Kecantikan pulau yang ada di Sabah memang tak disangkal lagi. Air yang biru dengan pelbagai hidupan laut menjadikan destinasi seperti Semporna dan Pulau Mabul sering menjadi tumpuan pelancong bukan sahaja dari dalam negara, malah juga pelancong asing.
Dapat berkunjung ke sini dengan famili mesti lagi syok, walaupun ada anak kecil tak menghalang dua keluarga ini menikmati percutian di Sabah dengan gembira. Ikuti perkongsian itinerari lengkap percutian selama enam hari lima malam oleh Fatimah Hanisah di Sabah.
SEMPORNA-PULAU MABUL-TAWAU
ITINERARI LENGKAP 6H5M (2022)
(26/3/2022)
Fly ke Tawau
6AM – Bertolak ke Stesen ETS Butterworth
7.50AM – Stesen ETS Butterworth ke KL Sentral (RM41/pax)
12.00PM – KL Sentral ke KLIA2 (naik grab RM86/trip)
5.40PM – Terbang ke Aiport Tawau (AirAsia)
8.40PM – Bertolak dari Airport Tawau ke Semporna (Naik van 1jam perjalanan- RM35/pax).
Check in Ocean Inn(RM334-3H2M)
(27/3/2022)
Day 1 Semporna
7AM – Sarapan disediakan di Ocean Inn
8.30AM – Island Hoping
(Pulau Mataking (snorkeling), Pulau Timba-Timba (singgah utk lunch/disediakan)-Pulau Pom Pom (snorkeling)
RM70/pax, 1-3t-foc, 4-11t-RM50
(28/3/2022)
Day 2 Semporna
7AM – Sarapan di Ocean Inn
10.30AM – Round floating market & pekan semporna
6PM – Makan malam di Seaview seafood restaurant
9PM-Round Semporna Ocean Tourism Centre (port ootd)
(29/3/2022)
Day 3 Semporna-Mabul
7.30AM – Check out Ocean Inn
8.30AM – Jetty ke Mabul Island
Boat transfer- RM80/pax
Kanak-kanak 3t-RM40/pax
10AM – Check In Amina Holidays Mabul
RM150/pax, 3y-RM75/pax
10.30AM – ronda Mabul Island
Waterbungalow resort. Entrance fee RM30/pax. Port ootd sepanjang jalan. Standby fon je snap la segala scene yg ada.
Ronda perkampungan Mabul. Boleh tengok orang kampung mabul bermain petang-petang. Best sangat rasa mcm kembali ke zaman 90an. Boleh tengok cara mereka berniaga (kedai runcit, ada stall burger)
Mandi di Pantai Mabul
Mandi sekitar Amina Holidays. Air cetek je & sangat jernih. Boleh tengok starfish dengan jelas, ikan-ikan kecik dan kalau ada rezeki boleh tengok penyu dan ikan pari!
Makan 3kali (Breakfast, lunch, dinner). Makanan semua sedap-sedap.
Lepak malam tengok view orang bajau laut tidur atas perahu(rumah depa).
(30/3/2022)
Day 4 Mabul-Tawau
11AM – Check out Amina Holidays Mabul
11.30AM – Jetty balik ke Semporna
3PM – Bertolak ke Tawau (Naik van RM35/pax)
4PM – Check in Hotel (Pertama Lodge Hotel-RM72/room)
Makan seafood paling best & puas di Restoran Sri Titingan.
Ronda bandar tawau.
(31/3/2022)
Last Day
7.30AM – Bertolak ke Airport Tawau
8AM – Tiba di Airport Tawau
9.25AM – Terbang ke KL
12.05PM – Tiba di KL
Flight RM300/pax (book 3 bulan sebelum)
KUL-TWU/TWU-KUL
Total keseluruhan/pax(dewasa)-RM1233
Total dikira utk perjalanan pergi dan balik per pax sahaja. Tak termasuk makanan & ole ole