Ketika ini boleh dikatakan semua lokasi tumpuan pelancong meriah dengan kehadiran pelancong domestik yang memenuhi destinasi tersebut.
Industri pelancongan kembali bernafas semula untuk beberapa bulan ini setelah sepi ketika Perintah Kawalan Pergerakan akibat pandemik COVID-19. Dalam keseronokkan orang ramai ber’cuti-cuti Malaysia’, ada beberapa kemalangan kecil yang berlaku meragut sedikit kegembiraan setengah-setengah individu.
- Pada 4 September 2020, kejadian perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan tiga gerabak komuter bergesel berhampiran Stesen Kuang telah mengancam keselamatan 122 penumpang. Dalam kejadian jam 6.37 petang Jumaat itu, seorang penumpang komuter cedera ringan dan diberi rawatan kecemasan oleh kakitangan KTMB di Stesen Kuang. Insiden itu menjejaskan jadual perjalanan untuk tempoh beberapa hari, namun tidak menyebabkan perubahan besar kepada jadual. Buat masa ini, kelewatan tersebut hanyalah berlaku apabila tren-tren yang berkaitan melalui kawasan lokasi kemalangan. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sedang menyiasat punca kejadian dan masih belum dapat dikenal pasti buat masa ini.
ETS, KOMUTER BERGESEL, SEORANG PENUMPANG CEDERA pic.twitter.com/m3si0eZfM0
— KTMB 03 2267 1200 (@ktm_berhad) September 4, 2020
- Insiden pada 6 September 2020 pula, seramai 200 penumpang feri ke Pulau Langkawi terkandas hampir lima jam di 0.5 batu nautika di perairan Kuala Perlis selepas tali sauh dan kipas enjin feri yang dinaiki mereka tersangkut lumpur berikutan air cetek. Kejadian itu dikatakan berlaku pada 7.30 pagi selepas feri terbabit memulakan perjalanannya yang pertama dari Terminal Feri Kuala Perlis kira-kira 10 minit sebelum itu. Feri berkenaan tiba-tiba terhenti dan seperti tersangkut pada sesuatu hingga tidak mampu meneruskan perjalanan. Suasana di dalam feri ketika itu sedikit kecoh berikutan kanak-kanak dan warga emas panik dan ada yang menangis selepas seorang daripada kru feri memaklumkan bahawa tali sauh terjatuh dan tersangkut pada kipas enjin. Keadaan air cetek juga menyebabkan feri tidak dapat meneruskan perjalanan.
Semoga kemalangan kecil ini tidak menyebabkan orang ramai ‘takut’ untuk meneruskan percutian yang telah dirancang. Insiden sebegini diharap tidak menjejaskan industri pelancongan kita yang baru sahaja kembali bernyawa!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI