Eksplorasi Gua Perlu Ada Ilmu, Ini Yang Perlu Dilakukan Sebelum Masuk

Share

Keunikan sesebuah gua mempunyai keasyikan tersendiri yang pasti digemari pencinta alam dan peminat aktiviti lasak untuk diterokai.

Namun, dalam keterujaan itu, pengembara perlu utamakan keselamatan, berkemahiran dan maklumat mengenai sesuatu gua untuk mengelak tragedi tidak ingini. Antaranya seperti insiden beberapa tahun lalu di Thailand, 12 remaja hilang bersama jurulatih mereka terperangkap di dalam Gua Tham Luang, Chiang Rai menggemparkan dunia.

Bagi mengelakkan kejadian buruk berlaku ketika meneroka gua, beberapa perkara berikut penting untuk dilakukan. 

  • Sebelum memulakan ekspedisi, anda disaran mengenal pasti terlebih dahulu gua yang ingin diterokai dengan mendapatkan maklumat dalam pelbagai segi termasuk langkah diambil sekiranya berlaku musibah.
  • Jangan lupa dengan leka melihat keindahan stalagtait dan stalagmait serta hidupan seni di dalam gua, tanpa disedari air naik mendadak.

  • Kebanyakan gua di Malaysia, memiliki anak sungai. Justeru, dinasihatkan anda lebih berhati-hati dengan keadaan cuaca sebelum masuk meneroka gua.
  • Ada yang berpendapat gua dihuni makhluk halus, jangan sesekali cakap sebarangan atau takbur kerana ia boleh ‘mengganggu’ pengunjung yang lemah semangat.
  • Pakai pakaian yang bersesuaian.
  • Bawa keperluan peribadi yang bersesuaian seperti topi keledar, lampu suluh dan kasut adalah peralatan keselamatan yang utama.
  • Setiap aktiviti lasak khususnya ada ratio untuk setiap kumpulan bagi seorang jurupandu dan bergantung juga pada tempat dan masa.

  • Sebelum menerokai gua sila rujuk keadaan cuaca dengan Jabatan Meteorologi negeri dan kawasan berhampiran,
  • Sila melapor diri kepada renjer atau pegawai Jabatan Perhutanan
  • Maklumkan jumlah anggota kumpulan menyertainya
  • Sekiranya ingin berkhemah beritahu berapa lama.

Semoga bermanfaat.

 

Oleh
Admin