Melancong sememangnya menjadi aktiviti kesukaan ramai. Ada yang memilih untuk melancong bersama teman-teman, keluarga, atau berseorangan. Tidak kisah apa cara pilihan konsep pelancongan idaman anda, melancong pasti memberi 1001 pengalaman berharga kepada kalian untuk dikenang seumur hidup. Ada yang penuh dengan keseronokan, ada juga perlu menempuh detik menakutkan.

Tahun 2020 mencatat pelbagai cerita suka duka dunia pelancongan apa lagi bila dunia dikejutkan dengan wabak pembunuh,Covid-19. Ketika itu terdapat puluhan ribu rakyat kita berada di luar negara. Apabila satu persatu negara mengumumkan ‘lockdown’ bukan sahaja rakyat kita terkandas, malah ratusan ribu orang dari seluruh dunia terkandas di negara asing. Setiap negara mula menutup sempadan negara. Menghentikan penerbangan dan pelancong tiada pilihan selain terpaksa hidup ‘terkurung’ kerana tidak dibenarkan keluar atau pulang ke negara masing-masing.

Segala-galanya berubah sekelip mata. Segala perancangan yang diatur hancur. Lebih parah lagi apabila wang yang ada tidak dapat menampung perbelanjaan. John Ho, adalah antara ribuan rakyat Malaysia yang perlu berhadapan dengan situasi ini apabila terpaksa memanjangkan tempoh ‘percutian berseorangannya’ di New Zealand gara-gara penularan wabak COVID-19 ini. Bukannya dia tidak mahu pulang ke negara, akan tetapi semua penerbangan keluar dan masuk di New Zealand ditutup bagi mengelak pertambahan kes COVID-19.

Ads

“Duit & Makanan Tak Ada. Rasa Dah Tak Berdaya!” Pengalaman Terkandas Di Negara Asing Angkara Covid-19“Duit & Makanan Tak Ada. Rasa Dah Tak Berdaya!” Pengalaman Terkandas Di Negara Asing Angkara Covid-19“Duit & Makanan Tak Ada. Rasa Dah Tak Berdaya!” Pengalaman Terkandas Di Negara Asing Angkara Covid-19

Percutian itu bertukar menjadi sesuatu yang pahit untuk dikenang. Pelbagai rintangan dan dugaan perlu ditempuhnya. Berseorangan, tidak mempunyai duit dan makanan sehingga berasa tidak berdaya ketika berada di sana. Jika rakyat Malaysia mengalami kesukaran kerana perlu menjalani perintah kawalan pergerakan di rumah sudah menyusahkan dan menyesakkan jiwa, bayangkan jika terkandas seorang diri di negara asing di saat-saat getir ini.

Ads

Ikuti kisah pengalaman John Ho yang berada di negara asing, sepanjang lockdown di sana menerusi dokufilem eksklusif Malaysia vs. Covid-19: #KitaJagaKita secara serentak pada Sabtu, 12 September 6pm di Astro Ria, AEC, Vinmeen HD, Hello Awani atau strim di Astro GO!

“Duit & Makanan Tak Ada. Rasa Dah Tak Berdaya!” Pengalaman Terkandas Di Negara Asing Angkara Covid-19

Ads

Foto: Astro | Sumber: Astro

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI