Pakistan memang terkenal dengan view yang memang superb cantiknya. Tambah pula negara tersebut merupakan negara Muslim, nak cari makan rasanya memang tak ada masalah.
Bentuk muka bumi yang bergunung ganang, ada sesetengahnya menghijau dan turut ditutupi dengan salji memang akan membuatkan setiap mata yang memandang terpengun dan terpukau. Disebabkan itulah ada yang menggelarkannya syurga dunia.
Bagi pengembara atau memang yang sukakan adventure, tempat sebegini pasti termasuk dalam senarai yang akan dilawati nanti.
Tapi untuk ke negara seperti Pakistan, kita memerlukan visa kemasukan ke sana, nak tahu bagaimana? Sharifah Norsukhairin berkongsi caranya!
CARA MEMOHON VISA PELANCONG KE PAKISTAN (TRIP MEI 2022)
1) Tiada lagi permohonan secara manual di Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia di Jalan Ampang. Saya sudah ke sana sendiri pada bulan Mac 2022 untuk bertanyakan tentang visa dan persoalan lain. Mereka hanya akan memproses permohonan melalui portal sahaja: https://visa.nadra.gov.pk/
2) Seeloknya mohon 2 minggu sebelum penerbangan. Kelulusan diberikan dalam masa sehari dua sahaja jika tiada sebarang masalah terhadap permohonan tersebut. Tarikh visa bermula pada hari ia diluluskan, jadi, rugi la pula kalau mohon awal-awal tapi tarikh penerbangan lambat lagi.
3) Harga: USD 8.18 untuk seorang untuk 3 bulan visa. Payment method: Credit/debit card
Ads
4) Satu login account boleh digunakan untuk memohon lebih daripada satu visa. Jadi, tak perlu daftar akaun banyak-banyak untuk travel companion yang lain.
5) Dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik:
(a) Gambar berukuran passport berlatarbelakangkan warna putih. Saya ambik gambar sendiri pakai handphone saja, crop ikut dimension/aspect ratio yang betul, dan resize bagi kecil sikit mengikut had KB dan pixels yang dibenarkan supaya boleh upload. Guideline untuk gambar boleh download sendiri di portal.
(b) Letter of Invitation (LOI) ATAU Confirmed Hotel Booking. Disebabkan trip saya ni DIY dan tak pakai mana-mana local tour agent, jadi saya hanya upload hotel booking confirmation sahaja.
Ads
*@Salman Mushtaq arrange untuk saya sewa motosikal daripada kawannya di Gilgit – Karakoram Bikers, kemudian saya explore sendiri mana nak pergi, lebih kurang 600 km dalam masa yang agak terhad.
(c) Passport
(a) sampai (c) adalah yang wajib dimuatnaik, tapi saya tambah juga dokumen yang tak wajib: itinerary dan tiket penerbangan supaya permohonan lebih kukuh.
6) Masa isi online, pilih yang berikut (kalau pilih selain yang ni, kemungkinan akan perlu beri dokumen sokongan tambahan atau ditemuduga terlebih dahulu)
Ads
Visa Category: Tourist/Visit
Visa Sub Category: Individual (less than 3 months)
Visa Entry Type: Single Entry
Application Type: Entry
Selamat melancong ke Pakistan!
*Gambar-gambar dan cerita pengalaman di Northern Pakistan saya banyak share di IG story saja. @shnorsukhairin
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Hari ini menjadi pemandangan biasa apabila melihat orang ramai termasuk kanak-kanak mengenakan pelitup muka ketika berada di kawasan sesak atau tumpuan orang ramai. Pemakaian pelitup muka di tempat awam susulan wabak pandemik COVID-19 diwajibkan sehingga kerajaan tidak berkompromi dengan mana-mana individu yang ingkar dengan arahan tersebut.
Pemakaian pelitup muka adalah amat perlu bagi mereka yang dijangkiti untuk menghalang titisan ini dari tersebar kepada individu lain atau mencemari permukaan persekitaran. Pemakaian pelitup muka adalah wajib dipakai oleh mereka yang bergejala atau merasakan diri mereka mungkin telah dijangkiti. Bagi individu yang sihat, kelebihan penggunaan pelitup muka adalah untuk mengurangkan potensi risiko pendedahan daripada orang yang dijangkiti dan juga sebagai kesedaran terhadap langkah pencegahan.
Kumpulan Media Karangkraf menerusi anak syarikatnya Karangkraf Medicare mengambil inisiatif untuk menghasilkan pelitup muka yang terjamin dari segi kualiti dan cara pembuatannya. Sesuai untuk seluruh masyarakat, pelitup muka ini dijual pada harga cukup berbaloi dan paling utama dihasilkan mengikut spesifikasi dan standard yang diiktiraf sebagai pelindung dari pelbagai bakteria.
Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata, pihaknya terpanggil untuk menghasilkan produk baharu itu selepas melihat pemakaian pelitup muka kini menjadi kewajipan masyarakat seluruh dunia termasuk Malaysia susulan ancaman pandemik Covid-19.
Pelitup muka Karangkraf setakat ini telah mencapai standard ujian parameter EN14683:2019. Ujian yang dijalankan oleh Eurofins Lab ini membuktikan pelitup muka Karangkraf Medicare mencapai tahap penapisan tinggi dengan BFE ≥98% dan PFE ≥95%, sekali gus melayakkan pelitup muka yang dihasilkan mencapai gred ‘MEDICAL’.
Tagline ‘Suci dan Bersih’ diguna pakai sebagai langkah bagi memperkuatkan lagi jenama pelitup muka Karangkraf Medicare. Malah, Karangkraf Medicare diperakui mempunyai ruang pembuatan yang bersih dan terjamin dari segi pembuatannya.
Istimewanya, pelitup muka Karangkraf Medicare ini terletak pada ‘Hygiene Case’ yang didatangkan bersama set Karangkraf Plus. Tujuan utama diperkenalkan ‘Hygiene Case’ ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang awam betapa pentingnya menjaga kebersihan pelitup muka di samping mendidik masyarakat agar sentiasa mengamalkan cara penyimpanan dan pembuangan pelitup muka yang betul. Rata-rata, rakyat Malaysia tidak mengambil berat cara menyimpan pelitup muka dengan betul. Tabiat ini akan menyebabkan kuman tersebar sekali gus memudaratkan kesihatan.
Buat masa ini, Karangkraf Medicare menawarkan dua pakej iaitu saiz kotak Karangkraf yang mengandungi 30 keping dan saiz kotak Karangkraf Plus mengandungi 10 keping pelitup muka. Antara 6 pilihan menarik ‘design’ bagi ‘Hygiene Case’ untuk dipilih seperti Floral, Frontliners, Classic, Musical, Geometric dan Tropical. Dapatkan segera di www.karangkrafmall.com
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pada kebiasaannya pada cuti hujung minggu, suasana meriah dapat dilihat di sekitar pantai Teluk Chempedak, Kuantan Pahang. Pantai peranginan itu tidak pernah sunyi dengan kunjungan ramai.
Jika anda pengunjung luar, dan berada di Kuantan tidak lengkap jika tidak singgah ke Teluk Cempedak yang menjadi antara destinasi pantai pelancongan dan kawasan riadah paling popular di Pahang. Nama Teluk Cempedak atau jolokannya TC dalam kalangan penduduk tempatan cukup dikenali kerana menawarkan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan sama ada sendirian atau bersama keluarga seperti berkelah, mandi laut, memancing, bermain layang-layang, bola pantai, bersantai di kafe atau sekadar bersiar-siar di pantainya sambil menghirup bayu laut.
Namun disebabkan pandemik COVID-19, polis akan mengemukakan cadangan supaya kemasukan pengunjung ke pantai peranginan Teluk Cempedak di sini, dihadkan terutamanya pada hujung minggu bagi memastikan aspek penjarakan fizikal dapat dipatuhi. Cadangan itu difikirkan perlu dilakukan, ekoran tinjauan polis mendapati jumlah pengunjung di situ terlalu ramai ketika cuti perayaan AidilAdha lalu sehingga berlaku kesesakan di laluan masuk ke pantai itu.
Walaupun sesak, pengunjung masih berterusan mahu masuk ke pantai peranginan ini menyebabkan polis terpaksa mengarahkan mereka membuat pusingan-u kerana ini melibatkan aspek keselamatan. Jumlah yang terlalu ramai menyukarkan pengunjung mengamalkan penjarakan fizikal. Orang ramai diharapa dapat memahami tindakan itu demi mengekang penularan wabak COVID-19. Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Berakhirlah sudah kehidupan Tam, seekor badak sumbu jantan spesis Sumatera yang terakhir di Malaysia, apabila badak sumbu itu mati akibat berlakunya kemerosotan kesihatan disebabkan usianya yang menjengah tua.
Tam, atau nama panjangnya Kertam disahkan mati selepas tengah hari Isnin oleh satu sumber sahih menurut laporan BorneoToday. Pemergian Kertam sebagai spesis terakhir badak sumbu jantan Sumatera meninggalkan hanya seekor lagi badak sumbu betina Sumatera yang dipanggil Iman.
Minggu lepas, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata Tam sudah menunjunkkan kemerosotan dalam faktor kesihatan sejak April lalu.
Tam sebelum ini ditangkap di ladang kelapa sawit di Sabah oleh sepasukan pakar hidupan liar sekitar tahun 2008.
Pegawai vaterinar dan penjaga badak sumbu itu telah memberikan pemeriksaan sepanjang masa ianya berada di dalam jagaan mereka.
Badak sumbu betina Sumatera atau Iman kini menjadi satu-satunya badak sumbu Sumatera yang ada di Sabah – juga dalam keadaan tidak berapa sihat ekoran kondisi kesihatan yang tidak mengizinkan.
Terdahulu sebelum Tam, seekor badak sumbu betina Sumatera yang dikenali sebagai Puntung telah mati enam bulan lalu, meninggalkan Iman yang kini menjadi satu-satunya spesis badak sumbu Sumatera betina di Malaysia.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!