENTING. Keselesaan adalah perkara utama dalam berkhemah. Kalau tak selesa memang potong stim, dan susah nak dapat motivasi untuk teruskan trip lain. Sediakan barang untuk keselesaan keluarga seperti tilam angin, kipas angin, lampu, bantal dan sebagainya. Kalau ada aircond portable dan muat dalam kereta, bawak. First aid kit juga wajib. Beli yang RM10 je dekat watson dah cukup dah.
7. Mulakan barang dapur dengan apa yang ada di rumah sahaja. Hanya beli dapur portable yang guna butane gas tu je. RM40 – 60 dah boleh dapat. Kami tak ada 1 pun kitchen tool khas camping, semua perkakasan rumah biasa. Bawa yang saiz kecil untuk jimat ruang dan berat. Kedai Eco RM2 ada banyak.
8. Sebelum berkhemah, buat sikit plan dan senaraikan aktiviti menarik yang anda boleh lakukan. Macam mandi-manda, masak sama-sama, main board games, then kalau sekitar kawasan campsite tu ada tempat menarik, boleh lah singgah buat kenangan.
9. Kalau ada jiran berkhemah, wajib kena pergi tegur. Kalau tak borak berejam pun, berbasa basi sekejap pun dah okay. Banyak gila tips dan juga pengalaman yang kita boleh cedok. Kebanyakan campers tak akan lokek berkongsi. Kera sumbang je yang camping tak bergaul langsung.
10. Yang terakhir, pergi je lah berkhemah tu. tak payah banyak sangat fikir. Dah cuba baru tahu.
Ini je lah yang saya dapat kongsikan sebagai permulaan. Saya sendiri bermula dengan 6 sekeluarga. Anak paling kecil masa bermula tu tak sampai 2 tahun umurnya. Tak lengkap langsung pun kelengkapan camping. Sekarang bila camping, paling kurang pun 3 biji khemah, paling banyak 8 bijik sekali berkhemah. Minimum Pax 20 orang. Habis adik beradik, ipar duai, sepupu sepapat, pakcik makcik kami dah follow. Seronok.
Pergilah berkhemah. Seronok.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI