Bila sebut bercuti ke pulau, pastinya yang terbayang di fikiran adalah pemandangan laut yang membiru sambil berehat di tepi pantai dengan pasir yang memutih. Tenang dan mendamaikan.
Biasanya percutian di pulau cukup sinonim dengan negeri di Pantai Timur iaitu Terengganu, tapi mungkin ramai juga yang dah tahu, daerah Mersing yang terletak di Selatan tanah air juga turut mempunyai pulau-pulau indah untuk dikunjungi.
Lagi menarik percutian di pulau dalam daerah Mersing ini juga mampu milik, dengan bajet bawah RM1,000 seorang pun sudah boleh menikmati percutian indah di sini.
Itinerari percutian ke Mersing
Untuk sampai ke Jeti Mersing, anda boleh menaiki kenderaan sendiri, menaiki bas atau dengan menaiki kapal terbang ke Senai dan seterusnya menaiki grab atau teksi ke Jeti di Mersing. Harga untuk tambang bas bermula dari RM32 sehala.
Untuk perjalanan menaiki kenderaan sendiri, perjalanan sejauh 350 km (dari Kuala Lumpur) akan mengambil masa antara empat ke lima jam. Jadi anda boleh pilih yang mana kaedah yang bagaimana untuk sampai ke Jeti Mersing sebelum meneruskan eksplorasi ke pulau-pulau yang ada.
9 pulau menarik untuk diterokai
Terdapat sembilan buah pulau sekitar Mersing dan Pulau Tioman adalah salah satu pulau yang terkenal di daerah ini. Namun begini ada beberapa lagi pulau yang cantik di sini untuk dijadikan destinasi percutian anda.
Antaranya adalah:
Terletak 80km dari Mersing, Pulau Aur adalah sebahagian dari Taman Laut Johor. Kedudukannya yang agak jauh dari pantai membuatkan air yang ada di sini sangat jernih. Pulau ini kaya dengan spesis hidupan marin dan juga batu karang yang masih terpelihara. Walaupun agak kecil, pulau Aur mempunyai banyak lokasi yang sesuai untuk aktiviti menyelam dan snorkling.
Penginapan:
Harga: Pakej 3H2M dari RM629/penginapan solo, RM559/penginapan berdua & RM529/penginapan minimum bertiga
Harga: Pakej 3H2M dari RM655/seorang
2. Pulau Besar
Dikenali juga sebagai Pulau Babi Besar, perairan pulau ini turut diwartakan sebagai Taman Laut. Mempunyai pantai berpasir putih yang bersih ia boleh diakses dengan menaiki bot lebih kurang 30 minit dari jeti Mersing.
Penginapan:
Harga: Pakej 2H1M dari RM371/seorang
Harga: Pakej 3H2M dari RM450/seorang
Harga: Pakej 3H2M dari RM472/seorang
3. Pulau Tinggi
Mengambil masa sekitar 45 minit perjalanan dari Jeti Mersing, pulau ini juga memiliki pantai yang cantik dan bersih. Turut terdapat di sini adalah pusat hidupan marin dan juga kampung nelayan juga resort moden untuk menginap.
Penginapan:
Harga: Pakej 2H1M dari RM260/seorang
Harga: RM190/malam
Pakej 3D1N: RM321/seorang
Harga: Pakej 3H2M dari RM330/seorang
4. Pulau Pemanggil
Kedudukan pulau ini agak jauh dari jeti Mersing dan mengambil masa yang agak lama untuk sampai. Pulau ini memiliki batu karang yang cantik berserta hidupan laut dari pelbagai spesis. Ia juga syurga untuk kai pancing. Jika ingin menginap di sini, anda kena buat tempahan awal kerana hanya terdapat Lanting Beach Resort di pulau ini.
Penginapan:
Harga: Pakej 3H2M dari RM598/seorang
5. Pulau Sibu
Pulau kecil yang cukup cantik dan mempunyai air laut yang jernih, tiada jalan raya di sini jadi anda mudah untuk akses dari satu tempat ke tempat yang lain. Pulau Sibu terdapat 4 bahagian yang dikenali sebagai Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kukus dan juga Pulau Sibu Hujung. Di salah satu bahagian pulau ini terdapat spot yang seakan tasik dengan air yang jernih untuk mandi-manda. Pulau ini boleh diakses dari Jeti Tanjong Leman.
Penginapan:
Harga: Pakej 3H2M dari RM636/seorang
Harga: dari RM210 /malam
Harga: Pakej 2H1M dari RM525/seorang
6. Pulau Dayang
Terletak di sebelah pulau Aur, lokasi pulau ini cukup terkenal dalam kalangan penyelam skuba. Ia antara spot terbaik untuk melihat hidupan marin.
Penginapan:
Harga Pakej: 4H3M dari RM900/ seorang
Bagi yang tak mahu menginap di pulau-pulau yang ada, di Jeti Mersing juga ada banyak pakej untuk day trip island hopping. Harga sekitar RM170/seorang.
Pendek kata memang berbaloi untuk datang ke Mersing dan menjelajah ke pulau-pulau yang ada di sini. Sambil menikmati alam dengan harga percutian yang tak sampai RM1k, anda boleh merakam sebanyak mungkin kenangan sepanjang percutian.