Escape Pulau Pinang di Teluk Bahang terkenal dengan Gelongsor air terpanjang di dunia sepanjang 1.140km di taman temanya. Di Escape Pulau Pinang juga mempunyai lebih 40 tarikan utama termasuk meneroka terowong, memanjat pokok, flying fox dan kite flyers di Adventureplay dan Water Slide, lazy river, speed racer dan waveball di Water Play.

Ada berita baik untuk penduduk Lembah Klang, kini taman tema ekstrem seperti di Pulau Pinang telah berada ditempat kalian. Dikenali sebagai 'Escape Challenge', destinasi ini mula dibuka kepada pengunjung bermula 22 Ogos 2020 lalu terletak di dalam pusat membeli belah Paradigm, Petaling Jaya dengan keluasan 3,500 meter persegi.
Escape Challenge Kini Di Padigm Mall. Ada 11 Aktiviti ‘Mencabar & Gila’ Korang Kena Try!

Escape Challenge Kini Di Padigm Mall. Ada 11 Aktiviti ‘Mencabar & Gila’ Korang Kena Try!

Seperti di Escape Pulau Pinang, tarikan dan permainan di Escape Challenge direka untuk semua pengunjung pelbagai peringkat umur, kemampuan fizikal dan tahap keyakinan. Escape Challenge di Petaling Jaya adalah satu bentuk keseronokan retro-eko jenama itu dengan membawa permainan dan aktiviti luar dalam suasana kontemporari. Escape Challenge ini beroperasi setiap Selasa hingga Ahad, 10 pagi hingga 10 malam.

Harga Tiket

Ads
  • Future Kid (0 – 3 tahun) Percuma
  • Junior Kid (4 – 12 tahun) RM45.50 – RM65
  • Big Kid (13 – 60 tahun) RM68.60 – RM98
  • Super Kid (61 – 100+) RM45.50 – RM65 (percuma untuk Super Kids warganegara Malaysia, hanya perlu tunjukkan kad pengenalan diri di kaunter ditemani tetamu berbayar)

Ada 11 Aktiviti 'Mencabar & Gila' Korang Kena Try!

Ads

Escape Challenge Kini Di Padigm Mall. Ada 11 Aktiviti ‘Mencabar & Gila’ Korang Kena Try!

Escape Challenge Kini Di Padigm Mall. Ada 11 Aktiviti ‘Mencabar & Gila’ Korang Kena Try!

Escape Challenge Kini Di Padigm Mall. Ada 11 Aktiviti ‘Mencabar & Gila’ Korang Kena Try!

Ads
  • Monkey Business – Tarikan terbesar di Escape Challenge yang menampilkan 56 rintangan dengan tiga tahap berbeza bagi pengunjung yang ingin merasai pengalaman mendaki, kursus tali, zipline dan ayunan Tarzan.
  • Gecko Tower – Sebuah tembok berbentuk bangunan dengan ketinggian 10 meter untuk pengunjung daki.
  • Aerobat – Trapeze terbang yang memberi peluang kepada pengunjung mengatasi ketakutan mereka terhadap ketinggian, terbang, berayun dan disambut oleh pelatih profesional.
  • Banana Flip – Slaid khas Escape Challenge yang membuatkan pengunjung mengelongsor dalam posisi hampir menegak setinggi 14 meter sebelum ia melengkung dan menghantar anda ke udara dan mendarat di atas beg udara.
  • Atan's Leap – Platform 20 meter yang membolehkan pengunjung melompat bebas ke udara.
  • Monkey School – Versi mini Monkey Business untuk kanak-kanak berumur sehingga tiga tahun (Future Kids) dan empat ke 12 tahun, di bawah 120cm (Junior Kids)
  • Coco Climb – Teringin nak panjat pokok? Escape Challenge ada sediakan pokok kelapa setinggi 8 meter untuk anda!
  • Zoom Bug – Trek kanak-kanak dan orang dewasa menunggang dan berlumba
  • Airbag – Platform 2 meter dan 4 meter untuk tetamu melompat dan mendarat ke beg udara
  • Slingshot – Bungee terbalik di mana pengunjung akan diikat pada tali elastik sebelum melambung ke udara
  • Jumping Jack – Pengunjung boleh melompat di atas trampolin bagi mencuba flip dan trik baharu.

Escape Challenge Kini Di Padigm Mall. Ada 11 Aktiviti ‘Mencabar & Gila’ Korang Kena Try!

Jom buat aktiviti pecah peluh ni!

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI