Buat pengguna setia penerbangan Emirates yang berada di Malaysia, ada berita baik untuk anda!
Emirates akan menyambung semula penerbangannya untuk penumpang dari Kuala Lumpur, sejajar dengan pengumuman terkini oleh Kerajaan Persekutuan UAE untuk menarik balik sekatan ke atas perkhidmatan penumpang transit.
Sebanyak sembilan destinasi telah ditambah dalam jadual penerbangan Emirates termasuk Colombo (mulai 19 Jun 2020), Istanbul (mulai 25 Jun 2020); Auckland, Beirut, Hanoi dan Ho Chi Minh (mulai 1 Julai 2020); serta Barcelona, Brussels dan Washington DC (mulai 15 Julai 2020).
Selain itu, syarikat penerbangan juga akan menambah penerbangan ke Kuala Lumpur dan destinasi berikutnya pada Julai: London Heathrow, Manchester, Frankfurt, Paris, Zurich, Madrid, Amsterdam, Copenhagen, Dublin, New York JFK, Toronto, Singapura dan Hong Kong.
Pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai penerbangan Emirates dan perkhidmatan semasa di www.emirates.com/wherewefly
. Dengan sekatan perjalanan yang masih terdapat di kebanyakan negara, pelanggan diingatkan untuk menyemak syarat masuk dan keluar sebelum memulakan perjalanan anda. Anda hanya akan diterima dalam penerbangan jika memenuhi syarat kriteria kelayakan dan kemasukan ke negara destinasi terpilih.
Foto: Arab News | Sumber: Bernama