Escape Theme Park Cameron Highland, Bakal Dibuka 2023. Ini Fakta Menarik Korang Wajib Ambil Tahu!

Share

Jika sebelum ini tanah tinggi Cameron Highland terkenal dengan keenakan buah strawberry segar dan juga kesedapan menghirup teh panas

Tetapi tidak lama lagi sesuatu yang lebih hebat menanti pengunjung yang datang ke sini.

Destinasi pelancongan bertaraf dunia yang baharu di Malaysia, ESCAPE Cameron Highlands, akan menjadi permulaan kepada kebangkitan semula industri pelancongan domestik yang terjejas teruk selepas negara dilanda pandemik COVID-19 sejak tahun lepas.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata projek unik ini memperkenal jenama bertaraf dunia yang seratus peratus dari Malaysia dan diilhamkan oleh syarikat yang ditubuhkan di negara ini iaitu Sim Leisure Group, yang telah membina beberapa taman terbaik di seluruh dunia.

Kredit Foto: FB Hajah Nancy Haji Shukri

“ESCAPE Cameron Highlands bukan hanya akan mengetengahkan tarikan istimewa mereka malah saya dimaklumkan bahawa ia turut menampilkan permainan dan seni bina bertemakan Eropah, bersinergi dengan warisan Eropah di Cameron Highlands serta cuacanya yang lebih sejuk dan sederhana,”menurutnya dalam satu kenyataan.

Katanya berdasarkan kejayaan yang dicapai oleh taman ESCAPE sedia ada di Pulau Pinang dan Petaling Jaya, Selangor, kementerian itu yakin ESCAPE Cameron Highlands akan terus menerima pujian serta sokongan daripada pelancong.

“Saya dimaklumkan bahawa jenama ESCAPE baru-baru ini telah membuat penampilan sulungnya di peringkat antarabangsa di Sri Lanka dan akan diperluas ke seluruh rantau ASEAN serta China. ESCAPE akan menjadi duta jenama de facto bagi pelancongan Malaysia di luar negara seperti Disney Park bagi USA atau Legoland bagi Denmark.

“Malaysia akan lebih menonjol berbanding negara jiran dengan mempromosi pelancongan yang bersih, sihat dan berorientasikan keluarga. Kita akan memanfaatkan keindahan alam semula jadi yang banyak terdapat di sekeliling kita bagi tujuan ini,” katanya lagi.

Kredit Foto: FB Hajah Nancy Haji Shukri

Ayuh kita lihat beberapa info menarik mengenai Escape Theme Park Cameron Highland ini

1. Escape Theme Park merupakan sebuah taman tema bertemakan Eropah dan ia akan menjadi edisi ketiga selepas pembukaannya di Pulau Pinang dan Petaling Jaya.

2. Direka dan dibina oleh Sim Leisure Group, Fasa 1 project ini dijangka memakan masa 15-18 bulan dan mungkin akan dilancarkan pada separuh pertama 2023.

3. Fasa 1 Escape Cameron Highland ini dijangka akan hadir dengan 20 jenis tarikan permainan dan antaranya yang terawal adalah permainan ski di lereng bukit.

4. Pembinaan tapak permainan ski pertama ini akan menampilkan lif ski yang membolehkan pengunjung menaiki puncak dan kemudiann pemain menuruni bukit melalui perjalanan trek sepanjang 1.2 km.

5. Akan merentasi kawasan seluas 60 hektar dengan ketinggian 220-meter, Escape Cameron Highland akan menggunakan sumber tenaga yang datang dari fasiliti sumber cahaya matahari (photovoltaic) sumber angin (wind turbine) dan beberapa alternatif lain sekaligus mempromosi pelancongan bersih, sihat dan berorientasikan keluarga.

 

6. Akan menjadi sebagai sebuah taman hiburan berkonsepkan mesra alam.

7. Pengunjung juga turut akan dihidangkan dengan permainan adventure terbaru, iaitu ESCAPE Gravity Play dengan berlatar belakangkan landskap hijau yang indah.

8. Tidak ketinggalan disediakan pusat penginapan jenis glamping, camping dan hotel dalam bentuk kotej di lereng bakit untuk pengunjung menikmati keindahan tanah tinggi ini.

8. Harga tiket masuk akan diselaraskan sama seperti di Escape Theme Park lain iaitu di antara RM80 hingga RM160 sahaja.

Sumber: Astro Awani, Hype & Odisi.my

Artikel Berkaitan:

Tidur Ditemani Kucing, Keunikan Hostel Neko Hatago Di Osaka Jadi Perhatian Pencinta Kucing

Menariknya Muzium Cup Noodles, Apresiasi Jepun Terhadap Mi Segera!

6 Hotspot ‘Street Art’ Paling Menarik & Mesra Instagram Di Selangor Harus Anda Kunjungi

Oleh
Siti Zurina Mat Saman