Dulu Jadi Lokasi Pemujaan, Kini Pulau Besar Melaka Bertukar Wajah Port Camping Hujung Minggu

Share

Sebut sahaja Pulau Besar, Melaka, pasti ada yang membangkitkan perkara-perkara mitos dan mistik dengan pulau itu.

Mana tidaknya Pulau Besar sebelum ini pernah digelar dengan bermacam-macam gelaran termasuk ‘Pulau Keramat’ oleh sesetengah orang kerana aktiviti pemujaan dan khurafat yang dilakukan mereka yang terlalu taksub dengan sesuatu kepercayaan.

  • Antara perkara yang menyebabkan kedatangan ramai pada suatu masa dahulu ialah kepercayaan bahawa terhadap agamawan, Sultan Al-Ariffin Syeikh Ismail yang disemadikan di pulau itu. Maka ramailah yang datang ke pulau itu untuk bernazar dengan berbagai-bagai niat termasuk kononnya untuk melariskan perniagaan dan mendapatkan zuriat.
  • Ada juga yang percaya dengan kewujudan Makam Tujuh Beradik di pulau berkenaan, sehingga ada yang sanggup bertapa dan melakukan aktiviti pemujaan. Mereka yang datang melakukan aktiviti itu pula tidak kira bangsa dan agama, masing-masing dengan niat dan hasrat masing-masing juga.

Malah, hari ini masih ramai lagi menganggap pulau terbabit masih dicemari dengan aktiviti menyimpang akidah. Bagi anda yang sudah lama tidak mendengar perkhabaran terkini pulau ini bebas dengan aktiviti yang menyalahi agama. Usaha dan kempen pencegahan aktiviti khurafat berterusan dilakukan kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), ia memastikan pulau itu dijaga dengan baik dan tidak disalah guna sesetengah pihak.

Pada hujung minggu juga, Pulau Besar Melaka ini sangat meriah dengan aktivti perkhemahan. Ramai pengunjung memilih untuk berkhemah bersama keluarga dan rakan di sepanjang pantai. Aktiviti berkhemah ini semakin rancak di pulau-pulau terutama selepas berakhirnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang lalu sehigga hari ini. Jika tidak mahu berkhemah, pengunjung juga boleh memilih untuk bermalam di beberapa penginapan chalet yang disediakan. Aktiviti lain yang boleh dilakukan termasuk memancing, barbeku dan berkelah bersama keluarga. Untuk ke pulau ini, orang ramai perlu menaiki bot yang mengambil masa kira-kira 10 minit.

image via google |astroawani

Oleh
Husna