Siapa yang tak nak travel dalam keadaan selesa? Semua nak selesa dan keselesaan bukan sahaja datang daripada segi pakaian dan barang yang kita bawa saja, tapi lebih dari itu.
Antara perkara lain yang memberikan keselesaan kepada anda ketika travel adalah kasut yang anda pakai ketika itu. Bila travel ni, mesti la kita nak berjalan-jalan ke tempat-tempat menarik kan? Jadi, bila nak berjalan tu, pastikan anda pakai kasut yang sesuai supaya anda tidak mudah sakit kaki dan berasa penat.
Pemilihan kasut yang sesuai ini sangat penting tau, sebab salah pilih kasut boleh memdatangkan kecederaan kepada anda seperti kaki melecet, buku lali terseliuh atau otot betis terasa sakit. Itu semua akan spoilkan trip percutian anda.
Jadi untuk memudahkan, senang kata, jom kita lihat 4 jenis kasut yang anda jangan pakai semasa travel.
Jangan pakai selipar especially selipar jepun ketika anda sedang travel. Biasakan berkasut bertutup untuk memberikan keselesaan kepada kaki. Bukan Libur kata tak boleh langsung pakai selipar, tapi biarkan trip yang agak jauh, jangan berjalan dengan memakai selipar. Selipar ini boleh bawa tapi had kan kepada jarak-jarak yang dekat sahaja seperti nak pergi mandi pantai, makan di restoran hotel atau ambil angin sekitar tempat penginapan sahaja. Walaupun selipar ini ringkas, mudah, ringan dan senang tapi kadar keselesaan dia sangat diragui, kurang kusyen, tidak memberi sokongan kepada kaki dan tidak menyerap hentakkan.
Orang kata kasut ballet boleh menggantikan kasut tumit tinggi. Anda silap keselesaan kasut ballet hanya sementara. Pemakaian jangka lama boleh beri ketidakselesaan pada tumit terutamanya.
Okay, kasut sukan ni bukan la tidak selesa tetapi dah nama pun kasut sukan, semestinya ia dicipta khusus hanya untuk bersukan. Bukan untuk diguna berjalan jauh. Ramai yang yakin dengan kasut sukan beri keselesaan 100% tapi sebenarnya tidak. Secara anda tidak sedar ia boleh beri kesan kepada tumit, otot dan sendi jika dipakai terlalu lama.
Anda larat ke nak berjalan jauh dengan kasut boot? Kalau tak larat, jangan pakai semasa travel. Kasut boot ni berat, tak selesa kerana kekurangan kusyen. Disamping, ruang pengudaraannya juga menyukarkan kaki anda bernafas. Selain itu, kasut boot tinggi, jadi ia akan membuatkan buku lali anda kurang bergerak dan memberikan ketidakselesaan yang amat teruk jika anda duduk statik seperti dalam kepal terbang.
Kasut jalan yang bagus Libur boleh cadangkan adalah seperti Skechers. Selesa dan tapaknya menyerap hentakkan. Sangat bagus. Pilih kasut yang diasaskan untuk travel dan berjalan lama sebagai contoh kusyen kasut yang menyokong dan menyerap tekanan. Pasti ia memberikan keselesaan kepada anda.