gerik

Pernah tak anda menggunakan Lebuh raya Timur Barat yang menghubungkan Gerik, Perak dengan Jeli, Kelantan? Kalau nak tahu projek raksasa ini menelan belanja RM296 juta bagi memudahkan perhubungan darat antara pantai timur dengan pantai barat Semenanjung Malaysia.

Lebuh raya sepanjang 123 kilometer melibatkan 61 km di negeri Perak dan baki jarak pula di negeri Kelantan. Ia menjadikan perjalanan lebih pantas dan membantu pertumbuhan ekonomi, bukan sahaja di Perak malah di seluruh negara.

Sebelum lebuh raya ini dibuka pada 1 Julai 1982, jarak perjalanan dari Alor Setar ke Kota Bharu adalah melebihi 1,000 km tetapi dengan adanya lebuh raya ini, jarak perjalanan telah dipendekkan sebanyak beberapa ratus kilometer.

Fakta & Kisah Sadis Disebalik Pembinaan Lebuh Raya Gerik-Jeli Fakta & Kisah Sadis Disebalik Pembinaan Lebuh Raya Gerik-Jeli Fakta & Kisah Sadis Disebalik Pembinaan Lebuh Raya Gerik-Jeli Fakta & Kisah Sadis Disebalik Pembinaan Lebuh Raya Gerik-Jeli Fakta & Kisah Sadis Disebalik Pembinaan Lebuh Raya Gerik-Jeli Fakta & Kisah Sadis Disebalik Pembinaan Lebuh Raya Gerik-Jeli

Ads
  • Terdapat 5 batalion infantri kerahan Askar Wataniah yang diwujudkan bagi mengawal laluan ini ketika dibina iaitu Batalion 301,302, 303, 304 dan 3056.
  • Pada 21 Mei 1974, satu serangan pengganas komunis telah merosakkan 63 unit jentera berat dan pada 27 Ogos 1974, seramai 3 orang petugas JKR telah terbunuh semasa bekerja.
  • Seramai 116 pahlawan dari unit keselamatan telah gugur antara tahun 1968 – 1989 semasa pembinaan jalanraya ini dijalankan.
  • Sebuah tugu peringatan telah dibina oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mengingati dan mengenang mereka yang telah terkorban serta telah menjadi mangsa kekejaman pengganas komunis semasa sedang bekeja keras dalam membina jalan raya yang menghubungkan Perak dan Kelantan.

Fakta & Kisah Sadis Disebalik Pembinaan Lebuh Raya Gerik-Jeli

Jalan ini dibuka secara rasmi pada 1 Julai 1982 dan hanya boleh dilalui pada waktu siang sahaja dengan iringan anggota tentera dan orang awam dilarang sama sekali menggunakan jalan ini pada waktu malam. Sekatan ini telah dimansuhkan pada tahun 1989 selepas perjanjian damai ditandatangani di Haatyai.

Ads
  • Fasa kedua laluan ini melibatkan sambungan dari pekan Grik, Perak ke pekan Kulim di Kedah dimulakan pada tahun 1993 dan seterusnya menyambungkan laluan ini melalui Butterworth-Kulim Expressway.
  • Jalan Kulim – Baling telah dimulakan pembinaan terlebih dahulu, diikuti dengan laluan menyambungkan pekan Titi Karangan ke Grik. Secara amnya, jalan ini boleh menyambungkan Kampung Tok Kamis di Pasir Putih Kelantan dengan Seberang Jaya Pulau Pinang.

Awas Gajah Melintas!

Fakta & Kisah Sadis Disebalik Pembinaan Lebuh Raya Gerik-Jeli

Ads
  • Berhati-hati dengan Gajah Liar Bagi yang jarang melalui jalan ini, jalan ini sebenarnya merentasi habitat hidupan liar seperti gajah, dan tidak sama dengan gajah yang berada di zoo yang sudah biasa dengan kehadiran manusa.
  • Pihak berkuasa telah membina laluan lintasan gajah bagi mengelakkan gajah melintas di atas jalan.Kebarangkalian untuk Gajah muncul adalah tinggi sekiranya anda melalui jalan ini pada waktu malam, cuaca sejuk selepas hujan dan pada waktu bulan penuh.
  • Tapi yang paling utama gajah ini akan muncul pada waktu malam. Kebiasaannya gajah ini akan berada sebelum dan selepas Pulau Banding.
  • Sekiranya anda terjumpa gajah di tengah jalan dan menghalang laluan atau menerima high beam dari pemandu yang berdekatan yang memberi amaran.

Sekiranya boleh, elakkan memandu pada waktu malam di jalan ini. Selain dari mitos cerita hantu seram dan laluan binatang liar, anda terpaksa berhadapan dengan kenderaan berat yang dipandu dengan sangat perlahan.

*kredit gambar kepada JKR dan Malaysian Military Power

Sumber: mekanik | Orang Perak

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI